It's You!

Showing posts with label Just Me ^_^. Show all posts
Showing posts with label Just Me ^_^. Show all posts

Sunday, October 11, 2015

A touché day

Salam,

Hari ni tak ke mana, lepas menyiapkan rutin harian di rumah, duduk mengadap tv, sesuatu yang jarang dapat saya buat kerana selalu berebut siaran dengan anak-anak.

Hari ni saya menonton dua buah filem yang saya rasa sangat menyentuh perasaan. Biasa la, saya ni cengeng orangnya, asyik menangis pulak ketika menonton filem Delivery Man lakonan Vince Vaughn dan St Vincent lakonan Bill Murray. Kedua-duanya berkisar tentang kekeluargaan, pengorbanan dan kasih sayang. Saya rasa, itu yang membuatkan hati tersentuh kerana sebagai seseorang yang sudah berkeluarga, kita seringkali menghadapi pelbagai situasi yang mencabar kemampuan dan kesabaran kita. Tetapi, hidup perlu diteruskan walaupun pelbagai dugaan menimpa.

Itu je nak kongsi hujung minggu ni. Semoga hujung minggu kalian penuh dengan kegembiraan bersama yang tersayang. ^_^

Wednesday, September 30, 2015

Book lists

Salam,

Bila lama tak menulis di blog, masa saya banyak habis membaca novel. Lama dah tinggal hobi yang paling saya suka ni. Dulu bila menulis di blog, rajin juga update novel apa saya baca di ruangan "Now Reading" saya tu.

Ok, ni senarai novel yang saya dah baca sepanjang berehat menulis blog. Bagi saya, ini salah satu terapi untuk diri saya. Mesti ada yang kata, membaca Al-Quran kan lagi bagus, ehehe...yang itu pun alhamdulillah, saya setiap hari baca. Janji sehari, ada baca sesuatu, itu dah buat saya rasa seronok. Baca status FB orang lain pun membaca juga ye..ehehe...

Nota kaki : Ni bunga2 nak menulis balik ni... James Patterson, my new favourite author ^_^
Semua gambar, daripada instagram saya.







Friday, September 18, 2015

Lama

Salam,

Lamanya tak buka blog
Dah hilang "touch" untuk menulis
In sha Allah, nanti bila rajin semula menulis, saya akan tulis lagi
Buat masa ni, rehat sat la menulis blog
Kalau mau, kita jumpa di FB n Instagram ya

Kniedaz Sam - FB
knieda - Instagram

^_^

Wednesday, July 8, 2015

Buntu

Salam,

Ramadhan tahun ni, saya jadi rajin pulak memasak. Rasa tak lalu makan makanan yang dibeli di bazar Ramadhan. Kadang tu bila tengok makanan yang dijual nampak sedap sangat tapi bila sampai di rumah, tak menepati citarasa pulak. Ada tu, berniaga macam melepas batuk di tangga pulak...contohnya aritu beli popiah goreng, tapi intinya dah la sikit,bila digoren jadi hangit..kulitnya keras pulak. Hmmm....macamana la orang berniaga sampai camtu?

Semalam teringat inti karipap dalam peti sejuk so sayang nak buang, saya uli tepung nak buat murtabak. Sekali tu, En. Suami kata kita buka puasa kat luar la...kat cafe member dia di Kulim Hi-tech so saya tinggal la tepung dah siap uli dalam besen. Balik berbuka tanya kakak Yani, nak makan roti canai tak? Dia kata nak...so saya buat roti canai untuk 4 orang budak lapar, dapat la sorang sekeping. Tak la boleh lawan roti canai mamak, sebab mama diorang ni tak reti tebar, main tarik tarik je, tapi bila diorang kata sedap, hahaha happy la pulak. Murtabak pun buat untuk sahur tadi.

Bila rajin masak, mula la kepala pening nak masak apa. Tapi bila dah memasak, kena fikir apa yang diorang suka makan. Kalau tak, kita masak, diorang tak makan banyak. Petang ni, En suami kata nak makan kue tiaw goreng, so mudah la kerja saya. Tak payah fikir dah...tapi macam nak buat kuih pulak....hmmm kuih apa ya? ^_^

Nota kaki : Saya ni jarang update pasal makanan tapi suka baca blog orang lain yang up entry pasal makanan ^_^

Menu bila ntah, tomyam, ayam butter dan sambal goreng jawa..

Buat survey menu baru spageti. Duduk dalam library buku masakan berlambak untuk dirujuk cuma rajin ngan malas je nak memasaknya ehehe..

Menu semalan berbuka di luar, set kambing bakar dengan nasi dan kuah gulai dan meatballs.

Monday, June 22, 2015

Saya suka, korang?

Salam,

Saya suka
Karipap Sardin

Saya suka
Popiah Goreng

Saya suka
Seri Muka

Saya suka
Roti Gulung Inti Sardin

Sekian, terima kasih

Friday, February 6, 2015

"Me" Time

Salam,

Nak join senamrobik petang ni
Tak pernah join pun
Tapi hari ni terasa nak join
Sebab ada kawan
Sebab ada pemberi semangat
Dia kata, inilah masanya nak bagi diri masa
Masa untuk berseronok
Dalam masa yang sama, badan keluar peluh
Ye..saya akan ikut nasihat dia
^_^

Wednesday, January 14, 2015

Salam,

Kerlipkan matamu
Ukirkan senyummu
Takkan ada siapa yang tahu isi hatimu
Di sebalik senyummu yang manis itu

Sibukkan dirimu
Di balik timbunan kertas di meja
Di balik buku yang meninggi
Tak siapa tahu gundahmu
Di sebalik kesibukan yang kau wujudkan

Tarik nafas
Pandang keliling
Ingat Dia
Ingat Dia
Ingat Dia
Ingat niatmu berada di sini
Ingat janjimu


Membayangkan diri di tempat si jurugambar..merasa kesejukkan cuacanya..berjalan hingga ke hujung sana, apa yang sedang menanti? 


Sunday, January 4, 2015

Jalan-jalan

Salam,

Semalam punya cerita
Yana dan Yani kata nak tengok zirafah
Nak tengok harimau...gajah...singa
So, Mr Hubby kata jomla bawa diorang p zoo Taiping
Sebelum ke Taiping, jalan-jalan di Queensbay Mall sebab diorang nak tengok pokok krismas besar
Dok excited kata mr snowman tu si Olaf...
Layankan je la
Kol 3 lebih, kami sampai di Zoo Taiping..
Naik train pusing satu zoo tengok binatang
Semua orang tak larat nak jalan..
Sebelum balik, singgah Kuala Sepetang, merasa mee udang tapi saya makan nasi goreng je...
Itu je cerita jalan-jalan kami..

Nota kaki : Binatang dalam zoo tak banyak dan nampak tak bermaya je...

Friday, January 2, 2015

Azam

Salam,

Baca blog kawan-kawan
Dah berbulan tak baca blog
Rindu tersenyum...gelak..nangis depan PC

Azam tahun baru, banyak...
Salah satunya nak rajin update n baca blog
Nak rajin baca Quran
Nak rajin masak
Nak rajin senam
Nak buat apa yang saya suka buat
Nak orang sayang saya...
Nak orang lain tahu saya pun sayang diorang juga

Banyak lagi azam...nak kena tulis baru ingat..

Thursday, January 1, 2015

A new year..

Salam,

Happy new year
A new year
Hopefully everything will be great for me and my families, my colleagues
A new resolution for a better me

Selamat tahun baru
Bina hidup baru
Dengan azam baru dan semangat baru
Lupakan kesedihan, bangkit dari kesakitan lama
Saya doakan yang terbaik untuk kita semua

Thursday, April 10, 2014

Sunyi

Salam,

Minggu terakhir exam. Suasana kampus sudah semakin lengang. Sunyi...tiba-tiba rasa sunyi. Dulu duduk di dalam pejabat, tak terasa sangat suasana bergelumang dengan pelbagai karenah pelajar tapi bila sudah berada di kaunter, baru saya dapat rasai kemeriahan dan kesuraman setiap waktu bersama pelajar.

Ada yang dah balik. Ada yang balik, takkan datang lagi ke Kampus Permatang Pauh kerana dipindahkan ke kampus baru di Pasir Gudang, Johor. Boleh dikatakan hampir separuh pelajar diploma akan dipindahkan ke sana untuk semester akan datang. Hasil sesi ramah-mesra dengan pelajar, katanya pelajar-pelajar yang berasal dari Selatan, akan ke PAsir Gudang dan yang dari utara dan pantai timur tetap kekal di sini. Bila student diploma dah kurang, tinggallah student degree yang tak berapa kerat ni. Hasil pemerhatian, yang rajin masuk ke library pun, student diploma..student degree jarang study di dalam library, mungkin ada tapi tak ramai.

Hari ni, sudah nampak ahli keluarga yang datang untuk mengambil anak-anak dan barang-barang mereka. Saya doakan semuanya selamat pergi dan balik. Kepada Che Mid, tak dapat kita nak bersua-muka bila Che Mid sampai Sabtu ni. Mana nak tau, rupa-rupanya anak Che Mid belajar di sini. Small world indeed!

Untuk student, untuk kami, sepanjang masa dengan buku ^_^


Nota kaki : Kaunter = pelanggan, takde pelanggan, kurang seri kaunter tapi banyak projek musim cuti nak dijalankan untuk keselesaan dan keceriaan pelajar semester depan. Selamat bercuti semua!

Wednesday, April 9, 2014

He's Back!

Salam,

My best friend starts working today after a month and a half on mcs.
Lots of things to brief him
Lots of works to be shared
Alhamdulillah he's doing fine
Great to have him back at work!
(Does sharing workloads means you cared too? Hahahaha)


Friday, April 4, 2014

Sakura?

Salam,

Berangan nak ke Korea tapi takde duit? Apa lagi, tiru la aksi kami ni. Hahahaha...sekarang ni musim bunga entah-apa-namanya ni berbunga lebat. Di sekitar kampus, di tepi-tepi jalan raya, dan di mana-mana pokok ni ada, memang sangat cantik pemandangannya.

Mula-mula, kami tak teruja pun nak bergambar bagai tapi seorang kawan di Kampus Bertam dah upload gambar-gambar "Korea" mereka. Masa kami bergambar ni, ada juga student yang nak bergambar sama. Student lagi la havoc. Siap guna macam-macam props, payung la...hehe kreatif sungguh.

Kat tempat korang ada pokok ni tak? Ada siap-siapa tahu nama pokok ni? Kalau pokok ni ditanam sederet di kiri kanan jalan, lagi nampak cantik. Macam berada di luar negara gitu. Heehehehe....

Hahaha...ni pose orang lapar. On the way ke foodcourt dalam kampus. Kami memang makan dalam kampus je. Foodcourt melambak tapi makan asyik lauk yang sama je. Pffft!!

Kita konon-kono tengok sana. Hahahaha....ada lagi dua geng makan campur bos kami yang sporting tapi depa takmo bergambar, segan kat student la tu..huhu..

Cantik kan? Ada dua kaler..putih dan pink tapi dalam kampus ni pokok-pokoknya tak berapa banyak. Ada banyak kat hujung padang..jenuh nak menapak. Len kali la..kalau rajin.


Ni member kat kampus Bertam. Depa kat sana siap berfotogedik banyak-banyak tepi rumah orang. Tak kisah la Kak Ton....janji feeling Korea.




Thursday, March 27, 2014

E.X.A.M

Salam,

Musim exam
Yang tak pernah nampak batang hidung 
berduyun-duyun memenuhi ruang meja dan kerusi
Yang tak pernah baca dan belek buku
waktu ni la sibuk mengadap

Bila waktu macam ni
baru la perasan 
betapa ramainya student yang masih tak kenal di mana library
di mana buku-buku subjek sekian-sekian
bagaimana nak menggunakan kemudahan library

Ramai lagi yang tak tau peraturan library
masuk library berselipar jepun
memakai t-shirt tak berkolar
memakai cap

Rajin-rajinkanlah diri menjenguk kami
kami tak untung apa-apa pun
kami di sini untuk memenuhi keperluan korang

Tapi harapan kami
janganlah tunjuk lagak sangat
bukan korang je yang pandai
kami pun pandai juga
ada yang berdiploma dan berijazah
tapi selesa dengan kerja pembantu

Smile guys
it's all that we ask!

Thursday, March 13, 2014

Hati

Salam,

Kalau luka di tangan, nampak parutnya
Kalau luka di hati?

Biarpun seberapa banyak kita melakukan kebaikan,
Salah yang satu, tetap akan jadi ungkitan

Bila hati dah sayang,
Sebesar mana kesalahan pun akan dimaafkan

Bila hati sedih, istighfar
Bila hati sedih, sibukkan diri dengan kerja

Bila tiada siapa mendengar,
Dia sentiasa ada

Betul, janji mesti ditepati tapi maaf juga perlu diberi

Last,
Rezeki ada di mana-mana
Kalau itu sudah tertulis rezeki kita, takkan lari gunung dikejar



Nota kaki : Bila hati tidak tenang dan banyak benda perlu difikirkan, adakah kita sedar betapa kita selalu melupakanNya. Pray for MH370.


Wednesday, March 12, 2014

Tersirat

Salam,

Pernah tak mengalami rasa macam ni? Sebenarnya kita maksudkan benda lain, tapi kita jawab lain. Salah satu sebabnya, tak mau orang yang mendengar susah hati. Tapi bila ada yang faham hati kita atau terlebih faham, kita memang maksudkan benda tu tapi dia sangka benda lain.

Apa yang aku dok membebel ni? Huhu...entah


Monday, March 10, 2014

Dulu & Sekarang

Salam,

Masa Bercinta...
Melekat kat telefon berjam-jam pun rasa sekejap.
Kadang-kadang tu, takde apa pun yang diborakkan.
Kau diam, aku tanya 'napa diam?'
Kau jawab, 'takde apa'
Pastu diam lagi...hahaha
Telinga kanan panas, tukar gagang ke telinga kiri
Kalau pun mengantuk tahap gaban, masih juga tak mengaku
Sebabnya, terasa sayang pulak nak letak gagang
Padahal, setiap malam bergayut.



Sekarang...
Call bila perlu je
'Nanti abang balik lambat'
'ok'
Jarang nak cakap panjang2
Skang ni ada WhatsApp lagila mudah
Semuanya taip je
Kan?

Macamana nak mengembalikan masa silam?
Adakah memang lumrah sebegitu?

Tetiba kan? Sebenarnya waktu makan di pantry dengan member ofis tadi, terkeluar pula kisah muda-muda. Dok dengar diorang bercerita, rupa-rupanya sama je kaedahnya waktu bercinta :P


Nota kaki : Prayers for MH370

Friday, March 7, 2014

Smiles

Salam,

Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit


Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
tak perlu kata apa-apa

Jumaat yang indah. Mesti mulakan dengan senyuman walaupun ada konflik dalaman. Hahahaha...sebab apa tetiba ada rangkap lagu Senyum by Malique and Najwa? Sebab dah beberapa bulan duduk di kaunter, saya nampak banyak "patern" pengunjung library ni.

Ada yang tak senyum langsung tapi bila dah selalu berurusan, baru boleh senyum kat kita. Ada yang memang semulajadi suka senyum dan akan tersenyum dulu kat kita. Ada yang malu-malu tapi bila kita senyum kat dia, dia akan balas balik. Ada yang memang suka tak senyum tapi kadang-kadang jeling kita, buat kita nak senyum pun tak jadi atau nak je tanya "ko apa kes?". Macam-macam hal.

So, hari ni nak cuba tackle yang last tu. Nak senyum kat dia, nak tengok apa reaksi dia. Muka kacak/cantik tapi kedekut senyuman. So, jom senyum sokmo hari ni!



Thursday, February 20, 2014

Si Cengeng & Airmata

Salam,

Semalam petang mendengar berita tentang pemergian seorang pemandu di UiTM (Pulau Pinang) yang meninggal akibat sakit jantung. Bila diorang sebut nama, saya tertanya-tanya siapa sebab saya jenis ingat muka tapi tak ingat nama. Bila Mrs Boss tunjuk gambar dalam Whatsapp, baru saya tahu yang mana dan betul tekaan saya. Serta-merta saya sebak dan menitiskan airmata. Walaupun saya tak kenal rapat dengan arwah, tapi arwah sangat suka memberi salam dan berbalas senyum dengan saya walaupun saya bukan orang penting. Sesungguhnya, ajal maut itu di tangan Allah, semoga rohnya dicucuri rahmat dan arwah ditempatkan bersama orang2 yang Soleh & Solehah.

Selepas siap buat kerja rumah (mengemas, membasuh, menyidai kain, seterika baju, menyiapkan minum malam untuk mereka yang nak minum/makan), saya memulakan projek kraftangan saya. Letih bila buat kerja sambil mulut asyik "Janganlah kacau mama," "Janganlah main gunting mama, nanti kena tangan" "Jangan lari-lari nanti jatuh" huhuhu...dan mereka berdua akan jawab, "Adik pinjam sat je gunting mama" "Kakak nak pegang ni boleh tak?" atau mereka gelak2kan saya bila saya buat muka. Sambil berkraf sambil mendengar/menonton video lagu2 di dalam Youtube melalui hp. Tetiba terdengar lagu yang sangat catchy rentak dan melodinya tapi video klipnya sangatlah menyentuh hati. Alaaaa...mengalir lagi airmata.

Sebelum tidur, sempat menghabiskan novel Can You Keep A Secret oleh Sophie Kinsella. Banyak pulak babak yang menyentuh hati di akhir-akhir buku. Sambil membaca sambil mengelap airmata.

Cengeng kan saya? Sikit-sikit nak sedih, sikit-sikit nak nangis tapi itulah saya. Nampak macam ganas, takde perasaan tapi sebenarnya sayalah ratu airmata. Kadang malas nak tengok drama yang sedih-sedih dengan orang lain sebab sure saya menangis. Entah hapa-hapa ntah.


Friday, December 27, 2013

Redha & Nice

Salam Jumaat,



Cantik sangat view dia. Ble tengok banyak lagi gambar oleh Murad Osmann di SINI.FollowMe Project. Nice photography shot and editing.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...