It's You!

Thursday, January 28, 2010

Review...Vanishing Acts


Tajuk : Vanishing Acts a novel
Author : Jodi Picoult
Genre : Drama
Publisher : Atria Books

Lama dah tak wat review buku2 yang aku baca. January ni ada beberapa buku yang aku baca tapi rasanya nak wat review untuk novel Jodi Picoult ni.

Vanishing Acts merupakan sebuah novel mengenai pergolakan jiwa 5 watak utamanya, Delia, Andrew, Eric, Fitz dan Elise.

Delia merupakan seorang wanita yang berusia 32 tahun, mempunyai seorang anak perempuan dan tinggal bersama bapanya. Sejak kecil, dia bersahabat dengan dua orang lelaki Eric dan Fitz dan menjadi sahabat baik. Menjelang hari perkahwinannya dengan Eric (ya...sahabat baik dia tu) bapanya Andrew telah ditahan oleh polis atas dakwaan menculik dirinya ketika berusia 4 tahun. Sejak hari bapanya ditangkap, Delia mula mengalami konflik diri : siapa dia sebenarnya sebelum bapanya menukar identitinya menjadi Delia Hopkins.

Andrew seorang lelaki 50an yang telah melarikan anaknya (Delia) untuk kehidupan yang lebih baik. Dalam usahanya untuk melindungi anaknya daripada isterinya yang ketagihan arak, dia telah menyimpan pelbagai rahsia hidupnya & Delia daripada masyarakat. Penangkapannya telah membuka satu dunia baru baginya untuk muhasabah dirinya.

Eric seorang peguam dan juga tunang Delia yang mengalami ketagihan arak sejak usia muda. Apabila mengetahui Delia mengandungkan anaknya, Eric melamar Delia tetapi ditolak oleh Delia atas alasan Eric tidak layak menjadi seorang bapa. Dia berusaha untuk mengatasi ketagihannya dengan mendapatkan bantuan profesional. Apabila Andrew ditangkap, Delia mengharapkan Eric untuk membebaskan bapanya. Dalam usahanya itu, dia mengalami konflik diri sendiri dan hampir2 putus asa.

Fitz seorang wartawan, sahabat baik Delia & Eric. Dalam masa yang sama dia menyimpan perasaan cinta terhadap Delia tetapi kerana tidak mahu kehilangan sahabat, dia menyimpan perasaannya. Sedang dia berhadapan dengan konflik kerja (bos dia suruh dia wat liputan & berita tentang Delia & Andrew) dia merasakan dia tidak dapat lagi membendung rasa cintanya kepada Delia.

Elise, ibu Delia yang telah 28tahun tidak berjumpa dengan Delia. Ketagihan arak yang dihadapinya sejak sebelum melahirkan Delia mengakibatkan Andrew nekad membawa lari Delia. Selama 28 tahun menanti Delia, dia sedikit hampa apabila Delia tidak dapat menerima hakikat yang ibunya seorang pemabuk.

Novel ni ditulis berdasarkan setiap watak. Bab pertama kita membaca sebagai Delia, bab kedua kita jadi watak lain, so sebenarnya kita dapat menjiwai watak2 yang ada dan faham kenapa watak2 tu melakukan perkara2 yang diorang lakukan. Kisah penculikan oleh ahli keluarga ni kadang-kadang seram bila kita dengar. Orang yang kita kenal dan percaya belum tentu berniat baik. Tapi dalam kes Andrew & Delia, masing2 ada sebab tersendiri.

Note : I'm taking a long time to finish this book coz i've to stop in the middle of it to do so many things..hehe..but at last, i've managed. ^_^

Wednesday, January 27, 2010

Sibuk ke Buat2 Sibuk tu????

Hari ni aku masuk keje kul 1.00 petang pastu balik kul 10mlm. Dalam seminggu semua orang kena rotate keje petang sebab library tutup kul 10 (except librarian la...) Bisalah bila masuk keje petang aku memang malas nak belek buku2 yang belambak tu, takde mood so petang ni aku tolong member yang wat grafik siapkan buku atucara untuk lawatan rasmi Naib Canselor UiTM yang baru iaitu Y.Bhg. Dato' Prof IR Dr Sahol Hamid Abu Bakar. Kami kampus cawangan pertama yang Datuk lawat sebab dulu beliau pernah jadi pengarah kampus UiTM Pulau Pinang. Minggu ni semua orang sibuk dengan persiapan lawatan NC ni la...

Ok..leh sambung wat keje lagi...(sambil baca blog bloggers suma..hehe)



Sambil menyelam minum air..huhu


Buku oh buku...tunggu kejap ek...



Cenderahati untuk Datuk VC, aku balut hujung minggu lepas

Tuesday, January 26, 2010

Tamil Movies

Ini ada satu cerita: cerita kegemaran kami anak-beranak...hehe..Kami ni fanatik filem tamil especially lakonan Vijay, Vikram n Surya. Daripada Pokkiri, Villu, Kanthaswamy, Ayan dan yang terbaru Vettaikaran kami memang ikuti cerita tamil ni. Mula2 aku tak minat ngan cerita tamil
Bila sekali dah tengok, kami terus jadi fanatik. Sampai Danish & Danial pun suka tengok cerita tamil.
Kemuncaknya, aritu time budak2 p bercuti ke KL ngan tok nani n acu dia, kami berdua p tengok Vettaikaran kat panggung. Yang kelakar dalam panggung tu, kami berdua je orang melayu yang lain orang India. Yang tak bestnya separuh citer je ada sarikata pastu kitorang kena teka sendiri. Tu yang frust sket (nak tunggu DVD yang ada subtitle kat kedai lambat lagi) tapi sebab dah minat layannnn je la...
Tapi paling kami suka citer Pokkiri lakonan Vijay dan Kanthaswamy lakonan Vikram. Best giler..Pendek kata aktor filem tamil ni aku kira lagi best daripada aktor filem hindustan. So sapa2 yang teringin nak try tengok citer tamil, korang carilah citer2 lakonan 3 pelakon ni. ^_^



Surya...


Surya...hensem tak?



Yang ni Vikram ngan heroin dia dalam Kanthaswamy..best giler



Vikram..macho tak?



My favourite, Vijay si cute


Alahai...suka tengok dia senyum...

Note : Kalau nak tau diorang ni best friend, masing2 ada kelebihan tersendiri. Si Vijay dengan filem aksinya, Vikram ngan pelbagai watak & Surya ngan filem cintanya

Sunday, January 24, 2010

Penatnya!

Khamis dan Jumaat lepas aku terpaksa amik cuti sebab nak clearkan barang2 dalam umah coz diorang nak start wat kerja2 renovation hari Sabtu. Ya Allah, tak larat sungguh nak angkat barang2 dalam kotak. Aku ni jenis terlalu obses ngan kebersihan dan kekemasan sampai semua benda mesti nampak perfect, pindah barang pindah gak tp mesti bersistem dan bersih. Sebab tak larat, dapat snap beberapa gambar je la pastu dah xlarat nak snap.
Sabtu pagi diorang dah hantar barang2 untuk renovate dapur dulu tapi kerja tak start lagi. Minggu depan kami balik nak tgk progres. Kontraktor kata dalam 2 minggu lebih semua kerja maybe leh siap tapi kena tgk gak dengan nak raya cina ni takut kedai barang tutup la pulak. Takpe...kami sabar menunggu.


Penuh ngan barang2 yg nak let go n nak simpan



Ruang tamu clear




Bilik Danish n Danial pun clear


Barang2 Danial n Danish

Note : Dah start wat planning untuk decoration plak...my favourite part!

Wednesday, January 20, 2010

Snap shots...

Nak share some photos of my boys. Ni semua keje abah diorang la yang tengah kemaruk ngan DSLR dia. Tiap2 hari surf you tube untuk self-teaching course n video clips untuk enhance his snapping pictures ability..hehe.

















Buli Balik??

Semalam cikgu kaunseling sekolah Danish panggil dia dan budak yang pau dia tu. Yang sakit ati tu, budak tu tak mengaku kat cikgu dia amik. Tapi lepas kena "kaunseling" ngan cikgu, semalam dia tak mintakla duit Danish n hasilnya semalam dia ada duit baki untuk simpan dalam tabung. Geram sebab dia tak mengaku.
Petang semalam time amik Danish kat Graduan Kecil (transit), kami bagitau kat cikgu transit dia. Cikgu kata diorang baru dapat tau pasal hal ni daripada budak2 yang lebih besar. Mula2 pembuli n pengepau tu tak mau ngaku tapi lama2 dia ngaku. Cikgu kata nanti diorang akan bagitau kat parents dia. (Semalam kami tunggu gak tapi parents dia damik lambat so kami rasa elok cikgu cakap dulu)
Harap2 hari ni dia tak kena pau dan kena buli ngan budak tu lagi. Tapi hubby kata arini dia nak tunggu budak tu kat pagar sekolah. Nak gertak bagi dia takut sket.(Aikkkkk!!! Bapaknya plak jadi samseng?? Hahahaha...) Tapi bagi aku, kalau semua dah ok xpela..janji Danish dapat g sekolah dengan aman dan damai.

Note : Danial semalam batuk n muntah2...doktor kata takleh minum ais dan dok dalam air-cond...so semalam dia tidur ngan Tok Nani dia...hari ni bekalkan dia ngan ubat..hopefully he's gonna be fine...

Tuesday, January 19, 2010

A little something about my heroes...






Just a few picts telling u about my little heroes...heheh

Kecik2 dah jadi pembuli!

Geram betul!
Danish menjadi mangsa buli di sekolah! Mula2 tu kami confuse kenapa 2 hari ni dia tak bubuh pun lebihan duit belanja sekolah dalam tabung. Bila Tanya beli apa, dia diam je. Tak menjawab sepatah pun.
Semalam, hubby bagi dia RM3 untuk belanja ke sekolah. Pagi tu aku singgah beli kuih 3 ketul kat dia. Aku kata kalau tak mau makan boleh makan time balik. Petang tu bila amik dia n adik dia macam biasalah kami tanya beli makan apa? Dia kata dia tak beli apa, Cuma makan kuih yang mama beli je. Hubby Tanya duit RM3 tak belanja ada mana? Dia diam je. Hubby ada keje ptg semalam so aku lah tukang korek rahsia.
Sampai umah je, lepas letak beg dan bubuh baju kotor dalam mesin basuh aku Tanya dia lagi. Mana duit belanja. Dia kata hilang. Aikk??? Macamana leh hilang pulak. Aku desak dia lagi, dia bagi kat kawan ke? Ada kawan mintak ke? Ada beli apa2 ke? Dia diam je.
Tahap kesabaran pun dah makin kurang. Aku capai hanger (tapi xpukul lagi tau, nak gertak je). Aku ulang soalan yang sama sampai dekat ½ jam baru dia bagitau. Tupun mata dah merah tahan nak nangis.
“Ada budak amik duit dia time rehat. Dia minta & cakap kalau Danish tak bagi, dia nak pukul” Aku hangin satu badan. Amboi…kecik2 dah belajar jadi samseng. Bukan berkira pasal duit RM3 tu tapi ada ke patut budak tahun 1 dah pandai tunjuk lagak pembuli macam tu? Dahl ah tu…pekena pulak si Danish..anak aku tu nama je tahun 1 tapi kurus giler dan tak reti nak balas balik. Dia pelembut sket orangnya tak macam adik dia Danial.
Lagi satu budak yang pau duit dia tu adalah budak yang sama dok kacau dia time kat tadika dulu sampai Danish tak mau p sekolah 2 minggu. Bila bagitau kat hubby dia lagi hot. Dia kata arini dia nak p tunggu bapak budak tu. Kami dah maklumkan pada cikgu kelas Danish tapi tak tau apa outcomenya. Tunggu petang ni (19 Jan) baru tau.
Geram tak habis lagi..

Nota : Kalau dari kecil tak ditegur, takut perbuatan budak tu melarat. Kami nak jumpa parents dia bukan nak cari gaduh, tapi nak cari jalan perbetulkan budak tu sebelum jadi lebih teruk…dan menjamin keselamatan anak kami. Budak2 zaman sekarang, x sama dengan zaman kita..huhu


Friday, January 15, 2010

Blogger - We Care

Entry kali niterpanggil untuk aku turut serta atas dasar kemanusiaan. Berikut adalah petikan kata2 dalam blog hydir.com mengenai ribbon khas untuk en megat & family. Sapa2 nak tolong, ble la ikut arahan seperti di bawah.

Ini adalah suatu entri khas. Entri yang mungkin menyaksikan sejauh mana komitmen blogger semua untuk memperlihatkan kepada semua bahawa blogger adalah orang yang bertanggungjawab terhadap apa yang ditulisnya.

Kita bertanggungjawab terhadap rakan-rakan blogger kita samada dalam keadaan susah dan senang. Kita adalah blogger prihatin terhadap rakan-rakan blogger, terhadap masyarakat dan kepada negara.

Terpanggil kepada permasalahan en. megat, saya meminta semua blogger di Malaysia meletakkan ribbon diatas di blog masing-masing sebagai tanda kita prihatin.

Setiap blog yang meletakkan ribbon di atas akan menyumbang RM1 kepada en. megat. Anda boleh mengikuti apa yag tersurat dan tersirat tentang en. megat di post ini: Tangisan Aku, Isteri dan Anak-anak

Ikut langkah ini:

1. Copy dan paste ribbon diatas.
2. Letakkan di blog masing-masing samada di sidebar or mana2 yg visible. Anda boleh resize saiz ribbon itu untuk kesesuaian blog anda.
3. Biarkan ribbon tu selama seminggu di blog masing2 sehingga 17/1/2010
4. Maklumkan kepada hydir.com melalui komentarnya dah letakkan ribbon tersebut
5. boleh juga maklum melalui twitter @kbsoccernet

Moga usaha kita yang kecil ini mendapat keberkatan dan rahmat daripada-Nya

Thursday, January 14, 2010

Cabutan Bertuah MDM 2010



Dalam dok membelek blog2 yang aku follow, aku terjumpa entry ni dari blog Nurish. Saja je nak try luck, dapat tak dapat tu belakang kira, janji masuk..heheheh. Cabutan bertuah ni dianjurkan oleh Pn Asya.

Anyway, ini dia syarat2 melayakkan diri untuk Cabutan Bertuah MDM 2010 nye adalah :

1) Terbuka kepada semua bloggers tak kira lelaki ke perempuan;

2) Buat 1 entry khas bertajuk Cabutan Bertuah MDM 2010;

3) Letakkan banner di atas di dalam entry dan di sidebar, link kan ke entry ini

4) Mestilah dan wajib jadi follower blog ini (sebab nak bagi hadiah untuk follower kan);

5) Tarikh tutup adalah 10 Februari 2010;

tetapi, ada tetapi tu....pada 16hb Januari 2010 jam 2 petang ada 2 cabutan akan dilakukan untuk hadiah VOUCHER PERCUMA BUKIT GAMBANG WATER PARK KUANTAN, PAHANG setiap seorang. nama akan diumumkan pada hari yang sama 16hb Januari 2010 jam 3 petang dan akan diposkan kepada 2 follower bertuah ini pada hari 17hb januari 2010...sekiranya pada 16hb januari 2010 tidak ada respon diberikan daripada yang bertuah, maka kepada penyertaan yang sebelum 16hb ini hendaklah meng EMEL kan kepada saya nombor telefon anda supaya mudah saya hubungi dan bertanya alamat, kerana saya ingin poskan dengan segera pada hari AHAD 17hb Januari 2010. emelkan ke azrisha03@yahoo.com

jadi apa tunggu lagi....

6) Letakkan Nama anda di sini (ruangan komen), dan bagi link direct ke entry yang telah anda buat......

7) 2 cabutan seterusnya akan dilakukan pada 21hb Januari 2010, jam 11.59 malam dan akan diumumkan pada 22hb Januari 2010. dan akan diposkan pada 23hb januari 2010.


8) 6 cabutan seterusnya akan dibuat sebelum 10 FEBRUARI 2010.

Wednesday, January 13, 2010

Teringat kembali

Semalam aku kerja shif petang sampai kul 10 malam. Arini aku saja sembahyang kat surau, kat sana sejuk n lapang. Kalau dalam bilik pantri a.k.a bilik rehat a.k.a bilik sembahyang kitorang memangla kecik je.
Aku solat Asar kul 6 semalam sebab tunggu Wan balik dari amik wife dia. Bila sampai kat depan surau, aku nampak sorang student lelaki sedang makan roti coklat gardenia. Berselera sungguh...Lepas tu terdetik kat hati aku, kesian dia...mesti lapar, mungkin tengah hari tadi dia tak makan. Mula lah teringat masa aku belajar dulu, dok jauh dari umah, walaupun dapat wet pinjaman tapi tak cukup pun sebab dah tolak bayar yuran dan beli buku. Duit baki kena jimat2 untuk makan dan bayar sewa umah. Nak mintak wet kat mak di kampung rasa segan sebab rasa kesian plak. Kalau betul2 wet tak cukup bulan tu je aku minta mak bank-in kan wet. Dulu pinjaman pun kerajaan bagi tak banyak macam sekarang, adalah 7K je untuk 3 tahun. Skang punyalah banyak sampai aku tengok student2 ni lagi mewah dari staf. Mungkin ada segelintir je yang memang betul2 mempergunakan duit pinjaman untuk study.
Berbalik kepada student yang makan roti coklat tadi tuh...berselera sungguh dia makan sampai aku lalu pun dia tak angkat muka. Dalam hati kata, takpela...dia bersusah sekarang je, Insya-Allah bila dia grad nanti dia dapat semua yang dihajatinya, Aminn...

Note : Awal2 semester ni student tak ramai kat library. Kerja malam pun rileks sket sebab buku tak banyak. Sempat habiskan satu novel Sophie Kinsella, arini baca buku len plak...

Tuesday, January 12, 2010

Renovation oh renovation!


Rumah kami sebelum renovation, kena tunggu end of Feb to see the result!

Dah lama kami rancang untuk renovate rumah kami tapi mula2 tak cukup dana. Bila duit dah ada, kontraktor kami plak banyak keje. Tapi minggu lepas dia dah suruh kami pack suma barang2 sebab diorang nak start renovate dah. Yippe!! Bestnya.
Tapi yang tak bestnya nak mengemas rumah yang banyak barang. Huhu...minggu lepas aku n adik ipar kemas dapur n bilik belakang tapi baru kemas separuh dah letih giler. Banyak gak barang2 kat umah aku ni rupanya. Yelah selalu beli barang je pastu simpan dalam almari sebab sayang nak guna. Contohnya barang-barang IKEA. Dahlah jauh nak g beli, pastu bila sampai kat umah sayang plak nak guna (napalah takde IKEA kat Penang? Kalau ada, sure tiap2 bulan aku g sana...hehehe)
Sebelum wat renovation aku n hubby dah bincang nak wat renovate apa n kosnya. Aku siap lukis pelan untuk kontraktor aku lagi sebab nak sangat umah kami tu mengikut citarasa kami. Banyak majalah kami rujuk dan banyak kedai kami masuk sebab nak cari design yang sesuai dengan umah comel kami. Tak maulah beli benda2 yang nanti menyebabkan umah kami semak pulak.
Yang paling aku nak sangat ialah menghias bilik tidur baru anak-anak aku, Danish n Danial. Bila bilik tidur cantik, mesti diorang nak tidur berdua. Skang ni dua2 still tido ngan mama & abah diorang. Macam2 alasan diberinya. Huhuhu...
Takpelah, kita tunggu dan lihat selepas renovation nanti apa jadi. Oh ya..kami plan nak renovate dapur, bilik belakang, ruang tamu, porch dan tambah bilik baru (banyak tol...). Hopefully semua berjalan seperti yang dirancang...aminn...

Note : Keeping your house tidy is difficult if you live with lots of people...sigh....

Monday, January 11, 2010

Renugan pagi Isnin..

Hikmah Disebalik Mengucapkan lafaz La ilahaillallah


Bila hamba Allah mengucapkan Laillahaillallah maka kelu
arlah dari mulutnya yang mengucapkan perkataan yang mulia itu seekor burung hijau. Maka burung hijau akan naik ke Arasy Allah dan berkicauanlah burung-burung tadi di bawah Arasy. Melihat kejadian itu malaikat yang menjaga Arasy Allah memerintahkan kepada burung-burung tadi supaya diam tetapi tidak dipatuhi oleh mereka. Oleh kerana arahan yang diberi tidak dipatuhi, malaikat yang menjaga Arasy mengadap Allah SWT menceritakan kejadian itu. Maka Allah memerintahkan malaikat tersebut supaya memberitahu burung-burung supaya diam. Apabila perintah itu diberitahu kepada mereka. Maka berkatalah burung-burung itu... 'wahai malaikat yang menjaga Arasy Allah, kami boleh mendiamkan diri kami tetapi dengan satu permintaan'. Bertanya malaikat 'Apakah permintaan itu?'.. Berkata burung-burung itu, ' Jika Allah ampunkan dosa-dosa orang yang mengucapkan kalimah Lailahaillallah sehingga terciptanya aku, barulah aku akan tidak membuat bising disini'. Berkata malaikat itu, 'Baiklah aku akan sampaikan kepada Allah'. Beredarlah malaikat dan menyembah Allah dan disampaikan permintaan tadi kepada Allah. Maka Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang menerima permintaan tersebut. Malaikat pun pergi berjumpa dengan burung-burung itu dan mengatakan bahawa Allah telah menerima permintaan mereka. Maka dengan segera mereka tidak membuat bising dan mereka bergantungan di Arasy Allah sambil berzikir dan memohon keampunan untuk orang yang mengucap Lailahaillallah tadi sehingga hari kiamat. Oleh itu kita manusia sepatutnya tidak melepaskan peluang yang diberi oleh Allah itu. Dengan hanya mengucap kalimat yang disukai oleh Allah maka balasannya berterusan hingga hari kiamat. Maha Suci Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Friday, January 8, 2010

Update Blog

Arini sibuk update blog http://jarikniedaz.blogspot.com/
Tiba2 teringat nak buh semua gambar-gambar hantaran dan kraf yang pernah aku usahakan untuk tatapan sesiapa yang sudi. Mana tau, ada yang berkenan nak menggunakan khidmat amatur ni, hehe.
Sebenarnya taklah kreatif sangat. Selama ni pun buat sekadar suka2, melepaskan gian dan tolong adik-beradik je. Maklumlah, nak wat part time pun masa tu teramatlah tidak mengizinkan kecuali bagitau awal la.
Kalau rajin, jenguk2lah ye blog Jari tuh...

^_^

Thursday, January 7, 2010

Danialllll....bangun!!!!


Ada sorang budak kecik, yang perasan dia dah besar
Cakap punyalah banyak, sok sek sok sek, hari2 (kecuali dia tido)
Happy go lucky
Tak makan saman
Makan nasi cuma lauk kuah je
Kalau mood dia ok, dia makanlah lauk
kalau tak, dia makan nasi putih n kicap
Kata dah besar
Dah g sekolah
Cikgu semua suka layan dia sebab dia rajin bercakap n berani
TAPI ...
Danial bangunlah
Dah pukul 7 ni..nanti lambat
Satla, dia jawab
Cepatla
Satla
Huhuhu
Letih camni
Hari2 bangun lewat walaupun tido awal...
Apala!!!

Note : Geram ngan dia tapi bila dia xde sunyi tol umah tuuu

Wednesday, January 6, 2010

Admitted...


xde keje, snap gambar sendiri dalam wad, huhu

Skang baru nak citer detik2 kehilangan my "flower girl".

17 Disember 2009, kalau ikutkan kalendar, aku pegnant 2 bulan time tu. Malam tu kami bertolak ke Melaka, family holidays. Dah lama rancang sejak bulan Oktober. Kami plan nak terus ke A Famosa tapi last minit tukar plan kami transit ke rumah adik ipar aku (Liana) kat Putrajaya. Pagi 18 Disember tu baru bertolak ke A Famosa Resort. Kat sana memanglah berjalan banyak. Ke sana ke mari berjalan kaki je. Sampai ke malam aku berjalan sebab settlekan satu apartment kami yang bermasalah. Tapi aritu ok lagi.

19 Disember kami bertolak ke Kuala Lumpur. Kami stay kat The Zone on The Park, dekat ngan KLCC. Aritu aku jalan lagi sepanjang hari dari The Zone ke KLCC (back & forth) sebab bawak budak2 g Aquaria. Malam tu ada stain kat panties, hati mula cuak. Gtau kat hubby, dia lagi cuak tapi nak wat camna? Kami on holidays, esok baru balik.

20 Disember, sempat g Sogo n Ikea lagi walau rasa semacam. Tengah malam sampai Penang tengok stain lagi. Esok kena g klinik nih.

21 Disember, g Klinik Singapore wat scan. Doktor kata maybe travel yang wat stain tu. Dia bagi ubat n mc sehari. Sedih aritu coz aku g klinik hubby tak teman (dia ada appointment penting ngan client). Berjurai gak air mata, huhu.

22 Disember - 24 Disember, still on mc coz darah still ada. Dua kali scan ngan fetus makin lama makin tak nampak. Bad sign, bad feeling, u wont make it my dear flower girl!

24 Disember, kul 9 mlm hubby balik n aku rasa perut memulas semacam. Sebelum ni doktor pakar yg kami jumpa kata, kalau fetus tu nak gugur sakitnya macam nak bersalin tu. Dua kali g toilet, rasa ada benda keluar. Dalam hati terdetik, rezeki aku kali ni takde, sedih tapi cool sebab bila aku start nagis satg takleh benti. Hubby bawa aku g KPJ. Dalam keta dia kata takpela bukan rezeki kita, kita g spital bg mama sihat balik. Nak nangis tapi tahan la. Malam tu kena tahan, esok baru scan.

25 Disember, Danish n Danial asyik tanya, mana baby? Jenuh bagitau baby dah takdak. Berkali-kali diorang tanya, napa xdak, sapa amik. Tapi lama-lama diorang senyap. Cian kat diorang. Time aku bagitau diorang dalam perut mama ada baby, dua2 excited. Tapi dah xde rezeki, mungkin bukan sekarang.

Nota : Kalau ada rezeki, tahun ni nak pengganti "flower girl"...^_^


School...Sekolah...Yay Yay!!



Sekolah...akhirnya tahun yang dinanti tiba jua, 2010. Danish dah masuk tahun 1 dan Danial dah masuk Tadika untuk 5 tahun.

Danish seperti biasa, cool dan selamba je. First day g sekolah, 31 Disember yg lalu sekadar orientasi je. Dari umah dia dah tanya macamana kalau takde kawan? Aku kata, time ni la nanti jumpa kawan. Dia dah rasa tak seronok. Kalau dia tak seronok, perangai dia suka jalan seret kaki. Puas jugak kena bebel ngan aku dan abah dia. Bila sampai kat sekolah dan check dia kelas apa, kami pun hantar dia beratur kat tapak perhimpunan. Dari jauh dia dah nampak kawan-kawan di Tadika Graduan Kecil, so apa lagi senyum tak kira la. Aku tengok seronok sembang dengan kawan-kawan dia. Mesti cerita tentang cuti sekolah dan sekolah baru.

First day Danial kat Graduan Kecil: Dia laagii cool, selamba je masuk sekolah. Tak menangis atau merengek suruh teman. Dia memang seronok nak g sekolah. Sampai sekolah cikgu suruh makan dulu so kami tunggu la sekejap, pastu kami balik coz tak mau ajar dia menunggu-nunggu bagai nih.

At the end...
Danish seronok g sekolah tapi sebab dia jenis tak mao cerita, so kami tak taulah apa jadi di sekolah. Danial pulak, petang tu kami amik dia, dia menyembang ngan cikgu dia macam kawan2 plak. Cikgu pun kata dia berani ngan suka menyembang.

Outcome,
Seronok semua dah g sekolah n hope diorang belajar rajin2 sebab abah diorang kata, kalau belajar rajin2 dan selalu selalu cemerlang, apa nak pun abah ble bagi.


Note : Pa, kalau ma pun rajin2, ma dapat apa2 tak? :P

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...