It's You!

Saturday, June 29, 2013

Hujung Minggu

Salam

Hujung minggu duduk di rumah dengan anak-anak. Hari ni masak telur itik masak lemak cili api.

Alkisahnya...member kerja bawatelur itik sebab ada member tu pesan nak. Tapi waktu dia bawa tu, si pemesan tak mai sebab bercuti. Sebab malas nak bawa balik, dia jual kat kami. Sebiji 30 sen so saya dan sorang kawan bahagi dua telur yang dibawa...dapat sorang 10 biji. Tak tau nak masak apa telur itik tu...tahunya masak lemak je itupun mak yang masak. Saya goreng tauhu, tempe dan ikan temenung.

Petang ni diorang kat rumah ni buat laksa. Saya tak gemar laksa tapi tengok juga cara membuatnya sebab anak2 dan mr hubby suka laksa. Itu je setakat petang ni. Waktu ni la boleh makan dan masak apa yang kita suka. Hari bekerja makan yang simple je.

Friday, June 28, 2013

Berdebar

Salam,

Bahang makin terasa. 
Red Warrior vs Harimau Selatan.

TMJ dah janji nak bagi ganjaran
Kalau JDT menang Piala FA

 Kita tunggu dan lihat saja




     


NOta kaki : Rasanya arena bola sepak Malaysia semakin rancak sekarang ni. Salah satu cara menyatukan rakyat. Tabik ngan TMJ kerana berjaya menyatukan rakyat Johor di bawah sukan. 

Thursday, June 27, 2013

Minggu-minggu Sibuk

Salam,

Hujung minggu ni, Insya Allah saya dan Mr Hubby akan hantar mak dan Yana pulang ke Batu Pahat, Johor. Semalam dah kemas sikit baju Yana dan bubuh dalam beg. Rasa ketaq juga untuk tinggalkan dia di sana tapi insya Allah dipermudahkan semuanya. Ada juga kata ini sebahagian daripada agenda tersembunyi sempena hari raya Aidilfitri. Confirm kena raya di Johor sebab nak ambil Yana (hahahahahaha).

Nanti saya update perkembangan Yana di kampung. Adik lelaki saya di kampung pun kata ok. Nanti petang-petang dia akan bawa Yana ronda-ronda dan tolong jaga Yana. Insya Allah Yana baik-baik saja duduk dengan Tok Madah dan Cik Man. Kalau tak ok, mungkin saya akan ambil balik minggu depannya pulak. Waktu ni, kena berkorban.

Minggu depan juga saya terpaksa tinggalkan Danish, Danial dan Yani di bawah jagaan Mr Hubby dan Mummy Yon sebab saya terlibat dalam Bengkel Pengkatalogan dan Pengkelasan Guru Pusat Sumber Sekolah Menengah Seluruh Pulau Pinang di bawah Program Destini Anak Bangsa UiTM. Selaku AJK bersama dengan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Shah Alam, kena membantu dalam memastikan semua peserta dalam keadaan aman. Kena pergi 4 hari tapi taklah jauh cuma di pulau saja tapi terpaksalah bermalam di hotel.

Minggu ni pun sibuk. Harapkan lepas hantar mak dan Yana serta selesainya bengkel barulah kepala tak serabut. Bolehlah berpuasa dengan aman damai. Selagi semuanya tak selesai, asyik terfikir macam-macam. Semoga semuanya berjalan lancar.

Nak tempek muka Yana. Mummy Yon buh gambar hari ni punya cerita di rumah. Amboi...


Meeting Daaa

Salam,

Pagi ni ada Mesyuarat Jawatankuasa Pembelian Buku & Majalah bersama semua Ketua Pusat Pengajian. Pagi-pagi dah siap set meja meeting. Jam 9.00 pagi baru start meeting. Bila meeting dengan ketua-ketua ni rasa semacam sikit tapi sebab tiap-tiap tahun dok buat meeting seumpama ini, dah biasa la.

Nak tanya bos bila nak reshuffle ni. Nak cuba benda baru pulak. Nak bagi orang lain merasa masuk meeting ngan bos-bos. Hahaha....

Nanti dah habis meeting, boleh la jenguk blog kawan-kawan. Daaa....

Susah tau nak order makan bila meeting...takut order pelik-pelik orang tak makan..hahaha


Wednesday, June 26, 2013

Kemaruk

Salam,

Sudah kemaruk
Ni semua member punya pasal
Kan dah terjebak
Tergendala sudah kerja-kerja kraf
Hadoi
Kena tahan diri ni

Baru level 41

Kalau Dah Perempuan..

Salam,

Kalau dah namanya pun anak perempuan, nak buat macamana...mestilah suka melaram, bersolek macam mama dia. Yana pantang nampak saya sudah mandi, dia akan tanya "Mama nak pakai bedak?"

Kalau saya buat tak dengar atau menjawab tak ikut spesifikasi jawapan yang dia nak, dia akan jerit pulak, "Mama...pakai etap (mekap)" sebab dia pun nak tumpang sama. Kalau menangis, bubuh beg mekap depan mata, terus diam. Sibuk bermekap. Yang tak tahan tu, siap minta nak pakai cream muka. Saya guna Vitamin E Moisturizing Cream, jenama Organic Aid tu sebab kulit suka kering tepi bibir dan area hidung-dahi. Bila bagi diorang cream tu, pandai pulak kata "Uiii...sejuknya kelim..." Huhuhu...


Sibuk tengok muka kat cermin kecik mama..kakak pulak sibuk pakai minyak wangi...last lepas siap mekap..memang ikut rutin mama sebiji..hehe

Baru-baru ni bawa mereka ke JMS Supermarket dekat ngan rumah, cari aiskrim diorang. Bila sampai kat bahagian baby, diorang nampak bedak Carrie Junior. Yani terus je capai satu, "Mama..nak nak ni..sama macam dalam tv". Adik pun ambil satu. Last, saya ambil syampoo dan bedak Carrie Junior gambar gajah tu. Dalam kereta diorang seronok tak hengat. Nak mandi time balik tu juga..nak mandi dengan sabun gajah. Yani kata "Nanti ada buih...lepas tu gajah keluar"

Nasib baik time mandi gajah tak keluar diorang tak nangis tanya napa gajah tak keluar..Tak ke haru nanti...tu yang bahayanya kalau iklan dah lebih imaginasi...

Baunya wangi..sedap je bila cium diorang hehehe

Tuesday, June 25, 2013

Mana?

Salam,

video
Baru jumpa video ni
"Mana akak?"
Muka pun sedih je
Mama pun sedih juga time tu
Huhu

Sudah Pulang!

Salam,

Malam tadi Mummy Yon whatssap dua gambar Yani ketika mereka sedang menunggu keretapi malam di Kuala Lumpur. Amboi..seronoklah anak dara seorang tu, berjalan sakan. Pagi tadi saya keluar rumah jam 6.30 pagi dengan abang-abang, mereka tak sampai lagi. Mr Hubby ambil mereka di stesen keretapi Butterworth dekat ngan jeti tu.


hahaha...muka budak tembam ni tengah layan susu. Nak tidur la tu...

Tak sabar pulak nak balik. Nak tanya dia macam-macam ngan nak gomol sikit. Ni baru 4-5 hari tinggal mama, esok Yana nak pi lagi lama. Tapi memang akan tinggalkan dia di kampung dengan mak juga sebab mak pun dah excited nak bawa cucu kesayangan dia balik. Wait and see je la..macamana nanti.

Monday, June 24, 2013

Their First Time

Salam,

Jumaat lepas, MIL bersiap-siap beg nak ke Putrajaya. Bas bertolak jam 12 tengah malam. Tiba-tiba MIL cakap nak bawa Yani ke Putrajaya sekali. MIL ke sana sebab hari Selasa dia ada kursus. Mula-mula macam, bolehke Si Yani ni duduk dalam bas. Kami tak pernah bawa dia naik bas.

Bila MIL bagitau kat Yani, laju je dia kata nak ikut. Siap ambil baju suruh saya bubuh dalam beg. Sebab Mummy Yon dan Tok Ibu pun dah ada kat KL, saya kata ok la. Nanti diorang balik, boleh bawa Yani balik sama. Yana masih ok je. Dia tak minta pun nak ikut. Selamba je.

Gelagat mereka di stesen bas.

Muka budak excited nak naik bas..

Malam tu, saya, Mr Hubby dan Yana hantar MIL dan Yani ke stesen bas. Yani dah excited nak naik bas. Siap dengan sweater dah. Rileks je. Bila bas sampai je, dia dah tak sabar nak naik bas. Lepas salam saya dan Mr Hubby dan kena cium peluk gomol, dia pun naik bas. Memang rileks je muka, siap babai kami.

Bila masuk kereta, Yana start tanya "Kakak mana?". Dia dok ulang ayat "Kakak mana?" dari stesen bas sampai ke rumah. Sampai kat rumah je, bila kereta berhenti, dia pun start nangis. Masuk rumah, pujuk dia...kata nanti abah amik kakak...tak juga jalan. Lepas tu terus buka Disney Junior. Terus dia diam, ambil bantal busuk dan baring tengok kartun.

Sampai hari ni tak tanya "Kakak mana" lagi. Bila kita tanya "kakak mana?" dia kata "Kakak ilang". Yani pulak dengar ceritanya, tak tanya pun adik kat mana. Dia sibuk kerja...dia kata. Tau tak apa kerja dia kat Putrajaya? Main game...huhu...

Malam ni Yani, Mummy Yon dan Tok Ibu akan bertolak balik dari Kuala Lumpur. Pengalaman pertama Yani dan Yana berjauhan. Lepas ni, Yana nak duduk Johor sebulan. Lagi lama tu..huhu...

Supermoon

Salam,

Malam tadi kami sekeluarga berjalan kaki ke kedai makan di depan taman. Tak jauh mana pun...jalan 2-3 minit dah sampai. Tak pernah makan kat kedai depan ni. Tuan baru, Pak Teh kata, sedap masakannya. Oleh kerana hanya kami anak-beranak dan mak saja di rumah, hujung minggu ni kami hanya makan di kedai je.

Sambil berjalan, sambil tengok bulan penuh. Saya baca dalam surat khabar malam tadi berlakunya fenomena Supermoon di mana bulan dilihat lebih besar dan lebih bercahaya daripada biasa. Ini kerana waktu itu orbit bulan adalah dalam keadaan paling hampir dengan bumi kerana orbit bulan tidak bulat tetapi sedikit bujur.


Ni je yang dapat saya tangkap ngan hp..tapi bila tengok dengan mata, Subhanallah...sangat cantik..rasa macam nak bentang tikar dan baring tengok bulan sepanjang malam. Dah macam pungguk rindukan bulan la  pulak...hehe

Memang nampak lebih bercahaya dan sedikit besar. Sayangnya saya tak ada kamera yang berlensa sesuai untuk menangkap gambar bulan itu. Wak Gelas ada tangkap gambar Supermoon tak? Hehehe....


Friday, June 21, 2013

Merepek

Salam,

Minggu ni minggu malas menghapdet blog la
Mood tu asyik tak mai je
Tapi kalau tak update, rasa macam tak best jugak
Acaner tu?
Baca jelah apa yang saya repekkan ye..
bukannya panjang mana pun


Cucur @ jemput-jemput kegemaran saya sekeluarga ialah jemput-jemput bawang + kentang. Cicah pula dengan sambal tumis semalam atau sambal sardin. Ooohhh...nikmat tu. Selalu boleh buat pun hari minggu. Lepas goreng sepinggan, duduk kat dapur, bukak kipas, makan tak hengat hehehe.

Teka sapa ni?
Hahaha..gambar lama ni. Waktu ni Danial masih kecil, umur 3 tahun. Dulu dia comel skang dah hensem, hehehe. Dia ngan Yani memang satu kapal. Mulut murai. Bercakap tak henti. Cubit mulut baru tau!


Lama tak makan gulai kepala ikan kat Pen Mutiara. Sekarang ni kat rumah, Mummy Yon pun dah pandai masak gulai camni tapi bila dia dah duduk KL nanti, maunya mesti rindu. Kena belajar masak gulai camni la pulak, mamak Penang style.

Nota kaki : Rehat panjang tengahari ni kaum wanita gi mana tu? Saya balik rumah, makan dengan hero-hero berdua tu sambil siapkan order kawan. Selamat bershopping/window shopping untuk teman2 wanita dan selamat Solat Jumaat buat teman2 Pria. ^_^




40 Hari

Salam,


Senyum
Kongsi info pagi Jumaat
Nampak remeh, tapi dah buat ke?
^_^


Thursday, June 20, 2013

Berita Petang Ini

Salam,

Petang ni memang kelam-kabut sikit di Sudut IT tapi alhamdulillah, dah makin cekap. Itulah pentingnya tahu tentang kerja rakan kita yang lain. Bila tiba-tiba terpaksa mengganti, tak la kelam kabut macam saya. Hehehe...

Sebenarnya tahu jugalah nak handle sudut IT tapi sebab kita tak selalu buat, maka jadi lupa step-step yang terlibat. Nak kena refresh ingatan dulu baru duduk di situ. Maklumlah...student sekarang ni banyak betul ragamnya tapi saya rasa kalau kita ringan mulut dan manis muka, diorang boleh sabar menunggu giliran untuk dilayan.

Dua budak comel

Sikit je nak cerita. Nanti cerita lagi...ni nak tempek gambar dua orang puteri saya yang comel ni. Bergaya dengan baju kelawar dibeli di Wakaf Che Yeh, Kelantan. Tak dapat cari yang sama kaler so amik kaler lain-lain. Cerewet juga sekarang ni, dah pandai pilih nak pakai baju mana. Sekejap lagi mesti nak pilih sendiri kalau beli baju. Macam abang-abang diorang...skang ni takmo baju yang sama, nak pilih sendiri. Sekarang nak t-shirt kosong, ada tulisan boleh tapi jangan gambar kartun...

Tak sama dengan kita dulu-dulu...apa yang mak abah belikan, itulah yang kita pakai. Tak pernah nak bunyi kata tak suka bila dah dibelikan. Hehehe....

Wednesday, June 19, 2013

Berita Hari Ini

Salam,

Tak tahu nak cerita apa.
Esok saya kerja petang (masuk jam 1 petang sampai jam 10 malam)
Esok saya kena jaga kaunter IT
Jarang-jarang jaga so banyak benda kena refresh balik
Nasib baik ada Encik Ubie & Riena & Fendy
diorang tolong ajar tadi
tapi...tipikal saya ni
Kalau memang tak boleh buat sangat
Saya akan cakap kat adik tu
"Adik, akak tak dapat bantu adik la..boleh tak adik mai esok pagi?"
Hehehe...boleh ke gitu?


Yana & Telekungnya



My Yana Comel hehehe

Aritu gi Bandung, kami ada belikan Yani dan Yana telekung
Selalu bila saya @ tok diorang solat, diorang akan sibuk nak pakai telekung juga
Kadang-kadang saya bagi pakai tudung je
La ni...dah ada telekung, senanglah
Yang paling suka ikut solat, Yana
Yani dia tak berapa sangat
Seronok tengok Yana ikut segala pergerakan solat
Insya Allah, jadi anak yang solehah ya...

Dah..itu je nak cerita

Nota kaki : Psst...ubie...akak tau ang baca blog akak. Tutup mulut sikit bila gelak tu!

Needed Badly

Salam,

Diperlukan!

Masa untuk memanjakan diri

Kelayakan
Badan sengal-sengal
Sakit kepala
MALAS

Masa yang senggang untuk diri sendiri, paling kurang 2 jam
Sponsor daripada Mr Hubby amat dialu-alukan!




Mr Bear-bear pun nak relax juga nih ^_^



Tuesday, June 18, 2013

Dugaan

Salam,

Sesungguhnya, Allah sentiasa akan memberi jalan kepada hambaNya. Saya selalu berdoa dalam solat saya agar Allah berikan rezeki yang halal, permudahkan jalan hidup dan berikan jalan untuk menyelesaikan hutang-hutang. Itu memang antara doa yang diulang setiap waktu.

Alhamdulillah, walaupun pelbagai masalah mendatang, pada akhirnya, ada juga jalan yang diberikan sebagai penyelesaiannya.

Kami memang sedang mencari pengasuh untuk Yani dan Yana. Mereka dah masuk 2 tahun setengah dan boleh bercakap dan mendengar arahan. Di rumah pengasuh, mereka akan ada kawan, dan belajar mengenal orang luar. Sebelum hantar ke sekolah, kita mulakan dengan yang lebih kecil dulu. Alhamdulillah, tadi dah dapat pengasuh. Kami dah kenal lama sebab dulu Danish dan Danial pun kami hantar kat pengasuh yang sama. Kami start hantar selepas raya nanti tapi sebelum tu saya kena train diorang dulu. Kena ambil cuti sehari dua untuk biasakan diorang.

Yana comel ni nak ikut tok balik kampung? 

Hujung bulan ni, mak saya akan pulang ke Johor. Biasanya bila bulan puasa dia akan berpuasa di kampung, sambil mengemas rumah untuk hari raya. Kami bercadang nak tinggalkan Yana di kampung bersama emak sehingga hari raya. Aduh...mesti saya rindu tapi sebab kat sini Mummy Yon hanya boleh jaga sorang. Dia pun sibuk dengan persiapan kahwinnya. Pengasuh baru cuma akan start lepas raya...

Kalau korang macamana ya? Mak dan Yana sangat rapat. Aritu waktu sembang-sembang ngan mak dia pun kata nak bawa Yana balik. Cuma saya tak tau la macamana nanti keadaan dia di sana. Cadangnya nak cuba seminggu dulu kalau tak boleh, saya kenalah ambil dia balik Penang. Jauh tu..rindu tu...huhu

Nota kecil : Ada jalannya, cuma nak dengan tak je...

Kenapa Lagu Haram

Salam,

Memetik sedikit ceramah Ustaz Kazim Elias, penceramah kegemaran saya.


Monday, June 17, 2013

Ayam Oh Ayam

Salam,

Dah hampir sebulan projek ayam BIL ngan Mr Hubby berjalan. Saya jarang-jarang tengok pun. Diorang je yang rajin. BIL memang rajin membersihkan reban, bagi makan dan minum dan buat macam-macam kat kawasan reban. Baru-baru ni dia pasang lampu menuju ke reban. Dia kata biar cerah kalau malam-malam nak check ayam.

Hari Jumaat lepas balik kerja saya pun jenguk la reban ayam tu. Wah...tak sangka dah besar ayam-ayam mereka. Kalau ikut kata nyonya kedai ayam tu, dalam 3 bulan lebih dah boleh sembelih. Mr Hubby kata, bila dah cukup umur nanti, dia akan bagi sorang sekor kat jiran terdekat sebab dia risau bila dah membela ayam ni, ada bau busuk ke, lalat ke masuk umah diorang. Tapi setakat ni, alhamdulillah takde yang mengadu sebab reban pun letaknya jauh dari rumah dan BIL n Mr Hubby maintain kebersihan reban.

Najis ayam tu, diorang buat baja pokok-pokok cili yang baru ditanam so tak la terbuang begitu saja. Saya ni nak bercucuk tanam tapi belum kesampaian lagi. Kena kuat semangat nak ke kebun ni. Hehehe....

Dah makin besar...

Ni depan umah kami...reban tu ada kat bawah pokok kelapa tu. Ada macam-macam pokok ditanam hasil tangan bapa saudara Mr Hubby. Nanti saya tangkap gambar yang lebih detail.

Sunday, June 16, 2013

Berkraf

Salam

Bangun awal pagi lepas subuh terus naik bilik atas (bilik serbaguna kami). Mulakan dengan bunga crepe untuk hantaran Mummy Yon.

Saya jenis suka buat kerja sorang-sorang...tak suka orang tolong sebab rasa puas buat sendiri. Tapi bila fikirkan...kalau nak jadi peniaga berjaya, kenalah percaya kat orang lain baru perniagaan berkembang. Ye tak?

Berniaga ni persaingannya boleh tahan juga. Kadang tu dalam satu kawasan, ada ramai yang menjual benda yang sama. Yang nak bezakannya cuma kualiti barang yang dijual. Kalau kualiti pun sama, kena tengok pulak strategi pemasarannya pula...yang mana lebih menarik.

Bagi saya, kepuasan pelanggan tu nombor satu. Saya percaya kalau pelanggan kita suka dengan hasil kerja kita, insya Allah dia akan jadi regular. Lepas tu dia akan jadi promoter bergerak kita tanpa bayaran. Dan saya percaya sedikit hadiah kecil untuk pelanggan tetap dan promoter bergerak ini takkan merugikan kita.

Tetiba je cerita pasal perniagaan kan...hahaha...otak sedang bergerak mencari idea. Cuma kekangan masa yang perlu diatasi lepas ni.

Selamat berhujung minggu!

Friday, June 14, 2013

Entah Apa-apa Entah

Salam,

Hari Jumaat, biasalah ye...kita layan gambar-gambar cantik. Tapi sebelum tu nak juga meluahkan perasaan pasal hal ribut tu.

Adoila..macam-macam spekulasi diorang buat pasal beberapa siri kemalangan yang berlaku di Penang ni. Kau tuduh aku, aku tuduh ko. Padahal semua ni kejadian alam yang memang nak jadi. Mungkin kita ada menyumbang ke arah itu tapi tak perlulah buat spekulasi dan tohmahan bagai. Macamlah mereka tu dah bagus sangat. Ni kalau bencana nak datang, dia tak pilih orang tertentu, dia bagi lump sum kat semua orang. Kena la muhasabah diri dan menilai diri bukan saling tuduh-menuduh.

miau ni pun naik heran dengan perangai manusia sekarang nih


Ok..dah lepas geram..kita layan gambar-gambar cantik.







Ribut!

Salam,

Siapa tengok berita malam tadi tentang kejadia ribut di Pulau Pinang yang menyebabkan menara pemancar di atas bangunan UMNO di Jalan Macalister jatuh menghempap 7 kereta dan mengakibatkan dua kematian? Aduhai...di seberang pun apa kurangnya.

Keadaan laut dan langit gelap...ni beberapa minit sebelum ribut. Sorry la gambar blur

Saya sampai di lebuh raya pesisir pantai Bagan Ajam lebih kurang jam 6.45 petang. Waktu tu dah nampak dah laut bergelora dengan ombak besar. Langit, subhanallah sangat gelap dan angin kencang. Bawa kereta kancil pun terasa melayang ditiup angin.

Lepas tol dan masuk jalan Bagan Ajam angin mula kencang. Ranting pokok dan daun-daun memenuhi jalan. Jalan ke depan sikit nampak pokok besar tumbang menutupi jalan kecil tapi jalan utama masih ok. Jalan depan sikit lepas Sekolah Menengah Dato Onn, nampak pagar sekolah rebah. Jalan depan dah stalled. Rupanya ada satu pokok besar jatuh menghalang jalan utama. Saya nampak ada sebuah kereta di bawah rimbunan pokok. Tak taulah apa nasib pemandunya. Kalau saya laju sedikit tadi mungkin juga saya jadi mangsa.

Mr Hubby call dan saya beritahu keadaan jalan. Hujan dah mula lebat dengan angin dan saya terpaksa berpatah balik lalu jalan lain. Gementar juga sebab saya hanya dengan Danish dan Danial. Lalu jalan Sg Puyu pun sampai Maklom ada pokok tumbang menghalang jalan. Nasib baik kereta kecil so boleh lalu kot tepi pokok.

Sampai Telok Air Tawar pun sama ada pokok tumbang. Banyak betul detour semalam. Dalam ketar pun alhamdulillah selamat sampai. Nah tempek video amatur daripada Danish. Abaikan suara sumbang dan goyang-goyang tu ya...huhu

video

Thursday, June 13, 2013

My Library

Salam,

Tarik nafas sikit hehehe...boleh curi-curi BW jap lagi, tugas dah banyak yang selesai. Sekarang ni, kurang idea nak menulis tentang apa. Bila nak cerita pasal anak-anak, asyik lupa nak tangkap gambar je. Kalau saya ni, jenis tak buh gambar saya rasa tak lengkap. Hahaha...

Jenguk ke luar pejabat, tengok ramai juga student melepak di ruang dokumentari/Astro. Ada yang membaca akhbar, ada yang menonton televisyen, ada juga yang curi-curi tidur sebentar. Kalau terlampau lena, selalunya kami kejut tapi kadang-kadang kesian tengok. Malam dok study ke apa. Hehehe...

Sejak student ramai ni, tahap kesejukan penghawa dingin pun di tahap maksimum juga. Saya lebih suka sejuk daripada berpanas. Bukannya apa, library kami ni jenis tak ada tingkap. Bangunan berkaca. Udah macam akuarium atau rumah hijau so kalau panas tu, memang berkuap la. Jadinya, kalau sejuk kira dah lali dah. Pernah suatu ketika dulu, aircond punyalah sejuk sampai kami rasa nak buat unggun api la pulak. Bila dah tak tahan sangat, kami keluar jap duduk depan library tengok budak-budak. Hahahaha...

Library kami ni masih baru. Banyak juga pelatan yang masih tidak mencukupi seperti kerusi dan meja. Ruang masih luas tapi belum lagi dimanfaatkan. Banyak cadangan diberikan tapi apabila melibatkan perbelanjaan, terpaksalah kena tunggu green light daripada pihak Bendahari.

Teka yang mana satu saya? Hehehe

Dalam library kami ni, bos perempuan, bos kecik ada dua, satu perempuan satu lelaki. Staf pulak majoriti baru umur 20-an dan awal 30-an so korang bayangkanlah kalau buat event atau meeting, semua kepala hu ha hu ha. Setakat ni, memang sempoila...tapi biasalah bila muda, darah cepat panas so cepat la melenting kalau ada silap kat mana-mana. Bab kerjasama sangat best. Alhamdulillah bos pun sporting.

Eh...eh..dalam takde cerita, panjang juga karangan saya. Okla..stop dulu..nanti sambung lagi ya...tempat kerja korang macam mana pulak ya?

Wednesday, June 12, 2013

Huhu..takutnya

Salam,

Malam ni berBW sesuka hati. Saya rajin juga jenguk blog sis Peej. Seronok je baca tulisan dia yang selamba tu.

Malam ni kat blog sis Peej cerita pasal kulit muka. Dia ada bagi satu link ni, blogger kat Singapura yang mukanya jadi sangat hodoh selepas buat satu treatment kat satu salon ni. Kalau rajin, tengoklah kat SINI.

Gunakan jenama yang dikenali dan terbukti selamat.


Dahsyat sungguh. Tetiba jadi takut nak guna bahan kecantikan ni. Saya pun memang tak pernah buat facial dan tak terasa nak buat pun. Selalu juga tengok orang buat dan terasa nak buat tapi tak pernah jadi buat. Banyak betul buatnya hehehe.

Jadikanlah ikhtibar.

Sudah Start

Salam,

Minggu ni dah start buka library sampai jam 10 malam. Hari ni, giliran saya pula kerja sampai malam dengan dua orang lagi rakan. Tu yang tak sempat nak berblog.

Pagi tadi sibuk mengemas bilik belakang kat rumah. Almari dah macam apa ntah...semua nak sumbat. Bila dah kemas dan vacuum baru nampak semenggah sikit.

Malas nak menaip panjang. Nak berBW je petang-petang ni.



Setuju tak dengan quotes di atas ni. Hehehe....yang paling saya setuju ialah yang tentang bulan tu...hehehe

Tuesday, June 11, 2013

Tips Tips

Salam,

Kongsi tips di dapur masak.




1. Untuk memaksimumkan jus limau yang mahu diperah, gelekkan menggunakan tangan. Cara lain ialah masukkan ke dalam microve selama 5 minit baru perah.



2. Bersihkan dapur seiring dengan memasak. Siap je masak, siap mengemas.



3. Nak pastikan minyak kita sudah cukup panas untuk menggoreng? Celupkan sudu/senduk kayu ke dalam minyak. Jika ada buih keluar dari senduk, itu maknanya minyak sudah cukup panas.



4. Kalau rebus spageti, jangan dibuang semua air rebusannya tu. Waktu masak sos, tambahkan air rebusan itu sekali. Menambah rasa dan kepekatan sos.



5. Gunakan pisau tajam di dapur, ia lebih selamat dan memudahkan kerja-kerja kita.

Memilih Buku bukan Memilih Bulu

Salam,

Saya tabik dengan penulis novel yang boleh membuatkan kita tersenyum, tergelak-gelak, menangis, marah dan lain-lain. Macamana mereka mengolah cerita sampai kita yang membaca pun terbawa-bawa ke alam yang sama.

Bagaimana korang memilih buku yang korang rasa best? Kalau saya, saya suka baca sinopsis di belakang buku. Cara lain, saya suka baca buku-buku yang mendapat liputan tak kira melalui internet atau media. Kan sekarang banyak novel telah dibawa ke televisyen.

Meh baca satu sinopsis yang saya rasa "catchy". Kot-kot ada yang teringin nak membacanya selepas ini...

"Ai Neesa, kau dah jatuh hati dengan Sarip tu ke? Masakan puteri kayangan dari langit ke tujuh sudah jatuh hati dengan lelaki!" Pie-Pie mengusik. Dia tahu Aneesa seorang pelajar yang punya wawasan.

"Merepeklah kau, Empat Mata! Kita ni, kan masih belajar lagi. Sarip tu kawan aku aje."

"Sarip tukan handsome...tapi kenapa ayah dia letak nama dia Sarip? Tak kena sungguhlah, Neesa."

Ketawa Aneesa mendengarnya. Huh! Pie-Pie ni ada-ada sahaja. "Nama Sarip tu sedaplah. Kalau ayah dia letak sirap, lagi niaya, tau!"


-Telur Rebus Asam Boi, Norhayati Berahim-


Lepas tu, banyak novel yang menggunakan nama-nama makanan sebagai tajuk. Rasa macam comel gitu. Tapi bila baca tajuk terus jadi lapar, sedangkan sebenarnya novel tu kisah cinta. Tajuk yang catchy pun penyumbang kepada orang membaca.


Suka kaler-maler dan suka hitam..hitan itu menawan dan penuh misteri gitu.

Satu lagi kulit depan buku/novel. Mestilah nak yang cantik dan menarik. Baru teruja nak membaca. Kalau bawa berjalan pun nampak cantik je. Sekarang ni, pepatah 'don't judge a book by its cover' kurang sesuai. Nak orang beli dan baca, kenalah the whole package tu menarik, baru orang tertarik.

Macamana korang memilih buku?


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...