It's You!

Monday, August 23, 2010

12 Weeks now!

Salam,

The babies growth this week from babycenter

How your baby's growing (12weeks) :

The most dramatic development this week: reflexes. Your baby's fingers will soon begin to open and close, his toes will curl, his eye muscles will clench, and his mouth will make sucking movements. In fact, if you prod your abdomen, your baby will squirm in response, although you won't be able to feel it. His intestines, which have grown so fast that they protrude into the umbilical cord, will start to move into his abdominal cavity about now, and his kidneys will begin excreting urine into his bladder.

Meanwhile, nerve cells are multiplying rapidly, and in your baby's brain, synapses are forming furiously. His face looks unquestionably human: His eyes have moved from the sides to the front of his head, and his ears are right where they should be. From crown to rump, your baby-to-be is just over 2 inches long (about the size of a lime) and weighs half an ounce.

Note : Sekejap je dah 12 minggu (3 bulan)...semoga dua2 selamat dan membesar dengan sihat.. ^_^

Friday, August 20, 2010

Friday

Salam,

Minggu ni alhamdulillah badan dah kurang rasa letih dan kalau makan takla muntah balik. Cuma bau minyak goreng dan makanan bergoreng selalu buat tekak kembang dan nak muntah. Makan takla menggila tapi dah boleh telan dengan jayanya.

Teringin nak makan tauhu sumbat makan ngan sambal kicap..takmo makan ngan kuah kacang. Kena cari mangsa tolong buatkan sebab memang tak lalu makan air tangan sendiri.

Note : Danish berjaya puasa penuh sampai hari ni. Cuma first day dia puasa sekerat hari sebab tak tahan. Danial baru 3 hari ni puasa tapi puasa "yang yok". Kul 5.30petang dia minum air n makan kuih yang kami beli untuk berbuka. Hari first dia puasa, dia tak sahur pastu badan lembik dan time buka takle makan asyik muntah je. Kami pun hairan napa dia puasa hari tu sedangkan sebelum ni dia memang tak puasa. Takpela..skang ni dua2 ble puasa...

Thursday, August 19, 2010

Merdeka!

Salam,

Sempena bulan merdeka, aku dah abis baca satu buku biografi yang ditulis oleh E-Yu bertajuk Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj : His life journey leading to the declaration of Independence (1903-1957).



Buku ni dalam bentuk karikatur dan sangat menarik. Aku baca sambil digest sejarah dan ketawa sebab karikaturnya sangat menarik dan kelakar. Kisah Tunku sejak kecil sampailah dia berjaya membawa Malaya ke alam kemerdekaan diceritakan dengan begitu bersahaja.

Rupa-rupanya banyak benda yang kita kurang ambil tau tentang Tunku. Walaupun anak raja, tapi hidupnya sentiasa dikelilingi oleh orang2 biasa. Kalau korang nak cari, carilah ye..harganya RM24.90..

Note : Kan untung dok library..semua boleh baca dulu..sampai muka surat last masa Tunku laung MERDEKA! kat Stadium Merdeka, aku siap ble rasa sebak..Bertuah rasanya jadi anak Malaysia...oleh itu hargailah pengorbanan pemimpin terdahulu dan jauhkan persengketaan antara kaum..

Thursday

Salam,

Dalam bulan baik ni, apa kata kita sama2 mendengar dan membaca ayat Quran.
Just nak share satu web online Quran iaitu QuranExplorer...skang rajin buka dan recite waktu pagi..nak abiskan satu quran dalam bulan Ramadan...
Yang best, ada translation dan reciternya kita ble pilih sapa kita suka..

Selamat beramal dan berpuasa. ^_^

Monday, August 16, 2010

Monday the 6th day of fasting

Salam,

6 hari berpuasa yang sungguh meletihkan. Bukan sebab apa, sebab loya dan mual masih lagi bermaharajalela. Semua makanan yang dimakan waktu berbuka akan keluar balik. So untuk mengelakkan itu berlaku, masuk je waktu berbuka mesti aku memuntahkan isi perut yang takde apa tu.

Memilih makanan untuk berbuka dan bersahur adalah amat memenatkan sebab takde satu pun yang boleh diterima perut. Kalau nampak sedap tapi lepas makan mesti keluar balik. Susu yang amat aku gemari pun tak boleh diminum. Sekadar makan kurma 2-3 biji dan kismis. Itupun nak telan macam tak larat.

Bila makan pun kurang, waktu pagi memang sangat lemah tapi gagah juga p bekerja. Semalam tengok berita TV3 kata, orang yang berada di awal trimester pertama tidak digalakkan berpuasa jika mengalami alah teruk takut membahayakan diri tapi kalau tak puasapun aku tak boleh makan..huhu

Harap2 cepatlah hilang alah ni. Doktor kata, mengandungkan anak kembar kalau alah memang lagi teruk dari mengandung seorang baby. Waktu Danish dan Danial dulu alhamdulillah ok je. Tapi yela, orang kata setiap anak yang kita kandung tu takkan sama pembawakannya, sama macam setiap perangai yang berbeza.

Doakan aku cepat sihat. Takmolah ponteng puasa tapi at the same time nak badan sihat. ^_^

Note : Kalau aku jarang berblogging tu maknanya aku tak larat nak tengok komputer. Ok?

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan untuk kita

Salam,

Kniedaz ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan kepada semua blogger yang beragama Islam.

Semoga amalan kita diterima dan diberkati oleh Allah. Jadikan Ramadhan kali ini sebagai satu cara kita mengajar diri kita bersederhana dalam berbelanja tapi berlebihan dalam hal ibadah.

Tuesday

Salam,

Sibuk sket pagi tadi...skang curi2 jap buka blog...
tengahari tadi rasa syukur sangat
sebab ble telan nasi
janganlah gelakkan aku ye
lauk ikan temenung goreng ngan sambal tumis je
itupun setiap suapan ucap alhamdulillah
sebab boleh makan
dahsyatkan?
semoga esok boleh berpuasa sampai petang..
Aminn...

Monday, August 9, 2010

Monday

Salam,

Rasa macam nak muntah
Adoilaaaa

Note : Keje petang arini..badan letih sebab arini kena keje sampai kol 10 malam..padahal bangun pagi macam biasa tapi kena kerah keje lebih masa..

Friday, August 6, 2010

UjianNya

Salam,

Kala kehamilan kali ini, baru aku tau betapa nikmatnya dapat makan dengan penuh berselera. Nampak apa saja makanan, mulut dah kecur dan semuanya nampak sedap. Nikmatnya!

Kehamilan kali ni, nikmat makanku telah ditarik seketika olehNya. Seksanya hanya Dia yang tahu. Semua makanan tidak dapat membuka selera. Perkataan MAKAN dan MAKANAN merupakan "masalah" bagi aku. Apa tidaknya, bila teringat waktu makan mulalah berfikir apa yang boleh diterima tekak dan biasanya TIADA.

Barulah sedar betapa bertuahnya mereka yang boleh makan apa saja. Harap2 lepas trimester pertama, selera makanku akan kembali. Tak perlulah sampai selera melampau-lampau tapi cukup untuk aku dapat makan dengan hati gembira dan tidak memikirkan tentang uwek uwek selepas makan.

Dari semalam sudah terbayang masakan mak di kampung setiap kali Hari Raya. Hoh..ko ni  memang merepekla! Bayangkan aku teringat rendang daging mak yang pedas n maveles tu dimakan ngan ketupat nasi, pastu ada sambal goreng yang yum yum dan teringin nak makan nasi ambeng..manalah nak dapat kat Penang ni!

Oleh itu, sapa2 yang terasa nak makan tu, makan jela..bila dah takde selera makan, nanti menyesal pulak.

 Anggap je ianya ujian.. kena kuat untuk baby ^_^


Note : Tak sabar nak balik raya!

Thursday, August 5, 2010

Conteng...jangan tak conteng..hah..dinding tu pun conteng tau!

Salam,

OOhh..sukanya
Sukanya membaca blog Conteng-conteng ni
Ada lukisan yang comel2
Aku sangat suka
Ceritanya pun best
Tapi lukisan tu sangat membantu
Korang g check cepat
OOhhhh
Oohhh
Best sungguh!

Danial Lagik

Salam,

Keadaan mak buyung hari ni sangatlah tak larat. Kalau keje berdiri, rasanya dah collapse dari tadi. Sib baik keje dalam ofis, tak larat pun leh duduk, bersyukur di situ.

Lama tak citer pasal Danial kan. Sejak dapat tau nak dapat baby ni, dia rajin betul tanya itu ini. Kira dalam umah tu yang paling amik berat pasal mama dia ni mestilah Danial. Even hubby pun tak tanya banyak..kalau bagitau baru respon..huhu

Situasi 1
(Dalam kereta semalam petang)
Danial : Danial suka la dengan seluar yang mama belikan ni. Ada kaler hitam, merah, oren, pink..(merujuk seluar track yang dia pakai)
Tok Nani : Ye ke? Awat...tak elok ke?
Danial : Eloklah...nampak hebat je..
Kami semua gelak..hahaha nampak hebat tu yang tak tahan tu..

Situasi 2
(Semalam jugak dalam kereta on the way balik dari makan)
Danial : Abang, try eja GADO-GADO
Danish : Senang...G...A...D...O...G...A...D...O
Danial : Salah.....G...A...D...O ... DASH ... G...A...D...O
Danish pun betulkan siap sebut "Dash". Kami gelak tak ingat dalam kereta. Apalah Danial ni.

Situasi 3
Mama : Danial, mama sakit belakang la..
Danial : Meh Danial urut
Bestkan? Hehehe
Tapi bila time dia malas, dia akan kata, "Esok malamlah Danial urut mama"

Hoho...

Note : Pagi ni Danial bangun awal...lepas breakfast roti bakar baru dia mandi. Selalu gaduh ngan dia sebab dia bangun lambat, alasan dia bangun lambat ialah mimpi dia panjang sangat tu yang tak boleh bangun awal. Hoh..apa punya alasan daaa!

Wednesday, August 4, 2010

Hada Labo

Salam,

Sejak 2 minggu ni, aku telah menggunakan produk Hada Labo macam yang Ratna cerita dalam blog dia aritu. Actually saja nak try tapi taklah beli moisturiser dia yang RM50++ tu sebab aku pun jarang guna moisturiser. Aku beli pencuci muka dia dulu sebab aku nak tengok kesan dia kat muka.


The result? Wah..rasanya bagus juga..sebab sebelum ni kulit aku selalu kering kat tepi bibir ngan beberapa tempat lagi tapi lepas guna pencuci muka Hada Labo ni kulit jadi lebih lembab..taklah nampak basah tapi kulit kering dah takde lagi. Lepas tu pagi2 bila nak pakai bedak takyah nak pakai tinted moisturiser, terus sapu bedak je. Lagipun time pegnant ni aku memang malas nak bersolek bagai..huhu

Lepas ni ingat nak try plak moisturiser dia. Aku jadi excited plak sebab dia takde alkohol, pewarna dan pewangi so rasanya selamat kot untuk ibu mengandung. Kalau korang nak try, g lah cari kat Guardian Pharmacy. Harga pencuci ni RM26.90. Selamat mencuba..

Note : Thanks ye Ratna sebab wat entry pasal Hada Labo ni..hehe..asyik tertaip Haba Lado bukan Hada Labo..ngeeee

Tuesday, August 3, 2010

Masam

Salam,

Tekak ni asyik nak muntah je..
Suka sangat benda yang masam2
Semalam makan kat McD pastu curi2 sedut Coke sebab kan dia masam
Hari ni keje petang balik kol 10 malam
Sebelum g keje tadi sempat makan sebiji pelam muda
Hahaha...
Sebelum ni, tak pernah plak suka makan benda yang masam

Macam tak caya ble habiskan sebiji pelam ni..hoho

Korang ada tak pengalaman pelik time pregnant? Story2 la kat aku... ^_^

Monday, August 2, 2010

Salam Isnin

Salam,

Lama tak buka blog ni. Alah kepada blog ke? Hoho..bahaya betul..banyak benda nak citer tapi tak ada hati nak buka mana2 laman web. Hari ni kena buka jugak sebab rindu nak membaca entry2 korang. 


Kongsi sikit info yang aku terima dari seorang sahabat menerusi emel. Semoga boleh menambahkan sedikit ilmu di dada,

Dalam tidak sedar.
 
Setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini..
 
Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat..
 
Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah
 
Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
 
Diamlah sejenak,
 
buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil
 
Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah
 
Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,
 
Warhamni (sayangi aku)
 
Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya
 
Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima
 
Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..
 
Wajburnii (tutuplah aib-aibku)
 
Warfa'nii (angkatlah darjatku)
 
Warzuqnii (berilah aku rezeki)
 
Wahdinii (berilah aku petunjuk)
 
Wa'Aafinii (sihatkan aku)
 
Wa'fuannii (maafkan aku)
 
Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita
 
Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja..
 
Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu
 
Wallahualam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...