It's You!

Wednesday, July 31, 2013

What's Love

Salam,

Bila kita tahu kita disayangi
Kita akan sanggup buat apa saja untuk dia
Kita akan cuba melindunginya
Kita akan jadi pendengar yang setia




Nota kaki : Peringatan untuk diri sendiri dan untuk kamu yang bersedih. Belum masanya untuk kamu merasai manisnya cinta. Insya Allah jika diizinkan olehNya, pasti Dia akan menemukan kamu dengan seseorang yang sesuai. Sabar dan banyakkan berdoa.

Sorry Is the Hardest Word

Salam,



Dear friend,

You know who you are
And you know why I'm saying sorry
Do accept my apologize

(Walaupun tahu kamu tak ambil hati pun tapi tetap nak minta maaf...sebabnya? Sorry tak sempat siapkan tempahan kamu itu. Sekarang baru tau rasanya bila jadi tukang jahit di Hari Raya.)


Nota kaki : Pagi ini ada bacaan Yassin diikuti dengan mesyuarat bulanan Staf Library. Petang pula ada mesyuarat AJK Hari Mesra Pelanggan. Seharian bermesyuarat. Ok juga sebab dah dekat nak raya ni, mood bekerja dah ke laut 


Tuesday, July 30, 2013

Busy Week

Salam,

Alhamdulillah dah sampai hari ke 21 kita berpuasa di bulan Ramadhan. Rasa macam baru je berpuasa, dah nak raya dah. Mesti korang semua sedang sibuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri kan...dengan kuih la, baju raya, mengemas rumah, macam-macam lah kan.

Saya pula, tak sabar nak pulang ke kampung di Johor. First sekali sebab dah lama tak jumpa Yana. Rindu sangat-sangat. Saya pasti abang Danish, Abang Danial, Mr Hubby dan Yani pun rindukan adik Yana. Tak dapat bayangkan apa yang diorang akan buat bila berjumpa nanti. Insya Allah, Jumaat ni kami bertolak ke Putrajaya dulu sebelum turun ke Batu Pahat. Sekolah pun dapat cuti awal walaupun berganti so kami pun balik awal.


Rindunya kami nak jumpa kamu, Dayana!

Sebelum nak balik kampung, kenalah settlekan rumah dulu. Saya perlu tukar cadar 3 bilik tidur, sebab balik dari kampung, adik ipar pun sampai dari Kelantan. Giliran beraya di rumah saya pula. Sebelum ni dah kerah Danish dan Danial memvakum habuk, lepas ni nak kerah Mr Hubby dan BIL untuk mengubah meja/sofa. Kena juga cari alas meja makan. Saya rasa macam tak pernah ada alas meja kat rumah saya tu...hehehe..teruk kan? Lepas tu nak kena simpan semua bear-bear Yani dan Yana sebab ruang tamu tu dah ditakluki oleh anak patung mereka.

Biskut raya main tempah aja, tak sempat nak buat. Lagipun saya memang "kureng" sikit bab membuat biskut. Cukuplah kot serba-sedikit sebab bila adik ipar balik nanti, biasanya kami buat BBQ dan masak makanan yang berat-berat. Janji ada...

Oh ya..bila nak jalan jauh, kena kemas beg. Yang ni paling saya tak suka huhu..letih nak mengkelas baju. Bila balik laaagi la letih, tu yang kadang-kadang kalau lepas balik kampung, baju bersih masih ada dalam beg. Bila nak pakai, tercari-cari lepas tu marah-marah kata baju banyak hilang. Rupa-rupanya ada dalam beg lagi. Hehehe...

Macamana pula persiapan korang? Mesti havoc juga kan. Kalau ada ramai "pembantu" ok la juga boleh pecah & perintah. Kalau saya ni, kerah & perintah jalan juga tapi mulut pun kena jalan sama. Letih berganda, baik saya buat sendiri huhu..




My Romantic Place

Salam,

Tempat yang paling romantik di dalam dunia
Bagi saya

Bukan orang lain ya...
Yang ini tempat yang paling saya suka


Pasti yang kenal saya dah dapat agak
  
Kan?

























Di sini




dan kalau dapat membaca di sini, lagi best..



Bilik Edward Cullen (Twilight), pemandangan di luar bilik, sangat best.




Monday, July 29, 2013

Kisahnya

Salam,

Ni lah kerja dia kalau tak boleh main game. Waktu ni adik-adik dia tidur so ambil kesempatan la main mainan adik. Dulu masa dia kecil pun banyak mainan tapi Danish dan Danial sangat cermat. Kalau main, tak ada baling-baling mainan. Lepas main, simpan di tempatnya.

Danial sedang sibuk sampaikan mama ambil gambar pun dia tak sedar

Kalau Dayani dan Dayana pulak, aduhai...nama je perempuan tapi lebih kasar daripada abang-abang mereka. Sekarang ni, bukan abang-abang yang buli adik-adik tetapi sebaliknya pulak. Hehehe...sekejap je dah besar anak-anak mama ni.

Saturday, July 27, 2013

Deko

Salam

Saja nak tunjuk hasil deko kami...letih juga melukis sampai pakcik cleaner tolong touch up gambar pemandangan kami.

Umah kami tu rumah tahun lepas cuma perbaiki mana-mana yang patut. Ok tak?

Thursday, July 25, 2013

Bila...

Salam,

Bila aku kaya

Kalau aku kaya
Kalau aku kaya

[Altimet]
Aku nak gaya hidup aku berubah
Alangkah indah kalau dah tak susah
Jadi pemilik bukan sewa rumah
Makan tak habis minum tak sudah
Bil api air semua bayar awal
Tulis cek selamba tak risau batal
Masuk dalam bank semua melopong
Dalam akaun ada banyak 0 0 0 0 0

Dan kalau aku mampu
(jangan pening kepala, Aku betulkan semua lubang atas jalanraya)

Buat suka hati aku
(Kamu tak perlu risau, Aku beli semua pokok janji bumi kekal hijau)

[Awi Rafael]
Kalau aku kaya
Hari hari hari raya
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba
Aku beli segalanya
Bungkuskan semua
Hadiahkan pada mama

Kalau aku kaya (kalau aku kaya,kalau aku kaya)
Kalau aku kaya (kalau aku kaya,kalau aku kaya)

[Altimet]
Aku gajikan driver
Nama dia Schumacher
Dia panggil aku sir
Aku panggil dia der
Der, tolong hantar mak aku pegi pasar
Belikan nasi lemak
Boss engkau dah lapar

Aku belikan Kim K, kain lebih
Pesan dia tolong tutup aurat, terima kasih
Beats by Dre
Next beat by’Ye
Tiap show pakai J’s
Hypeman aku Jay
Biar aku belanja, subsidi gula
Korang kena kencing manis tanggung rawatan semua
Pening apa semua benda aku yang sponsor
Kalau korang takut trafik kita naik helikopter

Dan kalau aku mampu
(jangan pening kepala, Aku betulkan semua lubang atas jalanraya)

Buat suka hati aku
(Korang tak perlu risau, Aku beli semua pokok janji bumi kekal hijau)


Nota kaki : Agak-agaknya, ada tak orang kaya yang buat semua ni? Atau bila dah kaya dah lupa orang sekeliling? Bila baca biografi Syed Mokhtar Al-Bukhari dan tahu dia banyak menyumbang kepada ramai orang, rasa bangga sebab ada juga orang Melayu yang ingat pada bangsanya tapi ramai juga yang mengutuk beliau. Susah juga kalau jadi orang Melayu berjaya, ada saja yang dengki dan jahat mulut.

Wednesday, July 24, 2013

The Girls

Salam,

Nur Dayani Hayfa dah pulang dari Kuala Lumpur dengan keretapi malam semalam. Sampai rumah pagi tadi tapi saya tak berkesempatan jumpa dia sebab saya kan tidur rumah MIL semalam. Petang ni bolehlah jumpa.

Kisahnya badan dia panas macam nak demam. Mummy Yon buh Kool Fever kat dahi. Kata Mummy Yon sebenarnya dia tak mau balik. Dia kata kat Mummy "Boleh tak kakak duduk rumah abah Aatif Zayyad?"

Bila Mummy kata tak boleh, sebab nanti bila susu dan baju habis, macamana? Dia kata dia boleh minum susu Aatif Zayyad dan pakai baju Aatif Zayyad. Malahan Mummy kata sepanjang berada di rumah Aatif Zayyad, dia tak pakai pun baju-baju dia tapi pakai baju Aatif Zayyad.

Amboi...anak mama yang sorang ni. Orang tak sampai lagi Kuala Lumpur, tapi dia dah banyak kali pi sana. Dah la tu, siap tak mau balik lagi. Yani...Yani...

Tengok tu..cheeky betul!

Nur Dayana Hayfa masih lagi di kampung. Sekarang ni asyik mengekor Cik Man dia aja. Pantang CIk Man nak keluar, pasti dia nak ikut. Seronok la tu, Cik Man rajin bawa dia pi Bazar Ramadhan. Mak kata ada satu hari tu diorang bawa dia ke bank sebab mak ada urusan. Belikan mainan RM5 lepas tu leka main dalam kereta dengan Cik Man sementara tunggu tok dia keluar dari bank.

Favourite dia sekarang air 100 plus. Alhamdulillah sepanjang di sana, masalah buang air besar dia dah ok. Adakah sebab minum 100 plus tu? Tapi selalu tok dia "tipu" dia. Tok bubuh 100plus sikit je tapi tambah air masak sejuk. Janji ada rasa masam dia minum.

Sekejap lagi kita jumpa ya sayang. ^_^

Si comel mata bulat mama ni..Miss u la baby!


Hope

Salam,

Selamat menunaikan Ramadhan ke 15
Dalam diam, dah setengah bulan kita berpuasa
Banyak juga berita kurang best kita dengar sepanjang setengah bulan ini
Kes anak lemas dalam kereta yang menghibakan
Kes mati lemas di Melaka
Kes mercun
Ada lagi ke?

Harap-harap
setengah bulan lagi ini
Penuh dengan kegembiraan
Buat mereka yang kehilangan orang tersayang
Diharap banyak-banyak bersabar
Allah sentiasa bersama orang yang sabar
Saya pernah merasainya ketika kehilangan arwah abah
Sehari sebelum hari raya 17 tahun yang lalu

Hari ni, hari berkreatif
Nanti saya BW lagi ya
Teman kreatif saya dah turun dari tingkat 3
tak sabar nak start berkreatif
Daa!


Tuesday, July 23, 2013

Projek Kami

Salam,

Dah petang baru boleh buat entri baru. Cik Kak Pau Kacang tu bukan sebab dia suka makan pau kacang tapi sebab pipi dia tu dah macam kuih pau. Bila saya panggil dia Puteri Pau Kacang dia akan senyum-senyum je. Tapi jarang la panggil...karang melekat jadi nama panggilan pulak. Penat je bubuh nama panjang cantik-cantik...hehehe..

Hari ni sibuk dengan dekorasi raya. Banyak lagi nak buat. Setahun sekali kami buka bengkel kesenian kami. Waktu ni la mengecat, menukang, menampal, menjahit dan macam-macam la "me" kami buat.

Cari mana saya? Hahahaha

Tadi dah siap wallboard dedikasi raya kami untuk pelajar-pelajar meluahkan rasa dan memberikan ucapan kepada rakan-rakan. Simple je tapi penuh gelak tawa waktu nak menyiapkannya. Lepas ni nak siapkan rumah kampung kami tu. By this week kena siap sebab nanti bila student dah balik kampung, tak ada maknanya la pulak. Hehehe...

Oklah...esok kita cerita lain ya..


TBT dan Rumah P. Ramlee

Salam,

Hari Sabtu yang lepas, kami anak beranak dengan Mummy dan BIL ke Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Pulau Pinang yang bersebelahan dengan Rumah P. Ramlee. Tujuannya ialah untuk menghantar Danish ke sesi latihan Tunas Budaya Tari Cemerlang.



Sebelum tu, cikgu kebudayaan sekolah diorang dah bawa 10 orang ahli kelab untuk ujibakat untuk Tunas Budaya Tari Cemerlang (TBT) ni dan semuanya terpilih. Diorang akan join dengan ahli TBT dari sekolah lain untuk wakil TBT peringkat negeri so lepas ni kalau TBT dipanggil untuk membuat persembahan dalam apa-apa acara keramaian dalam dan luar negeri Pulau Pinang. Kalau ada panggilan, boleh juga ke luar negara.

Tak sangka sebenarnya. Danish tu dalam diam dan garang ngan Danial tu ada lembutnya. Mula-mula macam tak mau hantar dia tapi bila tengok semua kawan-kawan dia yang aktif bola pun ada sama, kira ok la. Tak bermakna masuk TBT jadi budak lembut. Timbalan pengarah dalam taklimatnya bagitau, pemilihan pun berdasarkan kecemerlangan akademik sebab mereka mahu ahli-ahli TBT ni cemerlang dalam semua bidang. Katanya lagi, TBT ni bukan setakat tarian tradisional saja tapi ada tarian moden, teater dan lakonan. Amboi...bunyinya bagi mama gerun pulak. Yang penting pelajaran dulu. Nak Danish sentiasa cemerlang dalam pelajaran dan juga bidang lain.

Sesi latihan


Lepas sesi taklimat, ada latihan pertama. Kalau dilihat, geng sekolah Danish yang terdiri daripada pelajar lelaki lebih menyerlah tariannya daripada pelajar perempuan. Penuh gelak-tawa pagi Sabtu tu sebab macam tak boleh pi je tengok budak lelaki menari tarian tradisional. Nak tunggu diorang belajar tarian Zapin Johor tu, yang rancak.


Rumah P.Ramlee

Yani a.k.a Cik Kak Pau Kacang

Lepas latihan, kami singgah di RoadWalk untuk membeli buah-buahan sambil tengok orang berjual-beli barang-barang. Budak paling seronok ialah Nur Dayani Hayfa la. Aduhai, abang dia sibuk berlatih, dia sibuk bergusti dengan abang Danial dia. Cik Kak Pau Kacang ni la...

Monday, July 22, 2013

Bazar & Parking

Salam,

La...bila banyak kerja, sekejap je dah petang. Tak sempat nak cerita macam-macam. Dah nak balik. Sebab tidur rumah MIL, kul 5 sharp kena balik sebab kat belakang rumah MIL tu ada Bazar Ramadhan. Kalau balik lambat, nanti habis parking tak ada. Waktu ni memang sangat azab nak memarking kereta. Ada abang tu kena duduk dalam kereta lebih setengah jam sebab parking dia diambil oleh pengunjung bazar.

Pihak penganjur kena menangani masalah ini untuk mengelakkan kejadian gaduh. Jangan main-main ya..pasal parking pun boleh gaduh tau. Nasib baik MIL ngan Mr Hubby dah sampai rumah. Diorang dah carikan parking untuk saya petang ni. Hehehe...

Esok saya cerita tentang hari Sabtu kami. Kami ke Rumah P. Ramlee sebab meneman Danish. Teman Danish buat apa? Kalau nak tau, tunggu ya!



Selamat berbuka dan menunaikan Solat Terawih ya kawan-kawan!


The Girls

Salam,

Hari Isnin tak boleh malas-malas. Banyak pulak kerja nak buat. Nanti kita sembang lah ye. Nak tempek gambar cik kak Pau Kacang ni. Semalam dia dah bertolak ke Kuala Lumpur dengan Mummy Yon dan Tok Ibu. Mereka pi rumah Along (abang Mummy Yon). Hari Rabu baru balik Penang. Bila saya call nak cakap dengan dia, dia takmo cakap sebab busy main dengan Aatif Zayyad, anak Along. Bila dah berjalan, dia lupa kat mama ya.



Yana di kampung baik-baik sahaja. Cuma aritu tok dia "tangkap" dia dalam bilik Cik Man, tengah belek album gambar dan tengok gambar SAYA. Oh..anak mama..rindu kat mama ya...Mama laaaagi rindu kat Yana. Insya Allah nanti kita jumpa seminggu sebelum raya. Time tu mama nak peluk cium dan gomol Yana puas-puas. Bila call mak je mesti saya ajak dia cakap dalam phone. Kekadang dia mau bercakap, kadang-kadang ralit bermain.

Nota kaki : Minggu ni kami semua tidur rumah MIL sebab lebih dekat dengan tempat kerja dan sekolah. Nanti, lepas Mummy Yon kahwin, kami akan berpindah balik rumah MIL supaya senang ke tempat kerja/sekolah dan tempat mengasuh. Mmmmm.....

Friday, July 19, 2013

Mana Tempatmu?

Salam,

Tinggalkan korang untuk berhujung minggu dengan tips ini
Hujung minggu bolehlah kemas peti ais yang dah penuh
Penuh dengan pelbagai makanan lebih berbuka dan sahur
Penuh juga dengan bahan mentah memasak

Boleh tengok mana yang dah tamat tempoh atau tak boleh dimakan lagi
Bolehlah dibuang supaya ruangnya  boleh diganti dengan makanan lain

Selamat berhujung minggu semua ^_^


Berita Hari Ini 19 Julai 2013

Salam,

Pagi ni sibuk brainstorming untuk hiasan hari raya di library. Benda-benda macam ni, memang semua orang excited nak buat. Insya Allah, minggu depan kami start up kan hiasan untuk hari raya.

Selain itu, sekarang library sedang sibuk merencana pengisian untuk Hari Mesra Pelanggan 2012/2013 kami. Banyak juga aktiviti yang telah dicadangkan dan akan dijalankan. Harap-harap semuanya berjalan lancar. Tarikh Hari Mesra Pelanggan sudah ditetapkan pada 10 - 12 September 2013. Masa sibuk sudah bermula.

Sebelum Hari Mesra Pelanggan, ada program library make-over kat Sekolah Menengah Pondok Upeh, Balik Pulau. Yang tu adalah kerjasama dengan Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam dan melibatkan pak menteri untuk perasmian. Lagi banyak kerja nak buat.

New design 

Sekarang pun, alhamdulillah pesanan kraf juga tidak putus so sibuklah saya seharian sepanjang Ramadhan. Tapi syukur sangat dengan rezeki ni, walau tak banyak boleh gak menampung belanja beli biskut raya...hehehehe....

Dah...tu je nak cerita..  ^_^


Thursday, July 18, 2013

Birthday Dedication

Salam,

This Birthday Wishes
Are dedicated to my son
Muhammad Danial Syahmi






to you...

Now you are


Hope your day will full of  



I love you forever
May Allah bless you all your life
May you become a pious son
And always appreciate others in your life
May all your wishes and dreams will come true
We will help you and I'm sure, 
Allah will guide you

~ your Mama ~







Peluang Kedua

Salam,

Setiap bulan, semua warga UiTM seluruh Malaysia akan menerima emel daripada VC kami, Tan Sri Dato' Sri Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar. Isinya selalunya tentang perjalanan tugasan beliau setiap bulan dan sedikit sebanyak perkembangan UiTM. Ada masanya, beliau akan berkongsi cerita dan pendapat tentang pelbagai topik.

Bulan ni, beliau kongsikan dua kisah yang boleh kita renung-renungkan. Saya pun nak share dengan korang semua. Semoga ada manfaatnya ^_^.

AKAN ADAKAH PELUANG KEDUA?



Mereka telah berumahtangga melebihi tiga dekad dan kedua-dua anak mereka telah membina keluarga masing-masing, tinggal berasingan di daerah lain.  Aishah kini melalui empty nest syndrome, hanya tinggal bersama suaminya, Mohd Razif yang masih bekerja, di penghujung kerjayanya.  Saban tahun mereka meraikan hari ulang tahun perkahwinan, hinggalah sejak beberapa tahun kebelakangan ini hubungan mereka melalui perubahan.  Kerapkali berlaku perselisihan antara mereka walaupun atas perkara remeh sahaja.  Sesungguhnya jauh di sudut hati, mereka tidak suka kepada perubahan dalam hubungan mereka itu.

Pada hari ulang tahun perkahwinan mereka yang lepas, Aishah begitu teruja menunggu kepulangan suaminya, Mohd Razif.  Sejak mereka menjadi suami isteri, banyak perubahan telah berlaku dalam hubungan mereka, namun kali ini Aishah berazam untuk cuba memperbaikinya.  Pasangan itu yang suatu masa dahulu umpama tidak boleh dipisahkan, kini telah semakin ‘hangat’ dek perselisihan antara mereka yang tidak habis-habis.  Seolah-olah sekarang ini mereka hanya nampak kelemahan dan kesilapan pasangan, bukan lagi seperti baru-baru mereka berkahwin dahulu, semuanya baik belaka.  Hari itu Aishah ingin melihat kalau Razif ingat pada tarikh penting dalam hidup mereka suami isteri.

Apabila terdengar bunyi loceng di pintu, Aishah meluru membukanya dan dapat melihat suaminya basah kuyup, sambil tersenyum menggenggam sejambak bunga di tangannya.  Aishah tergamam lalu tanpa banyak bicara kedua-duanya terus ke ruang tamu.  Aishah ternyata sangat gembira dengan ingatan Razif terhadap hari ulang tahun mereka.  Di saat itu mereka seolah-olah dapat melupakan masalah yang dihadapi, pertengkaran yang sering terjadi dan kerenggangan hubungan yang sedang mereka lalui.  Masing-masing meluahkan penyesalan terhadap apa yang berlaku sebelum ini dan berazam untuk memperbaikinya.

Perbualan mereka terhenti apabila telefon di bilik tidur berdering.  Aishah menjawabnya dan seorang lelaki di hujung sana berkata, “Assalamualaikum puan, saya membuat panggilan daripada balai polis.  Adakah ini nombor telefon Encik Mohd Razif Osman?”  Jawab Aishah, “Ya” dan lelaki itu berkata lagi, “Maafkan saya puan, ada kemalangan dan seorang lelaki telah meninggal dunia.  Kami dapat nombor ini daripada dompetnya.  Kami perlukan puan datang ke sini untuk mengecam jasadnya”.

Hancur luluh hati Aishah dibuatnya, dia tidak percaya apa yang didengarinya.  “Tapi suami saya ada di sini bersama saya!” katanya bersungguh-sungguh.  “Maaf puan, kejadian itu berlaku pukul 2 petang tadi, semasa dia hendak menaiki keretapi,” lelaki itu meyakinkan.  Aishah hampir hilang pertimbangan mendengar penjelasan lelaki itu.  Bagaimana perkara sebegini boleh berlaku, bisik hatinya kebingungan.  Sebelum ini dia pernah terdengar juga ada cerita mengenai roh yang datang menemui orang tersayang sebelum ia meninggalkannya.

Aishah bergegas semula ke ruang tamu dan mendapati Razif tiada di situ.  Ya, betul! bisiknya hampa.  Razif telah pergi buat selamanya.  Rohnya yang datang tadi ingin mengucapkan selamat tinggal! Aishah tersungkur ke lantai merasai hidupnya begitu kosong seraya berdoa, “Ya Allah, berilah aku peluang sekali lagi bertemu suamiku, ingin ku cium tangannya memohon ampun terhadap apa yang berlaku dalam kehidupan kami.  Ingin ku perbaiki hubungan kami suami isteri.  Berilah aku peluang menjadi penawar dalam hidupnya, penyejuk hatinya dan jadi isteri yang solehah, ya Allah.”  Bercucuran air mata Aishah penuh keinsafan dan pengharapan daripada Allah.

Tiba-tiba dia terdengar bunyi dari bilik air dan kelihatan Razif membuka pintu sambil berkata, “Sayang, abang terlupa nak bagitau yang dompet abang dicuri orang tengahari tadi.”

KITA MUNGKIN TIDAK DAPAT PELUANG KEDUA, JADI JANGAN SIA-SIAKAN SAAT-SAAT YANG TERLUANG UNTUK MEMPERBAIKI APA JUA KESILAPAN KITA.

Jika diizinkan Allah kita akan menemui sekali lagi bulan Ramadan yang penuh keberkatan dan kebaikan dalam beberapa hari sahaja lagi, jadi marilah sama-sama kita berubah ke arah membuat kebaikan, terutamanya kepada kedua orang tua kita, suami atau isteri kita, adik-beradik, rakan taulan dan ramai lagi.


Kita tidak tahu sama ada kita akan ada lagi di hari esok atau tidak, maka eloklah kita menikmati kehidupan ini dengan sebaik-baiknya tanpa perlu apa-apa penyesalan di kemudian hari.

Wednesday, July 17, 2013

The Organized Fridge

Salam,

Hari ni sibuk dengan kerja dan mesyuarat pula. Tak sempat nak melawat kawan-kawan atas talian saya ni. Rindu pulak nak baca entri-entri kalian. Sekarang ni, kalau sampai ofis awal pagi, mesti baca satu dua entri korang dulu. Dah macam baca suratkhabar pulak. Saya tak baca surat khabar walaupun kat library banyak surat khabar. Dalam setahun, boleh kira kot berapa kali membaca surat khabar. Teruk betul saya ni. Huhu..

Itu jelah nak cerita petang ni. Saya nak share sedikit info tentang peti ais kita di rumah. Moga boleh dijadikan panduan buat semua.


Kawan Atas Talian

Salam,

Zaman sekarang, duduk di rumah pun dapat kawan, duduk di dalam pejabat pun dapat kawan. Duduk depan komputer je ada berpuluh/beratus/malahan beribu kawan. Cuma kena berhati-hati agar tidak dapat kawan yang makan kawan, tidak menjadi mangsa penipuan.

Tapi saya pasti, rakan-rakan blogger saya semuanya baik-baik belaka dan penuh dengan moral yang tinggi bukan jenis yang suka baling batu sembunyi tangan.

Peace yall! Entry ni bukan entry luahan perasaan ya. Just nak relate komik ni yang saya baca ketika Bengkel Pengkatalogan untuk guru yang telah berlalu. ^_^


Tuesday, July 16, 2013

Dia Di Sana

Salam,

Setiap hari call kampung. Kalau mak tak angkat, saya call adik. Yana sihat dan ok-ok saja. Adik kata dia tak menangis pun kecuali bila dia nak main dengan kucing tapi kucingnya tak ada. Kat rumah mak dah tak bela kucing dah. Dulu memang ada dua tiga ekor. Yang Yana nak ajak main ni mesti kucing rumah makcik saya kat sebelah rumah. Biasalah...kucing kampung, kejap dia datang jalan rumah orang.

Mak pun rajin bawa dia jalan-jalan ke rumah mak-mak saudara di kampung. Biasalah, dalam kampung tu boleh dikatakan sebahagiannya saudara-mara juga cuma saudara dekat atau jauh. Rumah kami tu sebelah menyebelah semuanya saudara-mara. Lama dah mak tinggalkan kampung, waktu ni la dia nak catch up balik story mory orang kampung.

Ni satu gambar terbaru Yana di kampung. Saya ambil dari facebook dua pupu saya. Pagi tadi mak bawa Yana pi rumah mereka la ni. Sudahnya, saya suruh dia upload gambar2 Yana lagi. Tengok...anak tak kisah pun tinggal mak, mak yang teringat. Macam gitu agaknya mak saya rasa bila kami duduk jauh ek?


Pantun Suka Hati

Salam,

Sudah seharian kita berpuasa
Selepas maghrib kita berterawih
Hadiah ditunggu sudahpun tiba
Kutitip ucapan terima kasih

Buah mempelam buah kuini
Mari mencicah di atas pangkin
Cantik sungguh hadiahku ini
Akan kuguna sebaik mungkin


Terima kasih Kak Anim, dah selamat sampai pun petang semalam. Sebenarnya minggu lepas dah sampai cuma saya terlepas pandang nama kat Pejabat Pengurusan Mel, tu yang petang semalam baru ambil. 

Monday, July 15, 2013

Me & My Hometown

Salam,

Bas kami ke Butterworth dari Batu Pahat bertolak jam 9.01 malam. Oleh kerana nak elakkan Yana menangis tengok kami bertolak balik, adik saya menghantar saya dan mummy awal ke stesyen bas Batu Pahat tapi sebab awal lagi, kami singgah ke Dataran Batu Pahat.

Dah lama saya tidak ke Batu Pahat. Sejak bermastautin di Pulau Pinang, kalau balik kampung, jarang jalan ke Batu Pahat. Lebih suka duduk di rumah atau merayau tengok bunga ngan pasu kat Ayer Hitam, hehehe. Lagipun, area kampung saya, di Parit Raja tu sekarang dah macam bandar. Alhamdulillah semuanya ada, so mudah banyak dah. Ke Batu Pahat tu sekadar nak makan Briyani Gam atau ke Hospital je yang lain dekat ngan rumah sudah ada.

Sekarang ni pun pembangunan sedang giat berjalan. Adik  kata tak lama lagi depan kampung mungkin ada shopping kompleks. Wah..lepas ni tak bolehlah kata nak balik kampung, kena kata balik bandar le pulak.

Layan je la gambar-gambar di Dataran Batu Pahat ni. Ada pokok macam kat i-City lagi. Hahahaha...

Suka lampu yang macam tear drop tu kat pokok...

Tu dia tugu Batu dan Pahat...

Banyak tempat dah pasang pokok lampu camni kan...

Puasa & Terawih

Salam,

Diam tak diam dah 6 hari kita berpuasa. Alhamdulillah Danish dan Danial belum tuang puasa lagi. Bila dah sekolah ni, memang letih tetapi mereka sudah dapat menahan diri hingga ke petang. Kalau tahun lepas, Danial ada juga tuang sebab tak larat tapi setakat ni masih lagi bertahan, cuma semalam lepas berbuka Danial mengadu pening kepala. Habis nasi yang makan waktu buka dimuntahkan semula. Pagi ni dah ok nampaknya.



Solat sunat terawih pula kami hanya pergi hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Waktu cuti, kepala tak berat memikirkan kain baju di rumah tak berbasuh, berlipat, lantai rumah tidak dimop dan disapu. Lagi pula kami anak-beranak sampai rumah dah jam 7 malam. Mereka kemudian bergegas untuk mengaji. Lepas berbuka dan solat Maghrib, masing-masing sibuk dengan kerja sekolah, kerja rumah dan melayan si Yani. Waktu cuti je la kami dapat ke surau atau masjid. Kagum dengan ibu-ibu bekerja yang tidak tinggal terawih sebulan. Huhu...

Hari Sabtu kami pi terawih di Masjid Abdullah Fahim di Bertam. Masjidnya luas dan selesa. First time terawih di sini dan bawa Yani. Nasib baik dia behave walaupun berjalan tak henti-henti di depan kami. Huhu...takut juga mengganggu jemaah yang lain tapi insya Allah boleh bawa lagi ke sini.

Itu je nak cerita hari ni. Ada cerita lain nanti..kita wat kerja dulu ya. Daa!


Friday, July 12, 2013

Photoriffic!

Salam,

Photograph by Patricia Almeida
Umbrella Sky Project, the city of Águeda, Portugal

Photograph by Ryan Gsell 
A LAKE IN THE MOUNTAINS, Bachalpsee or Bachse is a lake with an area of 8.06 ha (19.9 acres) close to the First (a minor summit below the Schwarzhorn which can be reached with a cable car) and above Grindelwald in the Bernese Oberland (Bernese highlands) of Switzerland


Photograph by THIERRY COHEN
What the Night Sky Would Look Like If Cities Went Dark

Photograph by Robert Wallace 
SHIPWRECK BEACH Located on the coast of Zakynthos, Greece



Nota kaki : Paling suka gambar cities went dark tu. Kalau dulu, masa kat kampung kecik-kecik, suka tengok langit waktu malam sebab nampak banyak bintang. Dulu mana ada lampu jalan semua so bila keadaan gelap, kita boleh nampak lebih banyak bintang. Sekarang, kampung pun dah jadi bandar. Lampu jalan raya pun boleh nampak dari dalam kampung so susah nak tengok bintang lagi kecuali black out hehe..


Thursday, July 11, 2013

Cerita Kampung

Salam,

Kita sambung cerita balik kampung. Ada juga yang tanya kenapa saya hantar Yana balik kampung. Sebenarnya, selama ni, mak saya tinggal dengan saya di Penang untuk menjaga Yani dan Yana. Dah dua tahun lebih mak duduk dengan saya di Penang. Bulan puasa, memang mak saya akan berpuasa di kampung (di Johor) sampai hari raya. Tahun ni, sebab si kembar dah besar, kami bercadang nak hantar ke rumah pengasuh.

Dulu mak kat nak tolong jaga sebab kecil lagi, susah nak cari pengasuh yang boleh jaga dua orang bayi sekaligus. Saya pun lepas bersalin cuti enam bulan untuk menjaga kembar dengan bantuan mak, mummy Yon dan tok ibu. Bila dah masuk kerja, mak kata takpe mak tolong jaga sampai besar sikit baru hantar kat pengasuh atau taska. Itu yang meleret sampai dua tahun.

Yana pula memang rapat dengan mak. Bila dia nak balik ni, kira lepas ni dia dah tak jaga diorang lagi. Bila mak dah balik, saya kesian kat mummy yon nak tengokkan dua orang budak tu. Dia pun dah sibuk dengan persiapan kahwin dia. Lepas raya baru hantar ke rumah pengasuh so bulan puasa ni terpaksalah mak bawa balik Yana dan Yani tinggal dengan Mummy dan Tok Ibu.

Berbalik kepada cerita balik kampung, sampai je pagi tu perut dan berkeriuk-keriuk kelaparan. Kalau balik kampung mesti suruh adik belikan nasi lemak di Parit Jelutong. Sambal tumisnya memang terbaik dan nasi dia rasa lemak santannya. Sedap betul la..saya melahap sampai dua bungkus huhu.

Tengahari tu ajak adik, mak, mummy dan Yana ke bandar Batu Pahat untuk membeli tiket bas. Cadang nak makan Beriani Gam kat benteng tapi perut masih kenyang makan nasi lemak so tak jadi makan. Balik ni baru rasa menyesal sebab tak makan. Kami singgah ke Carrefour untuk membeli barang rumah dan kelengkapan Yana di kampung. Lalu depan kedai Bata nampak kasut cantik. Saya tanya Yana, "adik mau ka?" Dia senyum meleret. Bila kita suruh try duduk elok je. Saya belikan untuk Yana, siap dengan stoking lagi. Terus tak mau pakai kasut sedia ada, nak pakai kasut baru.

Kasut baru..dalam rumah pun nak pakai kasut


Yana pandai pakai stoking dan kasut sendiri. Good girl betul anak mama yang sorang ni.



Ok..itu je cerita buat petang ni...pasal kasut baru Yana. Dia memang suka kasut sarung yang girly macam tu. Nak pi tengok ayam depan rumah pun pakai kasut cantik ni tau tak...hehehe

Ohh..I Miss You

Salam,

Hari kedua berpuasa. Danish dan Danial pun puasa dengan jayanya walaupun ada insiden Danish nak minum sebab terlupa. Bila balik kerja, sibuklah mamat reporter tu mengadu kat mama sebab abang dia terminum. Kalau tak sengaja tak apa la...jangan pula lepas dah ingat terus teguk sampai hilang haus gitu.

Sayang dan rindu kamu!

Sekarang, setiap hari mesti telefon mak di kampung. Saja nak tanya tentang Yana. Mak kata dia ok saja. Suka mandi sebab kat kampung panas sekarang tapi bila malam sejuk macam aircond. Tidur pun teratur. Kalau nampak iklan biskut Jacobs kot nanti dia kata mama. Saya tak boleh la nak cakap ngan Yana dalam telefon nanti banjir pulak huhu.

Yani di rumah pun ok. Cuma kadang-kadang dia akan kata nak balik kampung nak jumpa adik. Sebenarnya kesian kat mak sebab dia jaga diorang dari lahir, lepas tu dia teringin nak bawa Yana duduk di kampung sebab lepas ni mak dah tak tolong jaga diorang. Nanti dah kena hantar rumah pengasuh sebelum cukup umur untuk ke sekolah tadika pula.

Rindu woo kat Yana. Tak perlu sebab. Nanti cerita lagi apa yang kami buat di kampung hujung minggu yang lalu. I miss you like crazy la sayang!

Wednesday, July 10, 2013

Oh My Kampung, Here I Come!

Salam,

Selepas Bengkel Guru 4 - 6 Julai yang lepas, malam 6hb tu saya, Mummy Yon, Mak dan Yana bertolak balik ke Batu Pahat. Penat menguruskan bengkel beberapa hari tu belum lagi hilang, kena naik bas pula berjalan jauh. Lama juga tak jalan jauh naik bas so saya siap prepare plastik takut muntah hehe.

Ini kali pertama Yana naik bas balik kampung. Plan asal, saya dan Mr Hubby yang akan hantar mak dan Yana balik kampung tapi Mr Hubby tak dapat cuti. Lagipun rasanya lebih baik sorang jaga anak-anak yang lain di Penang.

Yana suka naik bas

Yana sangat teruja tengok bas. Mungkin dia ingat lagi hari tu hantar kakak dia naik bas tapi dia tak dapat naik. Bila dapat naik bas, dia nak jalan ke depan belakang pula. Tapi bila bas jalan dan lampu dimatikan dia duduk diam sambil tengok pemandangan malam di luar. Lama juga tunggu dia tidur sebab dia tak biasa kot tapi bila dah tidur, aduhhh..macam tidur kat rumah pulak.

Kami bertolak jam 8.30 malam dan selamat sampai di Ayer Hitam jam 4.30 pagi. Tu pun sebab bas kami masuk ke Puduraya sebab ada orang turun di Pudu. Yang cemasnya, saya lupa nak ingatkan driver bas supaya berhenti di tol Ayer Hitam so kami semua terlepas Ayer Hitam. Driver bas turunkan kami di Hentian Sebelah MAchap dan adik saya ambil kami di situ.

Seronoknya balik kampung! Walaupun sekejap saja dan nak kena tinggal si budak comel. Huhu..nanti kita cerita lagi ya.

Salam Ramadhan

Salam



Nota kaki : Banyak benda nak cerita tapi nantilah saya update.

Wednesday, July 3, 2013

Sibuknya

Salam

Seharian hari ni tak dapat nak berblogwalking. Nak buat entry pun tak sempat.

Nota2 masih ada yang belum siap lagi difotokopi tapi ada member ofis yang buat malam ni. Saya pula sibuk dengan persiapan akhir bengkel. Malam nanti ajk yang dah ada di hotel akan datang ke library mngambil nota-nota yang sudah siap binding.

Mata pun dah makin layu. Esok pagi dah bertolak ke hotel. Hari Sabtu ni mr hubby akan ke sekolah untuk majli pnyampaian hadiah. Danish pun rupa-rupanya dapat hadiah...baguslah...tak la dia rasa sedih cuma Danial dapat hadiah.

Malam Sabtu insya Allah saya akan hantar mak balik ke Batu Pahat. Nanti kita cerita ya...

Tempek satu gambar waktu malam di Pantai Bersih. Angin sepoi-sepoi dan cuaca cerah waktu gambar diambil (malam suermoon).

Tuesday, July 2, 2013

Kerja Kerja

Salam,

Sanggup tak keluar makan rehat jam 6.30 petang sebab nak tengok final episod Teduhan Kasih. Sebenarnya kat  rumah pun Mr Hubby dah set untuk rakam so boleh tengok balik nanti tapi tak thrill la tengok lambat. Tu pun tadi tak dapat nak tengok penghujungnya sebab gi solat dan dah buka library. Takpe...nanti boleh ulang tengok...hehehe...



Malam ni student sangat ramai. Jenuh nak menyusun buku-buku sebab diorang mesti sepahkan buku. Nak lagi waktu ni diorang tengah sibuk cari bahan untuk assignment diorang. Malam ni juga kena monitor mesin fotostat sebab tengah fotostat 70 salinan nota untuk bengkel guru 4 - 6 Julai nanti. Tu belum kira binding lagi. ah macam kedai fotostat dah.

Rasanya tak sempat habis malam ni so kena sambung esok. Esok saya dan dua rakan akan stay back dulu sementara AJK yang lain bergerak ke Hotel Hydro. Mungkin hari Khamis pagi baru kami ke sana. Letih mak...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...