Have-a-peek

It's You!

Thursday, July 17, 2014

Penangan Frozen

Salam..

Just nak share satu gambar. Lama tak share gambar dua budak nakal ni. Sorang Cik Bambam sorang lagi Cik Mek. Sangat banyak mulut sekarang ni. Semalam dapat patung Frozen, Abah diorang beli. Ala...beli kat downtown Perda je.

Balik dari rumah pengasuh terus excited baik tangga bila saya bagitau ada hadiah kat dalam bilik. Bila dapat tu..punya la suka. Ke sana ke mari mengelek Princess Anna dan Princess Elsa.

Yang tak tahan tu siap tanya...kenapa kasut princess ni tak sama dengan dalam cite Frozen? Kenapa takde rumah dia? Kenapa Baju dia lain sikit?

Dan dah request boleh tak bawa Princess Anna dan Princess Elsa naik kereta balik kampung raya ni?

Wednesday, July 16, 2014

Deko lagi

Salam,

Pejam celik pejam celik..dah dua minggu lebih kita berpuasa. Sat je rasanya. Alhamdulillah...cuaca di Penang sekarang tidak la terlalu panas so nyaman sedikit berpuasa. Walaupun nyaman..ada gak panasnya cuma jangan hangat hati macan Cik akak CDM25 tu..huhu..hilang kesantunan dah tu.

Deko raya library dah nak siap. Untuk sudut Sampaikan Dariku Untukmu dah pun siap. Lebih kurang yang dulu juga cuma ditambah baik untuk lebih menarik. Maklumlah...bajet pun xde so kenalah kreatif dan inovatif.

Lagu raya pun dah mula dipasang di dalam library. Rasanya...adik-adik ni semua dah tak sabar nak balik kampung. Berbuka puasa bersama keluarga. Waktu saya ke bangunan Laman Perdana (bangunan pentadbiran) minggu lepas pun dah nampak depa jual tiket bas untuk balik kampung.

Persiapan raya korang macamana? Saya alakadar je...lebihnya untuk anak-anak sebab mereka yang lebih excited kan? Yang penting...raya kena balik kampung. Tak kisahla awal atau lewat sikit. Janji balik...mak pun faham anak-anak dia ni dah berkeluarga so kenalah bergilir-gilir.

Okla...nanti kita sembang lagi. Nak sambung wat dekorasi raya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...