It's You!

Saturday, September 28, 2013

The New Beginnings

Salam

Sepanjang waktu berehat di rumah, saya diasak dengan pelbagai kata nasihat dan pesanan daripada rakan-rakan yang prihatin. Paling banyak dari teman kreatif saya sebab pada mereka, cara kerja saya membuatkan saya jatuh sakit.

Sebenarnya saya seorang yang perfectionist kalau bab kerja. Saya mahu apa2 kerja yang saya buat mesti dalam keadaan terbaik dan sempurna lebih2 lagi kerja yang saya suka. Bila kerja itu dikongsi bersama, saya cenderung untuk mengkritik kerja teman sepasukan. Biasanya saya kritik dalam diam...lepas tu bila orang xnampak, saya akam betulkan ikut kehendak saya. Saya agak sukar berkongsi tugas. Kalau boleh, saya nak buat semua benda sendiri sebab saya nak ianya mengikut kehendak dan perancangan saya.

Saya silap di situ. Saya perlu belajar percayakan orang lain dan berkongsi tugas. Saya perlu belajar menerima hasil kerja orang lain dan belajar bersuara untuk mendapatkan apa yang saya inginkan. Saya perlu belajar bekerja secara santai tapi efisien. Saya kena belajar menghargai diri sendiri dan tidak memaksa diri hingga ke tahap yang memudaratkan kesihatan. Saya perlu berikan diri sendiri masa untuk berehat dan bernafas kembali.

2 minggu berehat dan dikaunseling membuat saya tersenyum kembali. Masih ada yang sayang dan prihatin dengan diri saya. Terima kasih Mr Hubby yang memaksa saya berjumpa doktor malahan memaksa saya admit di hospital sebab nak saya berehat. Terima kasih teman kreatif saya yang tak jemu2 memberi kata semangat dan leteran yang membuka mata dan terima kasih kepada teman2 sekerja yang faham keadaan diri ini. Minggu depan minggu rombakan kerja buat saya. Prioritize kerja akan dilakukan...minda akan diset baru...semoga saya dapat bekerja dengan lebih efektif dan bersemangat.

Good luck to myself!

9 comments:

  1. take care makk., jaga kesihatan yee..,uHHUu

    ReplyDelete
  2. saya juga perfectionist. jarang kerja yang saya bagi co-worker buat, mereka boleh buat ikut standard saya. bila tak capai ISO, lastly saya buat balik kerja tu semua.

    ReplyDelete
  3. chayuk2...semoga kembali bersemangat nnti ye,..

    ReplyDelete
  4. Lama tak dtg sini...Kniedaz sakit ke?
    Bagus org yg kerja teliti ni cuma kita penatkan..... OKje bukan jenis yg teliti Kniedaz!

    ReplyDelete
  5. Saya tak boleh nak buat semua kerja sendiri suka atau tidak terpaksa terima konsep teamwork, setiap org ada tugasan sendiri...

    Apapun moga cepat sembuh.

    ReplyDelete
  6. Semoga semangat itu telah kembali..
    pasni extra jaga diri ye.. moga semuanya di permudahkan:)

    ReplyDelete
  7. sama la ngan saya kak.. kalau buat kerja kumpulan pun, kalau 1 tu saya yang tulis, nak tulisan tu sama je.. kalau orang ni buat 1 tugas tu, rasa macam nak kita juga nak buatkan..

    ReplyDelete
  8. Beruntung ada kaunselor dalam rumah...
    Harap lepas ini bekerja mengikut kebolehan, kekuatan dan kemampuan..

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...