It's You!

Wednesday, July 29, 2009

Unspoken


Title : Unspoken
Author : Thomas Fahy
Date Read : July 2009
Genre : Mystery, Thriller (Children Novel)


Kisah bermula di sebuah pekan kecil yang jauh daripada arus pembangunan. Allison tinggal di pekan itu bersama ibu, bapa dan adik perempuannya. Hidup mereka amat bahagia sehingga hari adiknya dibunuh oleh seorang lelaki misteri. Kejadian itu telah meragut kegembiraan keluarga kecil mereka hingga mengakibatkan ibu Allison menghilangkan diri meninggalkan Allison dan bapanya.


Tidak lama kemudian, seorang lelaki tiba di pekan itu dan mula menyebarkan satu fahaman, "Divine Path" yang mendakwa dunia ini akan musnah dan wujud ketua baru yang membawa dunia kepada kesejahteraan. Ramai penduduk pekan itu terikut dengan ajaran baru yang diketuai oleh Jason dan "Doctor".


Allison dan 5 orang rakannya yang ketika itu masih kecil telah merancang untuk membunuh Jason dengan membakar tempat perlindungan yang diduduki oleh mereka. Tanpa disedari Jason lebih dahulu memulakan langkah dengan meracun kesemua ibu bapa mereka mengakibatkan semua pengikut Divine Path maut. Keenam-enam kanak-kanak itu kemudian dihantar ke tempat berbeza untuk dijadikan anak angkat.


Mereka bertemu semula apabila salah seorang daripada mereka mati dengan keadaan yang mengerikan dan berkaitan dengan apa yang mereka takuti dalam hidup mereka. Allison pula mula mendapat gambaran siapa yang akan mati seterusnya. Mereka berkumpul di pekan yang telah lama ditinggalkan untuk merungkai kejadian misteri dan mencari dalang pembunuhan ngeri yang terjadi kepada mereka berenam.


Monday, July 27, 2009

Im Back...

Salam and good days to all of my dear friends...

Lama dah tak menulis..sibuk dengan kerja n hal2 lain.
Banyak buku yang tak tulis review lagi..huhuhu
Japg bila ada masa terluang, nak jugak wat review macam selalu..
Bulan Mei dan Jun memang tak baca buku apa pun
cuma baca Mastika, Better Homes & Gardens dan Good Housekeeping.
Bulan Julai dah start baca novel balik sebab rasa gian kat buku dah datang balik. Hehehehe..anyways hope everyone is doing fine...and.....


I'll be back! Yeay!!!





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...