It's You!

Monday, February 23, 2015

Our Weekend

Salam,

Cuti 4 hari, saya jadi independent sebab Mr Hubby bekerja. Nak ke mana-mana, pergi dengan anak-anak saja. Itupun tak cukup geng sebab Danial mengikut tok dan Acu ke Kelantan, ada kenduri kahwin. Saya, kalau Mr Hubby tak pergi, memang saya tak pergi la, rasa tak cukup geng kalau pergi. Selalu macam tu, lebih suka pergi bersama...kalau tak, duduk la di rumah.

Tapi bila Mr Hubby tidak bercuti, saya beranikan diri bawa kereta. Selalunya, bawa kereta pergi dan balik kerja je. Ke tempat lain, jarang-jarang kecuali terpaksa je. Saya bawa anak-anak ke rumah makcik diorang. Lama tak berjumpa dengan sepupu mereka so hari cuti lepas dapatlah diorang bermain bersama. Mama diorang ni dapatlah menyembang dengan adik dia. Tapi geng kami tak cukup, lagi sorang ada kat KL la pulak...selalunya kat kampung je boleh jumpa n bergosip sakan. Masa nak balik dari rumah adik, Danish pulak sangkut...xmau balik nak tidur kat umah makcik dia sebab ari Jumaat nak p tengok bola kat stadium ngan pakcik dia so mama balik dengan Yana Yani je la.

Hari Sabtu, teringin nak p Mood Republik, jualan tudung, jubah, shawl, kasut dan macam2 lagi daripada pelbagai jenama popular di FB/insta tapi Mr Hubby kerja so diam je la. Alhamdulillah, petang tu Mr Hubby whatsapp bagitau suruh siap, dia nak bawa saya ke Mood Republik sebab dia tau mesti saya nak p. Apalagi, bersiap sakan la..sebelum ke Street Quay, lalu kat Padang Polo sebab ada belon panas tu tapi manusia punya la ramai so tak singgah. Lagipun, kepala mama ni dok ingat Mood Republik je...hahahaha....

Apa yang saya beli? Sepasang kasut Calashoes, sehelai jubah Calaqisya, sehelai skirt dan jubah Yana Yani. Memang nak beli something kata Calaqisya je sebab lama dah follow owner dia di blog, sejak mereka masih belajar di UTM lagi. Skang diorang dah jadi peniaga yang berjaya ngan cawangan butik yang banyak. Lagipun diorang ni muda, taste dan gaya yang mereka tonjolkan sangat menarik minat golongan seangkatan. Tumbs up to them.

Itu je yang kami buat musim cuti ni...oh...lupa...setelah lama tidak berkraftangan, saya mula melembutkan semula jari jemari membuat hasil kraf. Itupun sebab ada tempahan tidak terduga. Ya Allah...berilah saya kerajinan yang maksima. Hehe....

Nota kaki : Entry paling panjang setakat tahun 2015. Chaiyok, Rafidah!

Decorative pillow in the making.


Some of the catch @ Mood Republik



Tengok dari dalam kereta je.

3 comments:

  1. Seronok kalau ada yang murah2 kan...

    ReplyDelete
  2. Tak nampak gambar jugaklah Kniedaz..... Tak syokkan tak dapat tengok gambar...
    Dahsyat merekakan.....semangat berbisnes sampai jadi reality

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...