It's You!

Tuesday, December 31, 2013

Akan Berpindah

Salam,

Working on progress
Banyak benda nak kena buang untuk mengurangkan penggunaan ruang
Waktu ni...benda yang berkurun tak jumpa pun ble jumpa

Nota kaki: Tidak berkesempatan untuk melawat blog kawan2 yang lain lagi. Selamat menyambut tahun baru. Azam baru ke azam lama bukan masalahnya tapi bagaimana merancang untuk melaksanakannya. Sama-sama kita menjadi yang terbaik.

Monday, December 30, 2013

Isnin Sempoi

Salam,

Hari ni ramai juga yang bercuti. Bercuti sederet sebab nak tahun baru...nak settle pendaftaran sekolah anak-anak.

Saya tetap bekerja sebab dah bercuti panjang minggu lepas. Habiskan sisa-sisa kerja di tempat lama...hari Khamis dah duduk tempat baru.

Petang ni ada mesyuarat KKUUiTM Pulau Pinang...mestilah untuk membincangkan aktiviti tahun depan. Meeting kami ni sangat seronok sebab semua AJK sempoi...asyik gelak je.

Ok..la...nak start meeting dah. Gelak tak sudah ni. K..bai!

End of Years' Activities

Salam,

Seorang anak = 12++ buku teks + 20 buah buku latihan.

Dua anak,

Kalau tiga, empat?

Fuiyooo....berpeluh juga ye..

Eh..cerita pasal apa ni?

Pasal ni...

Aktiviti membalut buku...menulis nama di semua buku. Oleh itu..tahun ni...mama kamu yang tak rajin ni...telah menempah cop nama untuk kamu. Ha....senang sikit kerja....

Tapi...rupanya tak senang juga. "Mama...tolong la cop buku Danial. Danial cop senget"
Haiyooo....

Saturday, December 28, 2013

Friday, December 27, 2013

Redha & Nice

Salam Jumaat,



Cantik sangat view dia. Ble tengok banyak lagi gambar oleh Murad Osmann di SINI.FollowMe Project. Nice photography shot and editing.



Thursday, December 26, 2013

Exchanging Knowledge

Salam,

Selepas seminggu bercuti, hari ni saya memulakan tugas semula. Hari ni, pagi-pagi lagi ada "student" baru datang nak belajar. "Student" yang saya maksudkan ialah member dari bahagian Perkhidmatan Pelanggan nak belajar tentang Perolehan. Kan kami ada pertukaran tempat bertugas dan member saya ni akan menggantikan tempat saya manakala saya pula menggantikan tempat dia. Pagi ni, giliran saya buat tutorial untuknya. Alhamdulillah, dia excited dengan tugasan baru. Petang nanti, saya pula akan ke tempatnya untuk belajar benda baru.

Selain itu, saya masih belum sempat menyediakan senarai tugasan yang perlu di "hand over" kepadanya. Dengan macam-macam benda yang nak difikirkan, saya tak mula lagi membuat senarai. Ada juga laporan yang saya perlu siapkan sebelum tugas bertukar tangan.

Minta maaflah kawan-kawan tentang gambar-gambar yang tunggang terbalik dalam entri-entri yang lepas. Maklumlah, update guna hp je pastu gambar tu takble pulak nak di"edit" sebab tu jadi macam tu.

Last...nak tempek gambar budak2 tu di Hotel Sentral Seaview (Dulu Hotel Naza Talya) hari Selasa lepas. Abah diorang bagi mandi kolam puas-puas lagi tapi ada sorang budak bambam tu boleh tanya abah dia "Abah, arini kita tak pi jalan-jalan lagi ka?" sejurus selepas pulang bercuti. Hahaha....


4D

La ni kalau suruh berposing, huiii....sakan!

Dua comel saya.


Wednesday, December 25, 2013

The Heart

Salam,

Hati
Walau berapa kali terluka
Pasti akan sembuh
Cuma parutnya saja
Yang nampak di zahir mata
Yang akan mengundang memori lama

Tuesday, December 24, 2013

A Quick Vacation

Salam,

Pagi ni kelam-kabut sikit mengemas rumah dan mengurus 4 orang budak noty. Banyak tugas sudah di`sub` kepada abang-abang mereka. Mama sibuk mengemas beg dan rumah. Destinasi kami arini ialah Pulau Pinang. Hahaha...jauh kan?

Hari ni bawa budak2 ke Hotel Naza, diorang nak mandi kolam. Cuaca panas...kereta banyak..nak sampai pun letih walaupun tak jauh mana.

K la..nanti cerita lagi. Daa!

Monday, December 23, 2013

Back to School

Salam,

Semalam selamat sampai di Pulau Pinang selepas 2 hari berada di Putrajaya. Balik awal sebab ada lagi perkara nak settle mengenai hal-hal sekolah.

Pagi tadi sudah selesai membeli buku-buku sekolah. Tinggal baju pendidikan jasmani dan yuran PIBG je yang belum dilunaskan. Yang tu masuk sekolah nanti baru beli melalui guru kelas.

Selepas ke sekolah, pergi membayar bil-bil dan singgah ke kedai cermin mata. Mrs mata perlukan cermin baru sebab power dah bertambah dan sudah kurang selesa dengan cermin mata sedia ada.

Tadi sempat singgah ke ofis sebab ambil barang yang tertinggal. Bawa Yana dan Yani masuk ofis sebab diorang nak tengok replika rumah yang ada di library. Dapat tengok dan bergambar pun dh seronok. Saya bercuti sampai 25hb. Cuti lama memang untuk settlekan hal anak-anak sekolah dan bawa mereka bercuti.

Lepas cuti panjang ni..mula set mind untuk kerja di bahagian baru. Selamat bertugas bagi yang bekerja dan selamat bercuti kepada yang bercuti.

Sunday, December 22, 2013

12

Salam,

12 tahun yang lalu,
Waktu ini...ada hati yang sedang gemuruh
Hendak berjabat tangan untuk menerima tanggungjawab baru,
Waktu ini juga, ada hati yang berbunga ria
Kerana akan disatukan
Dengan insan yang disayangi

12 tahun bersama
Banyak perkara suka duka susah senang telah diharungi bersama
Dugaan datang menguji diri
Kadang kala mencalarkan hati kadang kala menggembirakan diri

Terima kasih kerana ada di sisi
Terima kasih kerana sentiasa menjadi yang terbaik untuk kami
Insya Allah kita akan saling melengkapi
Saling menyayangi dan disayangi sehingga hujung nyawa

Happy 12th anniversary
To my dear husband
True love never ends

Saturday, December 21, 2013

Happy Days

Salam,

Semalam sempat menziarah mummy di Rinching Hilir. Lama tak jumpa. Mummy to be sihat. Kenyang dijamu bihun goreng dan cempedak goreng.

Sebelum pulang, singgah di Downtown dekat the Mines tu...saja jalan cuci mata. Yana dan Yani excited tengok macam2 gerai menjual baju dan lain2. Dapat sehelai dua seluar comel dan baju untuk diorang.

Pagi tadi SIL dan BIL bawa kami semua ke Presint 9. Bagi diorang mandi di kolam mandi sambil Mr Hubby dan BIL breakfast dan tapau breakfast untuk kami. Seronok betul budak2 tu. Lepas mandi, main di tempat permainan dulu sebelum balik.

Petang lepas Zohor, ada jemputan kenduri dekat ngan Setia Alam..rumah member Mr Hubby. Insya Allah lepas tu nak menziarah member Mr Hubby di Padang Jawa. Cuti ni memang rileks..have fun dan penuh dengan kawan rapat dan family. Enjoying every moment.

Friday, December 20, 2013

Arrived

Salam,

Alhamdulillah selamat sampai di Putrajaya jam 1 pagi semalam. Itupun kena berhenti tidur di Sungai Buloh sebab Mr Hubby mengantuk gila. Maklumlah semalam dia kena siapkan kerja-kerjanya sebelum bertolak. Petang semalam pun sempat lelapkan mata tak sampai setengah jam. Lepas asar kami bertolak. Singgah di Ipoh berjumpa dengan member Mr Hubby satu family dan sempat makan bersama di Ipoh Hainan Chicken Rice. Ipoh sudah banyak berubah...banyak kenangan di sana.

Sampai di Putrajaya, anak2 buat reunion. Rindu la tu. Yana Yani asyik tanya bila nak sampai umah Cik Liana sebab nak jumpa abang. Pagi ni....abang2 yang melayan adik2. Mama nak rehat sat...sat ja..hehehe.

Selamat bercuti untuk yang bercuti dan selamat bekerja utk yang bekerja. Tahniah buat rakan sepejabat. Hari ni ada yang menerima Anugerah Pekerja Cermerlang sempena Hari Kualiti. Happy for them!

Wednesday, December 18, 2013

Alhamdulillah

Salam,

Semalam dapat berita gembira dari Putrajaya. Adik ipar saya yang sudah berkahwin hampir 5 tahun mengesahkan yang dia sedang hamil sekarang. Kami sekeluarga memang rasa sangat bersyukur. Lama mereka mencuba...pelbagai cara. Saya tahu apa rasanya bila orang tak putus-putus bertanya bila bersua muka. Ada dua tiga sepupu kami yang lewat mendapat anak sepertinya. Insya Allah lepas ni giliran kalian pula.

Insya Allah...tahun depan saya akan dapat dua org anak saudara baru. Saya doakan SIL dan mummy yon sentiasa sihat dan menjaga kandungan masing-masing dengan baik. Lepas ni...saya akan jadi tempat rujukan mereka berdua sebab mereka memang rapat dengan saya. Alhamdulillah...semoga Allah memelihara mereka berdua.


Tuesday, December 17, 2013

New Place New Me

Salam,

Surat pertukaran dalaman tempat bertugas telah selamat diterima semalam. Memang telah lama ditunggu-tunggu oleh semua staf di bahagian perpustakaan.

Sebelum ni, saya bertugas di bahagian Katalog, kerja saya melengkapkan katalog buku a.k.a data @ birth certificate sesebuah buku tu. Tapi saya tak lama di unit katalog..adalah dalam setahun lebih. Di unit tersebut, kerja saya hanya dengan buku...buku..buku..sampaikan orang luar dari perpustakaan tak sedar akan kewujudan saya. Bila berkursus, mesti orang tanya, staf baru ke? tak pernah nampak pun? Sementelah, saya jenis pendiam dan tak suka campur dengan orang sangat so wajiblah orang tak kenal.

Yang duduk tu adalah rakan-rakan di unit baru (dan saya) ^_^

Sejak 2008 hingga sekarang (2013), saya ditempatkan di unit pembangunan sumber ilmu di mana tugas saya berkait rapat dengan pembelian buku-buku dan bermakna saya perlu berurusan dengan pembekal dan pensyarah.Waktu ni, saya belajar berurusan dengan pembekal, menjadi seorang yang manis mulut dan ramah. Alhamdulillah, ketika di sini, saya kenal ramai orang tapi masih terhad kepada mereka yang berurusan dengan saya. Masih lagi kalau ada program dalam UiTM, orang bertanya saya ni staf baru ke? Saya tak kisah pun, sebab saya bekerja di belakang tabir. Tak ramai yang kenal.

Bermula bulan Januari 2014, saya akan bertugas di bahagian perkhidmatan pelanggan, duduk di kaunter mengadap student, pensyarah, pelawat. Tempat baru, yang bukanlah asing bagi saya cuma cara bekerja di kaunter takkan sama seperti bekerja di dalam pejabat. Banyak idea dan perubahan yang ingin saya buat di tempat baru tetapi saya perlukan sokongan rakan-rakan di tempat baru. Saya nak "adapt new environment" di kaunter dan bekerja dalam satu pasukan yang baru semestinya ada perbezaan pendapat dan cara pada mulanya tetapi saya anggap ia sebagai satu cabaran. Saya nak buktikan kepada Mrs Boss, yang saya boleh menambahbaik mutu perkhidmatan kami bersama-sama pasukan baru.

You Gain Some, You Lost Some...saya juga begitu. Pastinya rindu dengan rakan-rakan dalam unit yang lama kerana kami dah masak dengan cara bekerja satu sama lain. Nak gain respect dari rakan baru dan menerima cara bekerja rakan baru pasti mengundang cabaran. Yang pasti tak mau ada masam muka antara ahli. Hopefully, all went well. Dalam tak sabar nak ke tempat baru, timbul juga rasa gementar dan cuak. Saya yakin, saya ok. Tapi yang saya suka, saya dan teman kreatif saya akan berada di dalam unit yang sama so macam-macam idea baru saya, saya boleh kongsi dengan dia dan jayakan bersama, insya Allah.                                                                                                                                                                                                                                                              

Monday, December 16, 2013

Pemandangan ?

Salam,

Hari Isnin, mood menulis blog pun ke laut. Dah lama saya tak buat entry gambar-gambar pemandangan yang cantik kan? Saya bukan jenis yang suka bergambar tapi suka berangan ambil gambar pemandangan yang cantik, macam Wak Gelas. Hehehe...kamera di rumah tu dah lama jadi tukun, teringin nak berhenti kat sawah padi dekat ngan umah...nak try tangkap gambar sawah yang menghijau, setiap kali lalu mesti teringat tapi setakat tu je la.

Hari ni, saya takdelah nak bubuh gambar pemandangan cantik tapi nak tempek gambar "pemandangan" di atas meja makan. Gambar random je..semua tu hasil duduk di rumah hujung minggu. Kalau nak wat yang sedap atau lain dari yang lain, kena tunggu semua orang bercuti baru berbaloi sebab sekarang ni tak ramai yang pemakan di rumah. Pemakan semua dah diet termasuk saya..hehe (dietlah sangat Rafidah oiiii)

Lauk hujung minggu, kat rumah takde sapa2 so ni je yang saya masak. Ikan masak lemak tu pun cuma 6 ekor je. Ikan goreng kena ada sebab Yana Yani suka ikan temenung goreng. Kadang tu Yani ratah ikan je. Saya selalu tanya dia, "Kakak ni kucing ke?" Dia kata "Taklah..kakak bukan kucing". So saya kata kat dia lagi, "Kalau bukan kucing, kena makan nasi dengan ikan". Dia kata, "Takmau..nak makan ikan jugak...takmo nasi" Huhu..

Gulai ala mamak saya telah mendapat pujian MIL dan Tok Ibu, rasa dah cukup dah. Hehehe..rasa bangga you! Saya ni jenis kalau orang lain masuk dapur, saya tak suka tengok cara diorang masak tapi bila rasa nak belajar, baru tengok diorag masak. Yang ni saya belajar dari Mummy Yon.

Bila ada lauk udang besar camni, maknanya adik-adik balik ke rumah saya. Saya tak berapa minat makan udang, sotong, ketam tapi bila Mr Hubby beli, saya akan tolong masak je. Setakat jamah udang atau tolong kopek kulit bolehlah. Rugi kan? Hahaha...

Hasil bercucuk tanam di depan rumah tapi bukan saya yang tanam, saya bagi sokongan moral jek. BIL dan Mummy Yon yang tanam. Pokok cabai tu ada lebih 20 pokok, semuanya berbuah lebat. Skang ni kalau jiran-jiran nak, kami suruh petik sendiri je. Banyak sangat dah tak larat nak makan. Ulam kacang kelisa tu dah tak banyak berbuah. Dah tinggal yang tua-tua je kat pokok. Waktu tengah lebat berbuah, jenuh kami makan ulam kacang kelisa ni. Yang tu pun, sapa-sapa nak pi kutip sendiri je. Terlampau banyak. Skang ni dah tak duduk di Penaga sangat so takdelah nak bercucuk tanam apa sebab takde sapa nak jaga. Setakat kunyit, halia, bunga kantan, daun kari, serai, daun pandan dan limau kasturi tu sentiasa ada bila nak guna. Bolehlah.

Saturday, December 14, 2013

Its Not Obsession Yet

Salam

Hujung minggu macam ni saya tak ada aktiviti lain. Biasanya saya mengemas rumah dan melayan anak-anak je. Tapi sekarang ni saya ada aktiviti tambahan.

Oleh kerana saya cuma balik ke rumah sendiri di hujung minggu (hari bekerja saya duduk di rumah MIL), maka saya telah merakam cerita-cerita kegemaran saya. Cerita kegemaran saya selama ni ialah CSI...semua CSI yang ada. Start minggu lepas, saya ada tambahan satu lagi drama iaitu Bukan Kerana Aku Tak Cinta. Oh...jatuh hati dengan watak Jebat dan Mastura. Baru sempat tengok dua episod awal...sangat mencuit hati.

Nak habiskan tengok semua episod yang dah dirakam. Minggu depan tak dapat nak tengok sebab akan bercuti panjang ke Putrajaya/KL tapi akan tengok minggu yang akan datang.

Belum lagi jadi peminat fanatik tapi bolehlah tengok waktu terluang. Saya bukan peminat tv sekarang ni tapi kalau ada waktu, saya akan tengok cerita-cerita yang saya gemar je. Waktu nak tengok tv pulak biasanya tengah malam..lepas semua org dah tengok cerita masing-masing dan si kembar dah tidur.

Korang pulak suka tengok cerita apa di tv? Selamat berhujung minggu.

Friday, December 13, 2013

Lovey

Salam,

Hari ni Yana dan Yani tak pi rumah Tok Anjang diorang sebab tok depa cuti mengasuh hari ni. Mula-mula saya dah pening gak, diorang nak duduk dengan siapa. Kalau dah tak ada siapa-siapa, saya akan ambil cuti. Bila bagitau Mr Hubby, dia kata tak pe, dia jaga diorang.

Pagi tadi jam 6.00 pagi saya dah WhatsApp Mr Hubby di tempat kerja. Dia kerja shift malam. Takut Mr Hubby sampai lewat pagi ni. Dapat whatsapp dari Mr Hubby 6.51 pagi kata on the way balik so lega.

Sekejap tadi dapat whatsapp dari Mr Hubby. Ohhh...korang tinggal mama ye. Seronok tak kira abah diorang bawa berjalan di Aeon Big. Saya tau tempat tujuan diorang, mesti nak main kereta mainan kat atas tu dan makan KFC. Hehehe..

Cheeky girls

Thursday, December 12, 2013

Memories With Love

Salam,

Tetiba hari ni teringat pulut serunding. Sebenarnya, pulut serunding tu kegemaran arwah abah. Dulu masa kecil, mak dan arwah abah suka wat pulut serunding. Saya pula memang suka sangat dengan serunding buatan mak. Kalau mak buat, mesti pedas sebab dia tau anak-anak semua suka yang pedas. Tugas saya, mestilah membentuk pulut menjadi bulat dan tolong golek pulut dalam serunding. Aduhai sedapnya.

Gambar google je

Lagi satu, arwah abah suka buat ubi kayu masak kari. Tumis bawang merah, bawang putih dan ikan bilis yang ditumbuk lumat, lepas tu masukkan rempah kari dan masak sampai pecah minyak. Lepas tu masukkan gula dan garam dan ubi kayu yang dipotong jejari. Buh air setakat untuk bagi ubi empuk pastu masak sampai kering. Sedapnya...

Arwah abah memang suka memasak. Saya ingat, kalau mak kerja atau ada kerja nak buat, arwah abah yang masuk dapur memasak. Saya dan adik-adik mestilah kena tolong di dapur. Mungkin sebab tu, kami adik-beradik pandai memasak sejak kecil tapi setakat untuk makan sendiri je la.

Tetiba rindu kat arwah abah. Walaupun garang, tapi dia selalu buat yang terbaik untuk kami walaupun serba kekurangan.

Wednesday, December 11, 2013

Kesayangan

Salam,

Dua budak kecil
Keletah dan banyak karenah
Kesayangan semua orang
Ada masa mengundang geram


'Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.'
'Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). 
Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.'




Nota kaki : Hari ni Danish dan Danial berada di Kidzania. Banyak gambar dah masuk dalam WhatsApp

Tuesday, December 10, 2013

The Bloom In You

Salam,

Entry kali ni, khas untuk kaum wanita. 
Saya pengguna Librese
Sejak berkenalan, terus jatuh cinta
Hehehe

Nak cuba kuiz personaliti?
Cuba ke Facebook Page Librese di SINI
Cuba sendiri

Saya dah cuba,
Saya ialah



The Romantic Rose
Passionate · Warm-hearted · Expressive
Follows her heart wherever it leads.
A true romantic at heart, the Rose trusts her feelings to guide her. She is expressive with her emotions and actions,
and openly passionate about what she believes in. Warm-hearted and loving by nature, the feminine charisma of the intense Rose is a powerful magnet that attracts people to her effortlessly.

The Rose is able to devote all her attention to what - or whom - she feels strongly about. Security and appreciation are likely to be important for her in a relationship. Because she follows her heart, the Rose may sometimes appear impulsive and anger easily. But she will forget just as quickly and is swift to apologize if she is in the wrong.


Nota kaki : Dan sekarang ni, sempena promosi The Bloom In You ni, kita boleh beli pack Librese beserta kotak tin yang cantik. Setakat ni, saya dah ada 3 kotak tin ni. Cantik, boleh bubuh benda-benda kecil, kalau saya, saya bubuh benang dan barang kraf saya. 

Dua dari tiga kotak tin saya, hehehe

Monday, December 9, 2013

My Day

Salam,

Lambat bersiaran. Sibuk dengan laporan-laporan di akhir tahun. Pening tengok nombor, nombor dan nombor. Saya kurang gemar nombor tapi semua kerja melibatkan nombor, so, what to do? Kena suka la.

Melihat status sahabat yang sudah selamat dinikahkan. Manis sungguh gambar pengantinnya, tumpang gembira buat sahabat. Insya Allah, minggu ni majlis di rumahnya, kami akan datang beramai-ramai. Lama menunggu nasi minyaknya akhirnya jodoh sampai juga.

Hujung minggu dengan si kembar, macam-macam karenahnya. Pandai ajak si abah gi shopping. Kami ke Sunshine Kepala Batas yang baru dibuka. Ramai orang. Si kembar shopping berus gigi dan ubat gigi. Teman BIL membeli seluar dan kelengkapan diri baru. Maklumlah orang dah mula bekerja so pakaian pun nak ada juga sehelai dua yang baru. Insya Allah kalau tiada aral, BIL akan ke Iraq kerana ditugaskan di sana. Jauh kan, tapi dah dapat rezeki jauh dan dia pula nak pergi so kami doakan yang terbaik untuknya.

Hari Ahad, duduk di rumah, mengemas rumah, membasuh pakaian, melipat baju, memasak dan makan. Nak rehat pun tak sempat sebab habis satu kerja, kerja lain dah menunggu. Konon nak membaca novel, sekali sampai petang buat kerja. Geram dengan Yana Yani. Bila mama sibuk di dapur, mereka buat kerja di ruang tamu. Habis satu tabung dituangnya. Bila disuruh kemas, ada je jawapannya. Buat muka selamba je. Akhirnya, mama juga la yang mengemas. Bila dimarah dan nak pukul ngan 'hanger' pandai pula mengadu kat Tok Ibu dan abah diorang. Bila Tok Ibu tanya, mama dah pukul ke? Dia kata, tak...mama tak pukul pun. Huhu...

Buat muka bila mama marah. Muka tak bersalah huhuhu


Nota kaki : Need to rest.Body and soul.

Friday, December 6, 2013

The Kids

Salam,

Lupa nak cerita
Tentang Danish dan Danial 
Mereka sekarang menghabiskan cuti sekolah di Putrajaya
Seronoklah depa
Mandi kolam, jalan-jalan
Nak pi Kidzania pulak



Sebab abang-abang takde
Mr Hubby pun semalam dah cuti
Malam semalam kami makan di luar
Tak jauh pun, kami p Aeon City Seberang Perai je kat Perda
Makan kat Ayam Penyet tapi tak best dah
Pastu bawa dua budak kembar jalan-jalan
Window shopping
Beli shawl sehelai (suka shawl pulak...ada sebabnya?)
Tu je...



Esok dah cuti hujung minggu
Abang-abang takde sunyi sikit
sebab xada yang nak mengusik
tapi bila takde, sunyi pula
kita dan anak-anak
ada nak gaduh, nak marah
takde nak rindu pulak ya...

Selamat berhujung minggu

Oh ya..
t.a.t.a
nah gambar kembar ngan ulat
hahaha

Thursday, December 5, 2013

Memori Musim Banjir

Salam,




Musim hujan,
Teringat zaman kanak-kanak
Kalau banjir kat kampung
Saya akan join sepupu-sepupu saya 
Buat "getek"
Tak tau apa itu "getek"?
Rakit yang dibuat daripada buluh atau batang pisang
Kalau takpun, kami berenang guna pelampung buah kelapa tua
Apa ada kisah ada cacing banyak dalam air
Atau ular melintas
Atau biawak berenang
Yang penting,
Waktu banjir, adalah hari main air
Dan makan dalam keadaan kaki basah
Macam gi piknik kat taman tema air gamaknya
Lauk paling best
Sardin
Oh, my favourite
Kenangan waktu banjir
My style..kampung style ^_^


Wednesday, December 4, 2013

Tuesday, December 3, 2013

Cute!

Salam,

Hehe..ramai gak komen tentang entri tegur tu ya. Sebenarnya, saya sedar saya ni berisi, semalam tu rasa sentap sikit la tapi lepas tu rasa berkobar-kobar pulak nak bagi kurus sikit. Bak kata member ofis, gemuk/berisi sikit takpe janji perut kempis. Hehe..agreed! Saya pun redha je la tapi bukan setakat redha tapi kena bagi jalan untuk lebih sihat. Insya Allah.

Ok..takmo fikir benda yang boleh bagi kita down. Nak happy..happy je. Salah satu perkara yang membuatkan saya happy ialah dua budak kembar, Yana dan Yani. Sekarang ni diorang baru baik demam, cuma batuk je tinggal. Yana dah takde suara dah, serak macam Ella dah pulak. Yana senang makan ubat, so kalau nak makan ubat, dia sendiri minta dan pam ubat masuk picagari. Kami cuma monitor sukatan lepas tu dia sendiri tekan picagari. Sangat senang.

Yani pulak sangat susah dan seksa nak bagi makan ubat. Pujuklah macamana sekalipun, tetap tak jalan. Kami akan kata "Kakak pandai, mehlah makan ubat..." dia akan jawab "Tak pandai! Takmau makan ubat". Kalau kita kata cantik, dia kata Tak Cantik! Kalau kata kakak comel, dia kata Tak Comel! Huhu...

Saya suka penampilan baru mereka, berambut pendek. Comel je pulak hehehe..Nanti bila pandai urus diri, baru la boleh berambut panjang semula.

Sebelum

Selepas


Monday, December 2, 2013

Tegur

Salam,



Situasi : Dengan suara kuat, boleh dengar satu ofis, dia tegur saya gemuk. Hmm...sentap tak? 

Sunday, December 1, 2013

Potong

Salam,

Hari Sabtu pagi awal-awal bawa Yana dan Yana pi market. Nak beli sayur dan ikan untuk makan tengahari. Buat sayur lemak kubis ngan suhun dan tauhu, ikan cencaru sumbat, sambal belacan, ulam-ulam dan ikan temenung goreng. Adik ipar di Putrajaya balik dengan suaminya. Ahad diorang nak ke UUM konvo adik diorang.

Lepas makan tengahari saja ajak adik ipar g potong rambut. Dah lama tak potong, rambut dah panjang dan banyak gugur. Lagipun susah berambut panjang bila bertudung dan bekerja. Saya jenis mandi pagi mesti basahkan rambut so sangatlah seksa nak keringkan rambut saya yang tebal ni.

Mr Hubby bawa geng lelaki p gunting rambut kat kedai kegemaran dia dan suruh BIL hantar kami geng perempuan ke Pacific Perai...kedai kegemaran saya. Dalam setahun, dua kali je saya menggunting rambut. Kali ni nak gunting rambut Yana dan Yani juga. Punyalah susah nak ajak bergunting...saya start dulu..pastu SIL pastu dalam masa yang sama...masing2 cuba pujuk si kecil tu gunting. Mula2 takmau tapi bila abah dia kata sapa gunting rambut boleh beli mainan, Yana relahati gunting. Comel je tengok dia duduk keras kat kerusi.

Yani pulak nangis terjerit2 xmau potong rambut. Kami singgah kat kedai mainan beli mainan untuk mereka tapi Yani punya simpan dalam beg. Abah dia kata, kalau nak mainan kena gunting rambut dulu. Mula2 nangis takmau tapi bila nampak adik dia pegang mainan, terus nak gunting tapi dengan syarat tak mau guna hairdryer kat dia. Hahaha...lawak sungguh.

So, kami anak beranak dan ipar duai semua berambut baru. Lepas siap semua, kami singgah di Masjid Bagan Dalam untuk solat maghrib dan lepas tu pi makan Char kue tiau kat Sg Dua. Cadangnya nak pi Pesta Pulau Pinang tapi tak jadi sebab nampak jalan menuju ke jambatan dah sesak dengan kenderaan. Lain kali boleh pi lagi...tak pi pun takpe sebab dah selalu pi...hehe.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...