It's You!

Monday, September 30, 2013

First Day

Salam,

First day bekerja selepas hampir 2 minggu mendapat cuti sakit. Malas nak fikir tentang kerja lagi sebab yang penting nak clear meja yang penuh dengan bahan-bahan Hari Mesra Pelanggan. Siap ada "penumpang" yang menghuni meja saya selama saya bercuti. Tapi saya tak kisah, janji barang-barang saya tidak terusik.

Nak siapkan mengemas sambil membaca blog kawan-kawan. Bila lama dah tak buka blog, banyak cerita yang saya terlepas so hari ni, saya akan berblog walking selagi terdaya. Tunggu saya di rumah masing-masing ya ^_^.

Ni gelagat Yani makan nasi kandar selepas pulang menyaksikan Festival Teater Malaysia peringkat Negeri Pulau Pinang. Mesti hairan, macamana kami semua boleh pi tengok teater. Sebenarnya aktiviti anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara cawangan Pulau Pinang ini menghimpunkan pelbagai peserta teater. Kami pi sebab bagi sokongan kat Danish sebab TBT ada buat persembahan malam tu. Lain kali saya cerita lebih lanjut. 


Saturday, September 28, 2013

The New Beginnings

Salam

Sepanjang waktu berehat di rumah, saya diasak dengan pelbagai kata nasihat dan pesanan daripada rakan-rakan yang prihatin. Paling banyak dari teman kreatif saya sebab pada mereka, cara kerja saya membuatkan saya jatuh sakit.

Sebenarnya saya seorang yang perfectionist kalau bab kerja. Saya mahu apa2 kerja yang saya buat mesti dalam keadaan terbaik dan sempurna lebih2 lagi kerja yang saya suka. Bila kerja itu dikongsi bersama, saya cenderung untuk mengkritik kerja teman sepasukan. Biasanya saya kritik dalam diam...lepas tu bila orang xnampak, saya akam betulkan ikut kehendak saya. Saya agak sukar berkongsi tugas. Kalau boleh, saya nak buat semua benda sendiri sebab saya nak ianya mengikut kehendak dan perancangan saya.

Saya silap di situ. Saya perlu belajar percayakan orang lain dan berkongsi tugas. Saya perlu belajar menerima hasil kerja orang lain dan belajar bersuara untuk mendapatkan apa yang saya inginkan. Saya perlu belajar bekerja secara santai tapi efisien. Saya kena belajar menghargai diri sendiri dan tidak memaksa diri hingga ke tahap yang memudaratkan kesihatan. Saya perlu berikan diri sendiri masa untuk berehat dan bernafas kembali.

2 minggu berehat dan dikaunseling membuat saya tersenyum kembali. Masih ada yang sayang dan prihatin dengan diri saya. Terima kasih Mr Hubby yang memaksa saya berjumpa doktor malahan memaksa saya admit di hospital sebab nak saya berehat. Terima kasih teman kreatif saya yang tak jemu2 memberi kata semangat dan leteran yang membuka mata dan terima kasih kepada teman2 sekerja yang faham keadaan diri ini. Minggu depan minggu rombakan kerja buat saya. Prioritize kerja akan dilakukan...minda akan diset baru...semoga saya dapat bekerja dengan lebih efektif dan bersemangat.

Good luck to myself!

Friday, September 27, 2013

Lamanya

Salam

Lama sungguh blog saya ini bersawang. Kesian dia....dipinggirkan begitu lama. Ada ke kawan-kawan yanag rindu kat saya? ^_^

Selepas Program IMD di Balik Pulau dan Hari Mesra Pelanggan Bahagian Perpustakaan berakhir, saya masih lagi sibuk dengan persiapan kahwin Mummy Yon. Tak ada apa yang dapat saya berikan kepada Mummy so dengan tulang empat kerat dan sedikit kreativiti la saya bantu dia.

Letih buat kerja tapi seronok sebab sangat dihargai. Mummy siap umum dalam dewan nama saya sebab banyak bantu dia. Terharu sungguh! huhuhu

Akibat kerja tak berhenti...habis majlis kenduri...saya demam dan sakit-sakit badan. Sebab demam kejap baik kejap tak...terus admit ke KPJ. Duduk berehat di hospital dua hari dan masih bercuti hingga hujung minggu ni. Tu yang jadi malas nak update blog. Nanti bila dah start keje balik....bolehlah start menulis balik.

Okla...stop dulu kat sini. Nanti kita sambung
sembang lagi..take care guys!

Thursday, September 12, 2013

Last Day

Salam

Penat bersiap...tiga hari cepat sangat berlalu. Tidak semeriah tahun lepas tapi idea untuk tahun hadapan sudah datang mencurah-curah. Alhamdulillah...semuanya berjalan dengan baik walaupun tidak 100% mengikut plan. Insya allah....tahun depan kita bertemu lagi.

Satu lagi beban sudah terlerai. Tinggal kenduri kahwin mummy je. Ahad insya allah bolehlah rehat.

Tuesday, September 10, 2013

Musim Hujan

Salam

Musim hujan. Program sedikit terjejas. Pelanggan nak mai pun susah tapi program tetap berjalan. Tak sempat amik gsmbar. Esoklah ya.

Sepanjang jalan balik hujan. Jam gila...jalan banjir.

Kat rumah....kain dijemur tak kering-kering. Dalam sedap sejuk dan nyaman...ada juga kesan lain kepada kita.

Monday, September 9, 2013

Hari Mesra Pelanggan

Salam

Hari ni sibuk dengan persiapan Hari Mesra Pelanggan. Banyak benda yang perlu dibuat...banyak yang tak siap lagi. Rasa stress kadang2 bila memikirkan banyak lagi bnda yang perlu dibuat.

Di rumah pula sibuk menyiapkan hantaran Mummy dan hiasan lain. Minggu ni memang sangat sibuk sampai terabai blog saya ni.

Minggu depan rasa nak rehat je. Rehatkan badan dan minda

Thursday, September 5, 2013

Program Galakan Membaca

Salam

Hari ni sepanjang hari berada di Sekolah Menengah Kebangsaan Pondok Upeh, Balik Pulau. Pagi ni di pusat sumber ada aktiviti-aktiviti untuk pelajar sekolah.

Di dalam dewan ada ceramah motivasi untuk pelajar. Sejak jam 9 pagi sampai dekat pukul 11 pagi.

Petang ni ada rehersal utk majlis perasmian esok. Busy busy busy

Wednesday, September 4, 2013

Telatah

Salam

Bila tuan blog sibuk sepanjang ari...macam ni lah jadinya. Blog mesti lambat di'update. Ada je kerja yang nak dibuat di library sekarang ni. Sekarang kami sedang membuat persiapan akhir untuk Program Pusat Sumber Angkat di bawah Program IMD dan Hari Mesra Pelanggan library. Dua program berjalan selang seminggu buat kami kelam kabut dan sibuk mengerah tenaga.

Nanti saya update tentang dua program tu. Mesti sibuk hari tu. Hehe..

Ok la...nak tempek gambar Yana sepanjang minggu. Suka mengamuk dan semakin pandai memilih perkataan ketika berbual cuma bunyi pelat tu masih kedengaran.

Tuesday, September 3, 2013

la Tahzan

Salam

Kadang-kadang sekuat mana kita sangka diri kita ini, satu hari pasti kita akan mengalirkan air mata. Kadang-kadang bila sudah lama bersabar, ada ketikanya hati ini sudah tak mahu sabar lagi.

Siapa lagi yang dapat memujuk hati ini kalau bukan Dia. Kita selalu lupakanNya waktu kita senang dan gembira...bila susah dan sedih kita sangka Dia sudah tidak menyayangi kita tapi sebenarnya Dia tak pernah lupa dan tinggalkan kita. Kita yang selalu lupakanNya.

Bila dapat menangis dan mengadu padaNya, hati rasa tenang sedikit. Hati yang sakit menjadi sembuh walau parutnya masih ada.. Ya Allah kau tenangkanlah hatiku..kau jauhkan aku dari rasa marah dan kau lindungi aku dari kezaliman diriku sendiri. Kupujuk hati...jangan bersedih. Insya Allah ada jalan untukku.

Sunday, September 1, 2013

Kenduri

Salam

Hari ni rumah bakal pengantin (mummy yon) buat kenduri tahlil. Masak katering je..mudah tapi mak-mak masak gulai nangka, goreng ayam, ikan temenung dan ikan kering.

Majlis bermula jam 12 lebih tengahari. Oleh kerana majlis makan dibuat di luar rumah, dua buah khemah dipasang. Sebab rumah kami di jalan utama, kami tutup jalan tu sebab xmau la kereta motor lalu lalang depan rumah. Untuk pengetahuan, selain jalan di rumah kami tu, ada satu lagi jalan untuk jiran lalu lalang.

Masalahnya tetangga di sini ni suka buat-buat tak faham kalau orang buat kenduri. Suka sangat lalu jalan yang dah ditutup tu.
Kami takut kereta tu terlanggar budak-budak kecik ni yang sibuk waktu kenduri.

Menu ari ni menu kampung je, gulai ikan masin, ulam sambal belacan, gulai nangka, ikan n ayam goreng n kuih muih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...