It's You!

Wednesday, December 22, 2010

Danish & Danial

Salam,

Lama dah tak cerita pasal Danish n Danial kan? Sejak mama diorang ni pregnant n jadi malas menulis dalam blog, banyak la cerita tentang diorang yang tak dapat nak tulis. Hari ni teringin nak cerita pasal karenah diorang.

Cerita 1
Pen Titik

Beberapa hari yang lalu, aku suruh Danish n Danial buat listing barang-barang yang diorang nak beli untuk ke sekolah bulan Januari nanti. Maka dengan tekunnya kedua-dua budak kecik tu menulis senarai masing-masing.

Danial : Ma, macamana nak eja "TITIK"?
Mama : T.I ... ti...T.I.K...tik
Danial : Oooo...ok
Mama : Apa dia nak beli tu?
Danial : Pen titik..Danial nak pen titik
Mama : Pen titik tu pen apa?
Danial : Ala...yang tik tik tik tu
Mama : Ooooo..mekanikal pensil!

Cerita 2
Donut

Sejak tengok cerita melayu bertajuk Donut di Astro Ria kalau tak silap, Danish n Danial sangat suka donut. Tapi yang kurengnya demand sungguh! Donut nak donut dari Big Apple...Danish suka topping gula n coklat n cheese.. Danial suka donut gula..

Tau tak citer Donut tu pasal apa? Pasal lelaki lembut...lakonan Norman Hakim dan Fiz Fairuz..keh keh...donut punya pasal!

Cerita 3
Bodek

Hubby : Sapa nak ikut abah g jalan kena bodek dulu!
Danial : Nak ikut!
Danish : Nak Ikut!
Mama : Nak jugak!
Danial : Danial bodek dulu...bodek tang mana abah?
Hubby : Bodek belakang abah dulu..pijak kuat sket.

Bodek tu diorang ingat urut so bila abah diorang kata kena bodek dulu, dua2 sibuk nak urut abah diorang..Haish!

Cerita 4
Makan Bersuap

Sejak dua menjak ni, Danial suka sangat suruh aku suap dia makan. Macam baby...mungkin sebelum dapat adik ni dia nak bermanja-manja dulu ngan mama diorang sebelum baby keluar. Hehehe...Danish pun kadang-kadang suruh suap juga tapi malu-malu gitu..Kan dah nak masuk Tahun 2...hehe

Note : Makin besar, makin macam2 karenah..kadang geram kadang lawak, kalau takde rindu pulak

Tuesday, December 21, 2010

Coretan Buat Sang Suami

Salam,

It's our 9th anniversary today..
Banyak peristiwa suka duka yang telah kami kongsi bersama
Susah senang sejak bergelar suami isteri
Pernah susah dulu waktu takde kereta sendiri
Pernah makan cukup2 aja

Tapi...dearest hubby...
walaupun takde duit dulu
dia usahakan apa jua untuk penuhi keperluan kami
dan aku sejak dulu lagi tak pandai meminta
cukuplah apa yang ada

Sekarang...
Alhamdulillah rezeki anak2
Kami hidup selesa
Tapi hubby masih seperti dulu
Akan penuhi keperluan kami dulu
Dan sekarang kalau ada rezeki lebih, kami pun dapat bermewah sedikit
Tapi aku tetap tak reti nak meminta2
Cukup apa yang ada
Kalau hubby beri, aku terima seadanya

9 tahun
Bukan hanya suka dan gembira
Ada masa sedih dan berduka
Tapi itu semua asam garam hidup berumahtangga

Tahun hadapan
Menginjak ke angka 10
Kami bakal berenam
Keperluan makin meningkat
Tanggungjawab juga makin banyak
Tapi insya Allah, kita dapat lalui bersama

To my dearest hubby, Mohd Khairul Nizam Md Yusof
Happy 9th anniversary
Semoga keluarga bahagia ini milik kita selamanya
Amin..

Note : Hadiah untuk pa tak beli lagi..tak tau nak bagi apa..suggestion?

Friday, December 17, 2010

Online Shopping

Salam,

Kegilaan terbaru sejak pregnant...
Melayari blog2 yang menjual baju baby
Pro & Kontra membeli belah di internet
anyone wanna share?

Thursday, December 16, 2010

Listing

Salam,

Lama tak buka blog dan menulis...sekarang ni makan malas nak melayari internet..setiap minggu mesti ada mc sehari sebab skang tiap2 minggu kena g klinik atau hospital. Baby dah makin aktif bergerak tapi mama baby makin inactive sebab rasa tak larat nak bawa perut. Ni baru 7 bulan, ada lagi 2 bulan lebih atau mungkin kurang jika baby2 nak keluar awal. Persiapan barang baby2 pun tak buat lagi sebab hubby pun tengah busy ngan projek2 akhir tahun. Baju sekolah dan peralatan sekolah Danish n Danial pun belum beli tapi diorang dah wat listing apa yang nak dibeli dan tunjuk kat abah diorang. Mama pun jap lagi nak tunjuk listing barang baby kat abah juga...hehe..

Friday, November 19, 2010

Salam Jumaat

Salam,

Tak terlambat rasanya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua rakan2 di luar sana. Lama rasanya tak online. Sibuk dengan kerja2 di pejabat. Kalau boleh nak siapkan semua kerja2 yang ada sebelum menjelang tahun baru. Maklumlah..nak bercuti panjang bila bersalin nanti.

Mesti rasa rindu bila dah cuti panjang. Rindu ngan kerja2 pejabat. Lagipun, kami akan berpindah ke bangunan library yang baru tahun depan. Bangunan yang lebih besar da lebih cantik. Harap2 sempat menghias meja dan bilik kami (kalau ikut perancangan, kami satu department - 4 orang akan duduk dalam satu bilik). Wah tak sabar nak duduk tempat baru. Tapi tak tau lagi sapa yang akan ganti tempat aku bila aku bercuti nanti. Harap2 kawan yang mengganti tu akan sekemas aku..hehe..

Okla..nak sambung buat keje lagi. Nanti2 kalau lapang ble la berblogwalking pulak. Salam Jumaat ya kawan2!

Nota : Masih mood raya sebab tak ramai yang datang kerja hari ni. Sunyi rasanya..

Monday, November 8, 2010

Cuti-cuti

Salam,

Apa khabar rakan2ku selepas 3 hari bercuti? Mesti seronok kan bersantai bersama keluarga di rumah. Ok..sedikit je nak cerita apa yang kami buat 3 hari cuti...

Jumaat (5 November 2010)
Aku n hubby g HomeDec kat PISA. Tapi hampa sebab kali ni punya pameran tak banyak barang dan booth. Hajat hati nak beli kepala paip baru untuk sinki kat dapur tapi takde pulak yang berkenan. Nampaknya kena gak p kedai untuk cari bila2 lapang nanti.

Sabtu (6 November 2010)
Hubby bawa anak2 ke Hari Terbuka TUDM, Butterworth. Lama dah TUDM tak buat hari terbuka. Danish n Danial sangatlah excited tengok pelbagai kapal terbang, helikopter dan booth2 menarik. Nasib baik tak ikut sebab hubby kata orang ramai dan kena jalan jauh. Diorang beli beberapa kapal terbang dan jet pejuang miniature untuk diletak dalam kereta.

Lepas diorang balik dari TUDM, barulah kami g JomHeboh kat Batu Kawan. Cuaca panas tapi kejap2 mendung. Rupa-rupanya booth Maybelline takde tahun ni. Ahh..kacewa di situ. Nasib baik Dutch Lady ada. Kami borong susu Kids and School yang baru tu dan susu pelbagai perisa (penuh la jap peti ais..) Pastu beli Ribena dan biskut Munchy's. Hubby kata kalau tau booth Maybelline takde, tak payah p pun takpe. Tengok! Dia yang lebih excited kalau booth Maybelline ada...hehehe..kami p JomHeboh setengah jam je sebab takde apa yang menarik (tapi jumpa TOMOK hahaha..)

Balik dari Batu Kawan, kami singgah Jusco Perda. Bawa budak2 tu tengok pameran Dinasor. Seronok juga sebab ada pelbagai permainan interaktif. Ada beberapa dinasor yang boleh bergerak. So Danish n Danial memang seronok bangetlah kat situ. Sebelum balik kami beli donut kat Big Apple dan makan kat Ayam Penyet. Letih seharian berjalan tapi sangat seronok.

Ahad (8 November 2010)
Hari ni hubby g Pasar Hari Penaga. Hari ni rileks kat umah masak-masak n makan. Masak sambal goreng jawa, ikan cencaru sumbat, nenas masak lemak, kerabu pucuk ubi ngan cekur dan ikan kering goreng. YUm yum...Sedap kan?

Nota : Ada gambar tapi malas nak upload skang ni. Tapi gambar pun tak banyak..gambar tuan punya diri pun tak ada, hehe. Macamana cuti korang pulak?

Thursday, November 4, 2010

Weekend

Salam,

Hari ni last keje..esok dah nak cuti..maknanya dapatlah 3 hari cuti. Nak ke mana? Mmm..ramai yang nak g Jom Heboh kat Batu Kawan. Teringin nak pegi tapi macam tak larat pulak nak jalan.


Borong banyak ni ble tak? Hehe

So, booth apa yang aku suka sangat g waktu Jom Heboh? Tak banyak pun..tapi yang dua ni adalah mesti..ok...Booth yang dimaksudkan ialah booth Maybelline dan Dutch Lady. Booth Maybelline biasalah aku borong bedak, lipstik, maskara, lip liner, minyak wangi dan lain2 yang ble diborong. Pendek kata, borong untuk stok setahun terus...kan JomHeboh setahun sekali je datang setiap negeri.



Booth Dutch Lady pulak mestilah beli susu berkotak2 dan pelbagai perisa. Maklumlah aku dan anak2 hantu susu. Lagipun kalau beli susu Full Cream tu Danish n Danial makan ngan bijirin so sekejap je habis.

Lain2 booth takla excited sangat nak pegi. Tengok2 gitu je..So apa plan korang untuk hujung minggu ni?

Wednesday, November 3, 2010

Craving

Salam,

Bulan ni mama baby2 ni sedang craving for ice creams. Ohhh..takbleh tengok iklan ice cream, kedai ice cream, lori ice cream, apek jual ice cream...asyik nak makan ice cream je.

Aritu g Jusco Perda nampak Baskin & Robbin tengah wat sales ice cream, 31% off to all types of ice cream. Wooo..hubby pun dengan gigihnya amik nombor & beratur p beli ice cream. Beli perisa vanila ngan coklat ..yum yum..

Ni bila teringat ice cream mulalah kecap2 mulut. Rasa macam nak g beli ice cream pulak skang ni...huhu..


Tuesday, November 2, 2010

Cerita Isnin

Salam,

Semalam g wat check-up lagi dan doktor bagi mc sehari. Skang baby-baby dah bertambah berat badan..baby 1 dah 591gm and baby 2 dah 600gm. Tapi semalam tak dapat nak scan secara detail nak tengok jantina (huhu..excited nak tau sebenarnya) cuma scan untuk tengok posisi baby-baby dan tengok urinya. Setakat ni baby 1 duduk elok and yang kedua songsang. Tapi kemungkinan untuk normal tu masih lagi ada.
Kena tengoklah nanti macamana...

Semalam waktu amik Danish n Danial dari sekolah kami terus la nak g makan. Bila tengok abah diorang bawak keta menghala ke jalan len je, Danial dah kalut. "Ni nak pegi mana ni? Dahla tak makan lagi..cuba abah belanja Danial McDonald ke, barulah best". Amboi mamat kecik ni..demand sungguh. Tapi abah diorang bawak juga g makan McD.

Lepas makan, g singgah kedai gunting rambut. Danial kata dia takmo gunting rambut. Dia nak simpan rambut nak wat rambut spiky. Turun2 kereta je tak tunggu kitorang dia masuk sendiri dalam kedai n duduk kat atas kerusi. Bila macha tu tanya mau gunting macamana diapun bagitaulah dia nak rambut spiky. Tak payah tunggu kami cakap dia dah bagitau apa dia nak so kami tunggu kat luar je la. Balik tu bergaya sakan dia dengan rambut spiky. Danish pulak biasala senyap semacam je..sebab dia tak bagitau dia nak rambut macamana, macha tu buat rambut spiky jugak. Hahaha...berat mulut sangat.

Balik lepas mandi, Danial wat latihan sket sebab hari ni ada exam English & moral. Lepas tu kami lepak tengok tv tapi belum kul 9.30malam semua orang dah tidur...tv la pulak yang tengok kami anak-beranak tido depan tv. Penang skang kan musim hujan...hujan tak lebat pun tapi cuaca memang mendung je...so tido malam pun syok je..hehe...

Itu je cerita kami berempat semalam..hahaha...

Friday, October 29, 2010

Geram

Salam,

Pagi ni ada bacaan Yaasin kat ofis..
Tapi pelik...
Time baca Yaasin je satu kaum ni akan ada je alasan untuk mengelak
Sedih dan kecewa di situ
Bukan untuk orang lain
Untuk diri kita sendiri juga
Tetiba geram je
Huh...

Nota : Sabar mama...sabar...

Wednesday, October 27, 2010

Kesedaran Sivik

Salam,

Letih buat keje tadi take a break jap. Nampak paper Metro tapi semalam punyala..takdehal..aku baca je. Tertarik ngan berita pasal pemandu teksi mati sebab kena batu yang dibaling dari umah flat di Pulau Pinang. Lepas tu baca lagi pasal besi jatuh n terkena cermin depan sebuah kereta di tempat yang sama. Baca lagi, diorang kata kejadian seumpamanya telah sering berlaku sejak 12 tahun lepas. Kesimpulannya?

Adakah salah majlis bandaran kalau penduduk buang sampah dan pelbagai lagi benda begitu? Tentulah tak masuk akal. Mestilah salah orang yang duduk di situ. Alasannya tiada tempat pembuangan sampah di setiap tingkat. Itu bukan alasan konkrit. Masalah sekarang ialah tiadanya kesedaran sivik di kalangan penduduk tentang bahayanya membuang sampah/benda dari tingkap/tingkat tinggi.

Agaknya kalau dah kena batang hidung sendiri, baru diorang nak berubah. N by the way, untuk orang yang baling batu sampai pemandu teksi tu mati tu tak rasa bersalah ke? Itu nak kira bunuh orang ke macamana? Mmmmm...

Note : Semalam Danish n Danial kena marah ngan mama monster sebab asyik tengok kartun je n tak baca buku. Minggu ni diorang dah exam. Geram pulak tengok diorang wat latihan sambil mengadap tv je. Last2 mama monster perintahkan tv ditutup dan dua2 tido awal. (Tapi dalam marah2 kat mama dia, Danial tetap amikkan air & ubat..sweet little naughty boy..merekalah racun..merekalah penawar)

Tuesday, October 26, 2010

My Personal Doctor

Salam,

Semalam keje petang, balik kul 10.00 malam
Sampai umah Danial tak tidur lagi/

Mama : Napa Danial tak tidur lagi?
Danial : Danial tunggu mama la..
Mama : Oh..ye ka?

Mama salin baju n masuk toilet membersihkan diri. Kua2 bilik air nampak Danial tengah amik air masak.

Mama : Buat apa tu? Jom masuk tidur...
Danial : Amik airla..tu lupa la tu...tak makan ubat lagi
Mama : La..yeke? Takpe..bawak masuk bilik air tu..japgi mama makan ubat..
Danial : Tak payah amik ubat, nanti Danial amikkan
Mama : Okie...

Siap pakai baju, mama makan ubat yang Danial dah amikkan..
Hoho..cutekan personal doctorku ini?
Tiap2 malam dia tolong amikkan air n ubat.
Selalu ingatkan mama dia yang selalu tak ingat ni..hehehe

Monday, October 25, 2010

Syukran!

Salam,

Hari Isnin...seronok! Bukan sebab apa, tadi g klinik amik darah lagi. Sejak dari umah dok berdoa bagilah FBC naik. Masa hantar darah ke makmal, rasa berdebar2 je. Kalau darah makin turun, sure kena suntikan Imferon. Takmolaaaa...So bila dapat result tadi rasa seronok sebab dari HGB8.7 dah naik ke HGB9.6...alhamdulillah..

Lepas ni kena rajin makan ubat ikut time n makan/minum makanan bervitamin C untuk bantu penyerapan zat besi dan makan makanan yang mengandungi zat besi yang banyak. Juga...jangan langgar pantang larang makan zat besi terutamanya makan/minum makanan yang boleh memotong zat besi..contohnya susu.

Sekarang, kalau dah minum susu, kenlah tunggu 2 jam lepas tu baru makan ubat. Rugi rasanya kalau makan ubat tapi rupa-rupanya khasiatnya dah takde. Hehehe..

Minggu depan kena g Hospital pulak untuk check kandungan dan scan. Kalau ada rezeki, ble la nampak jantina baby-babyku. Semoga semuanya baik-baik sahaja, aminn..

Wednesday, October 20, 2010

Danial

Salam,

Lama tak citer pasal Danial & Danish kan...korang rindu tak ngan Danial? Skang ni dia sangatlah suka buat perangai. Orang kata, sebab nak dapat adik kot. Pulak tu nak dapat 2 orang adik sekaligus. Mana tak perangai pun makin menjadi-jadi.

Sekarang bila perut tambah membesar, dia akan selalu tanya bila baby2 nak keluar. Lepas tanya soalan tu, dia akan tanya pulak apa nama nak bagi kat baby-baby tu. Selalu gak tanya, Danial nak baby apa? Dia kata nak baby pompuan sebab nanti dah besar cantik macam mama..hahaha..sapalah nak puji kita kalau bukan anak kita, ye tak? Kembang jap di situ, hoho...

Selalu jugak dia kena marah ngan aku tapi dia sangatlah pandai mengambil hati sampai lepas marah pun tetap geram nak cubit pipi dia. Tak lama lagi dia nak exam..harap2 ble dapat no 3 lagi. Hahaha..aku dan hubby selalu musykil sebab dia ni kalau ditengok malas sikit nak study dibandingkan Danish tapi bila exam ble pulak dapat no 3, hahaha.

Apa2 pun, kenalah bersabar dengan karenahnya. Abang Danish ok je. Dah nak jadi Abang Long ni, berdikari tu lebih sikit. Tapi kalau kua g mana2 atau g umah sapa2 dia yang terlebih manja dari Danial. Danial jenis pandai bawa diri tapi Danish lebih suka duduk sebelah kita diam-diam. Danish pun tengah sibuk wat latihan dan ulangkaji kat rumah. Nak periksa akhir tahun.

Nota : Agak-agak siapalah yang akan lebih tolong jaga baby-baby esok?? Mmmm

Tuesday, October 19, 2010

set Bersalin

Salam,

Hari ni ada satu lagi permasalahn yang perlukan pendapat korang. Janganlah marah...sejak pregnant ni banyak entry berkisar tentang mengandung dan baby... ^_^

Nak tanya...dalam banyak2 set bersalin, mana yang korang rasa berkesan? Untuk makdara-makdara je ye..anak2 dara kalau ada pengalaman dari akak-akak ke sedara mara ke ble la share...

Dulu masa anak pertama, makan set Sendayu Tinggi..badan turun tapi sebab dalam set tu ada banyak benda, tak semuanya aku guna..kan membazir. Masa berpantang Danial, aku makan Mustika Ratu je..itupun bukan beli set cuma beli pil tertentu je. Skang nak try juga yang lain.

Ada cadangan? Sila kemukakan di comment ^_^

Monday, October 18, 2010

90 Hari

Salam,

Hari ni a bit busy.
Baby2 makin galak bergerak2 dalam perut..
Buat aku tersenyum tiap kali mereka bergerak..
Pandai pulak tu...gilir2 bergerak
Harap2 esok bila lahir pun gilir2 la ye..
Takla kelam kabut mama kamu ni
Hehee
Oh oh..excited sebab cuti bersalin dah jadi 90 hari
Tapi aku cadang nak tambah lagi 3 bulan
Kesian pulak kat anak2 mama
Susah nak cari orang jaga 2 baby sekaligus
Lagipun kecil lagi...
Apa pendapat korang?

Friday, October 15, 2010

Cuti

Salam,

Hari jumaat biasalah mood pun mood cuti dah. Tak sabar nak bercuti (walau dua hari). Nak rehatkan badan dan rileks kat umah. Bukannya apa, terasa letih pulak mengusung perut ke sana ke mari..hehe..tapi rasa happy bila waktu2 buat kerja, baby2 akan bergerak.

Hubby kalau suruh pegang perut rasa baby gerak punyalah takmo. Kita tarik tangan nak buh kat perut pun dia takmo. Dia rasa geli sebab takut terasa baby2 tu gerak. Apala...tu baru suruh pegang sket, kalau suruh bawak perut ke sana ke mari tak taulah jadi macamana. Yang rajin pegang perut kat umah mestilah Danial. Siap tanya bila la baby2 nak keluar. 

Berbalik kepada bercuti, bukannya cuti boleh santai semata tapi macam2 kena wat. Mengemas itu ini tu sudah semestinya sebab aku jenis tak ble tengok umah semak. Pantang tengok barang salah letak je bebel aku boleh panjang berjela-jela. Untuk puaskan hati, kenalah kemas endiri takyah harapkan orang len. Huhuhu...

Apapun, selamat bercuti kawan2 semua dan kalau rajin mehla cadangkan nama anak2 yang sedap dan bermakna yang bermula dengan huruf D tau.. Cadangan masih dibuka...belum ditutup. ^_^

Thursday, October 14, 2010

Nama Pulak

Salam,

Terima kasih kepada semua yang memberikan tips dan wishing. Sekarang sedang giat meningkatkan pengambilan ubat dan makanan yang banyak iron, huhuhu.

Ok..skang kita sembang pasal nama baby pulak. Uiiiii excitednya bila tiba tang tu nooo...macam2 nama yang muncul dalam fikiran. Siap layar internet cari nama2 best untuk bakal anak-anak. Danish n Danial dah sibuk tanya apa nak bagi nama kat baby-baby tu. Diorang kata cikgu-cikgu tanya. Siap suruh tulis atas kertas lagi hehehe.

Tapi yang pasti nama2 mereka berdua bermula dengan huruf D. Ada sapa2 nak bagi idea nama apa yang bermula dengan huruf D? Jom kita pakat2 cari nama jom!

Note : Ada juga cari tapi nak tau jugak nama2 yang korang leh suggest..  ^_^

Tuesday, October 12, 2010

Darah Rendah

Salam,

Hari ni g klinik wat check up kandungan. Pastu kena wat ujian darah lagi sebab bulan lepas tahap darah aku rendah, 9.6. Tapi bila check hari ni, lagi drop jadi 8.7 pulak. Sebelum ni Doktor bagi iberet untuk menambahkan darah tapi aku alah betul ngan iberet sampai doktor tukar ke softgel pulak. Sebab darah makin rendah doktor syor aku makan iberet waktu pagi dan softgel di waktu malam. Harap2 lepas ni naik la balik. Takmolah kena cucuk pulak sebab semua orang kata kalau cucuk ubat kat punggung tu sakit sangat dan dalam kes aku doktor kata maybe kalau cucuk kena cucuk sepuluh kali selang sehari. Uiiii gila..takmolah. So mulai hari ni aku takmo skip makan ubat dan kena banyak makan makanan yang bleh menambahkan darah.

Korang ada petua apa2 tak untuk menambahkan darah? Kalau, ada share la ngan aku ye..

Monday, October 11, 2010

Rindu

Salam,

Lama dah tak berblog..Sebenarnya banyak juga cerita yang nak kongsi tapi tak berkesempatan nak menulis. Tetiba teringat rakan2 blogger Adia (Dah bersalin ke?), Ratna, Dni, Abg Eq, Hajarus, Izan, MakSu, Mrs. K, Ieda Al-Habsyi..huhu rindu plak nak baca celoteh korang.

Aku skang dah masuk 18minggu tapi mengalahkan orang yang 6-7 bulan pulak. Kaki selalu sangat kejang. Bila tanya kengkawan semua kata biasanya bulan ke 7 atau 8 baru diorang diserang kekejangan kaki. Kalau nak bertukar dari satu posisi ke posisi yang lain pun dah rasa sakit tapi aku still ok. Cuma doktor kata kalau ada tanda2 nak bersalin cepat2 g hospital sebab mengandung twins ni boleh jadi awal bersalin. Mintak2 aku boleh bertahan sampai 9 bulan.

Makan? Makan dah ok..semua bleh bedal tapi portionnya je sikit-sikit. Bila makan lebih, mulalah rasa perut tak selesa. Susu yang jadi favourite aku dulu pun dah ble makan. Seronok betul lalalalala...

Apa lagi nak citer ek? Ermmm..nantilah tulis lagi..nak g blogwalking jap..melepas rindu..

Tuesday, September 21, 2010

Salam Lebaran

Salam,

Selamat Hari Raya
Lama dah tak buka blog
Tetiba rindu plak kat kawan2 blogger yang lain
Amacam cuti raya?
Seronok tak berhari raya bersama keluarga?
Kami sekeluarga sangat seronok
Balik Johor dan beraya sakan
Tapi bila balik Penang, satu badan sakit
Alhamdulillah baby-baby dalam kandungan sihat
Rindu nak berblogging
Nanti bila senang kita jumpa lagi ^_^

Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada Kniedaz, Khairul, Danish & Danial

Note : Abang Eq, thanks for the Hari Raya Card... ^_^

Monday, August 23, 2010

12 Weeks now!

Salam,

The babies growth this week from babycenter

How your baby's growing (12weeks) :

The most dramatic development this week: reflexes. Your baby's fingers will soon begin to open and close, his toes will curl, his eye muscles will clench, and his mouth will make sucking movements. In fact, if you prod your abdomen, your baby will squirm in response, although you won't be able to feel it. His intestines, which have grown so fast that they protrude into the umbilical cord, will start to move into his abdominal cavity about now, and his kidneys will begin excreting urine into his bladder.

Meanwhile, nerve cells are multiplying rapidly, and in your baby's brain, synapses are forming furiously. His face looks unquestionably human: His eyes have moved from the sides to the front of his head, and his ears are right where they should be. From crown to rump, your baby-to-be is just over 2 inches long (about the size of a lime) and weighs half an ounce.

Note : Sekejap je dah 12 minggu (3 bulan)...semoga dua2 selamat dan membesar dengan sihat.. ^_^

Friday, August 20, 2010

Friday

Salam,

Minggu ni alhamdulillah badan dah kurang rasa letih dan kalau makan takla muntah balik. Cuma bau minyak goreng dan makanan bergoreng selalu buat tekak kembang dan nak muntah. Makan takla menggila tapi dah boleh telan dengan jayanya.

Teringin nak makan tauhu sumbat makan ngan sambal kicap..takmo makan ngan kuah kacang. Kena cari mangsa tolong buatkan sebab memang tak lalu makan air tangan sendiri.

Note : Danish berjaya puasa penuh sampai hari ni. Cuma first day dia puasa sekerat hari sebab tak tahan. Danial baru 3 hari ni puasa tapi puasa "yang yok". Kul 5.30petang dia minum air n makan kuih yang kami beli untuk berbuka. Hari first dia puasa, dia tak sahur pastu badan lembik dan time buka takle makan asyik muntah je. Kami pun hairan napa dia puasa hari tu sedangkan sebelum ni dia memang tak puasa. Takpela..skang ni dua2 ble puasa...

Thursday, August 19, 2010

Merdeka!

Salam,

Sempena bulan merdeka, aku dah abis baca satu buku biografi yang ditulis oleh E-Yu bertajuk Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj : His life journey leading to the declaration of Independence (1903-1957).



Buku ni dalam bentuk karikatur dan sangat menarik. Aku baca sambil digest sejarah dan ketawa sebab karikaturnya sangat menarik dan kelakar. Kisah Tunku sejak kecil sampailah dia berjaya membawa Malaya ke alam kemerdekaan diceritakan dengan begitu bersahaja.

Rupa-rupanya banyak benda yang kita kurang ambil tau tentang Tunku. Walaupun anak raja, tapi hidupnya sentiasa dikelilingi oleh orang2 biasa. Kalau korang nak cari, carilah ye..harganya RM24.90..

Note : Kan untung dok library..semua boleh baca dulu..sampai muka surat last masa Tunku laung MERDEKA! kat Stadium Merdeka, aku siap ble rasa sebak..Bertuah rasanya jadi anak Malaysia...oleh itu hargailah pengorbanan pemimpin terdahulu dan jauhkan persengketaan antara kaum..

Thursday

Salam,

Dalam bulan baik ni, apa kata kita sama2 mendengar dan membaca ayat Quran.
Just nak share satu web online Quran iaitu QuranExplorer...skang rajin buka dan recite waktu pagi..nak abiskan satu quran dalam bulan Ramadan...
Yang best, ada translation dan reciternya kita ble pilih sapa kita suka..

Selamat beramal dan berpuasa. ^_^

Monday, August 16, 2010

Monday the 6th day of fasting

Salam,

6 hari berpuasa yang sungguh meletihkan. Bukan sebab apa, sebab loya dan mual masih lagi bermaharajalela. Semua makanan yang dimakan waktu berbuka akan keluar balik. So untuk mengelakkan itu berlaku, masuk je waktu berbuka mesti aku memuntahkan isi perut yang takde apa tu.

Memilih makanan untuk berbuka dan bersahur adalah amat memenatkan sebab takde satu pun yang boleh diterima perut. Kalau nampak sedap tapi lepas makan mesti keluar balik. Susu yang amat aku gemari pun tak boleh diminum. Sekadar makan kurma 2-3 biji dan kismis. Itupun nak telan macam tak larat.

Bila makan pun kurang, waktu pagi memang sangat lemah tapi gagah juga p bekerja. Semalam tengok berita TV3 kata, orang yang berada di awal trimester pertama tidak digalakkan berpuasa jika mengalami alah teruk takut membahayakan diri tapi kalau tak puasapun aku tak boleh makan..huhu

Harap2 cepatlah hilang alah ni. Doktor kata, mengandungkan anak kembar kalau alah memang lagi teruk dari mengandung seorang baby. Waktu Danish dan Danial dulu alhamdulillah ok je. Tapi yela, orang kata setiap anak yang kita kandung tu takkan sama pembawakannya, sama macam setiap perangai yang berbeza.

Doakan aku cepat sihat. Takmolah ponteng puasa tapi at the same time nak badan sihat. ^_^

Note : Kalau aku jarang berblogging tu maknanya aku tak larat nak tengok komputer. Ok?

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan untuk kita

Salam,

Kniedaz ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan kepada semua blogger yang beragama Islam.

Semoga amalan kita diterima dan diberkati oleh Allah. Jadikan Ramadhan kali ini sebagai satu cara kita mengajar diri kita bersederhana dalam berbelanja tapi berlebihan dalam hal ibadah.

Tuesday

Salam,

Sibuk sket pagi tadi...skang curi2 jap buka blog...
tengahari tadi rasa syukur sangat
sebab ble telan nasi
janganlah gelakkan aku ye
lauk ikan temenung goreng ngan sambal tumis je
itupun setiap suapan ucap alhamdulillah
sebab boleh makan
dahsyatkan?
semoga esok boleh berpuasa sampai petang..
Aminn...

Monday, August 9, 2010

Monday

Salam,

Rasa macam nak muntah
Adoilaaaa

Note : Keje petang arini..badan letih sebab arini kena keje sampai kol 10 malam..padahal bangun pagi macam biasa tapi kena kerah keje lebih masa..

Friday, August 6, 2010

UjianNya

Salam,

Kala kehamilan kali ini, baru aku tau betapa nikmatnya dapat makan dengan penuh berselera. Nampak apa saja makanan, mulut dah kecur dan semuanya nampak sedap. Nikmatnya!

Kehamilan kali ni, nikmat makanku telah ditarik seketika olehNya. Seksanya hanya Dia yang tahu. Semua makanan tidak dapat membuka selera. Perkataan MAKAN dan MAKANAN merupakan "masalah" bagi aku. Apa tidaknya, bila teringat waktu makan mulalah berfikir apa yang boleh diterima tekak dan biasanya TIADA.

Barulah sedar betapa bertuahnya mereka yang boleh makan apa saja. Harap2 lepas trimester pertama, selera makanku akan kembali. Tak perlulah sampai selera melampau-lampau tapi cukup untuk aku dapat makan dengan hati gembira dan tidak memikirkan tentang uwek uwek selepas makan.

Dari semalam sudah terbayang masakan mak di kampung setiap kali Hari Raya. Hoh..ko ni  memang merepekla! Bayangkan aku teringat rendang daging mak yang pedas n maveles tu dimakan ngan ketupat nasi, pastu ada sambal goreng yang yum yum dan teringin nak makan nasi ambeng..manalah nak dapat kat Penang ni!

Oleh itu, sapa2 yang terasa nak makan tu, makan jela..bila dah takde selera makan, nanti menyesal pulak.

 Anggap je ianya ujian.. kena kuat untuk baby ^_^


Note : Tak sabar nak balik raya!

Thursday, August 5, 2010

Conteng...jangan tak conteng..hah..dinding tu pun conteng tau!

Salam,

OOhh..sukanya
Sukanya membaca blog Conteng-conteng ni
Ada lukisan yang comel2
Aku sangat suka
Ceritanya pun best
Tapi lukisan tu sangat membantu
Korang g check cepat
OOhhhh
Oohhh
Best sungguh!

Danial Lagik

Salam,

Keadaan mak buyung hari ni sangatlah tak larat. Kalau keje berdiri, rasanya dah collapse dari tadi. Sib baik keje dalam ofis, tak larat pun leh duduk, bersyukur di situ.

Lama tak citer pasal Danial kan. Sejak dapat tau nak dapat baby ni, dia rajin betul tanya itu ini. Kira dalam umah tu yang paling amik berat pasal mama dia ni mestilah Danial. Even hubby pun tak tanya banyak..kalau bagitau baru respon..huhu

Situasi 1
(Dalam kereta semalam petang)
Danial : Danial suka la dengan seluar yang mama belikan ni. Ada kaler hitam, merah, oren, pink..(merujuk seluar track yang dia pakai)
Tok Nani : Ye ke? Awat...tak elok ke?
Danial : Eloklah...nampak hebat je..
Kami semua gelak..hahaha nampak hebat tu yang tak tahan tu..

Situasi 2
(Semalam jugak dalam kereta on the way balik dari makan)
Danial : Abang, try eja GADO-GADO
Danish : Senang...G...A...D...O...G...A...D...O
Danial : Salah.....G...A...D...O ... DASH ... G...A...D...O
Danish pun betulkan siap sebut "Dash". Kami gelak tak ingat dalam kereta. Apalah Danial ni.

Situasi 3
Mama : Danial, mama sakit belakang la..
Danial : Meh Danial urut
Bestkan? Hehehe
Tapi bila time dia malas, dia akan kata, "Esok malamlah Danial urut mama"

Hoho...

Note : Pagi ni Danial bangun awal...lepas breakfast roti bakar baru dia mandi. Selalu gaduh ngan dia sebab dia bangun lambat, alasan dia bangun lambat ialah mimpi dia panjang sangat tu yang tak boleh bangun awal. Hoh..apa punya alasan daaa!

Wednesday, August 4, 2010

Hada Labo

Salam,

Sejak 2 minggu ni, aku telah menggunakan produk Hada Labo macam yang Ratna cerita dalam blog dia aritu. Actually saja nak try tapi taklah beli moisturiser dia yang RM50++ tu sebab aku pun jarang guna moisturiser. Aku beli pencuci muka dia dulu sebab aku nak tengok kesan dia kat muka.


The result? Wah..rasanya bagus juga..sebab sebelum ni kulit aku selalu kering kat tepi bibir ngan beberapa tempat lagi tapi lepas guna pencuci muka Hada Labo ni kulit jadi lebih lembab..taklah nampak basah tapi kulit kering dah takde lagi. Lepas tu pagi2 bila nak pakai bedak takyah nak pakai tinted moisturiser, terus sapu bedak je. Lagipun time pegnant ni aku memang malas nak bersolek bagai..huhu

Lepas ni ingat nak try plak moisturiser dia. Aku jadi excited plak sebab dia takde alkohol, pewarna dan pewangi so rasanya selamat kot untuk ibu mengandung. Kalau korang nak try, g lah cari kat Guardian Pharmacy. Harga pencuci ni RM26.90. Selamat mencuba..

Note : Thanks ye Ratna sebab wat entry pasal Hada Labo ni..hehe..asyik tertaip Haba Lado bukan Hada Labo..ngeeee

Tuesday, August 3, 2010

Masam

Salam,

Tekak ni asyik nak muntah je..
Suka sangat benda yang masam2
Semalam makan kat McD pastu curi2 sedut Coke sebab kan dia masam
Hari ni keje petang balik kol 10 malam
Sebelum g keje tadi sempat makan sebiji pelam muda
Hahaha...
Sebelum ni, tak pernah plak suka makan benda yang masam

Macam tak caya ble habiskan sebiji pelam ni..hoho

Korang ada tak pengalaman pelik time pregnant? Story2 la kat aku... ^_^

Monday, August 2, 2010

Salam Isnin

Salam,

Lama tak buka blog ni. Alah kepada blog ke? Hoho..bahaya betul..banyak benda nak citer tapi tak ada hati nak buka mana2 laman web. Hari ni kena buka jugak sebab rindu nak membaca entry2 korang. 


Kongsi sikit info yang aku terima dari seorang sahabat menerusi emel. Semoga boleh menambahkan sedikit ilmu di dada,

Dalam tidak sedar.
 
Setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini..
 
Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat..
 
Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah
 
Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
 
Diamlah sejenak,
 
buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil
 
Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah
 
Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,
 
Warhamni (sayangi aku)
 
Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya
 
Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima
 
Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..
 
Wajburnii (tutuplah aib-aibku)
 
Warfa'nii (angkatlah darjatku)
 
Warzuqnii (berilah aku rezeki)
 
Wahdinii (berilah aku petunjuk)
 
Wa'Aafinii (sihatkan aku)
 
Wa'fuannii (maafkan aku)
 
Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita
 
Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja..
 
Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu
 
Wallahualam.

Tuesday, July 27, 2010

Nisfu Syaban

Salam,

Hari ni mesti ramai yang puasa sempena Nisfu Syaban.

Riwayat yang muktabar menyatakan Hari Nisfu Sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama  setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.

Berikut adalah antara amal ibadah yang digalakkan di hari Nisfu Sya'aban:
 
1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban 1431H, Isnin malam Selasa)
   Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat
   Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
   Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghrib
i)   Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii)  Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam
iman & pohonlah segala yang baik dan munafaat.

Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x Baca doa Nisfu Sya'aban (ada
didalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah al-Ikhlas 1000x

4. Berpuasa pada siangnya

Tapi hari ni aku tak puasa sebab berasa sangat tak larat. Rasa rugi gak tapi kalau puasa mesti lembik je hari ni. Skang pun kalau dah nak petang je terus tak larat. Itu pun makan banyak kali, pagi, kul 11, kul 3, pastu sebelum malam. Peringkat awal kot tu yang rasa letih. Harap2 Ramadhan nanti boleh puasa penuh. Rugi rasanya kalau tak penuh tahun ni.

Monday, July 26, 2010

Monday & it's stories

Salam,

Pagi semua...
Mak buyung arini sihat cuma badan dah start letih je
tapi harus kuat
ni baru trimester pertama
japg bila mood menulis dah mari, aku tulis lagi panjang
nak tergelak bila Danial kata kat aku,

"Mama, bila baby dah kua, mama g la keje"
"Sapa nak jaga baby?"
"Takpe..nanti Danial suruh Kak Yon jaga"
"Kak Yon mau ke jaga baby 2?"
"Mesti dia mau...nanti Danial bagitau dia. Pastu botol susu Danial tu, bagi je kat baby, Danial dah tak minum susu dalam botol dah"
"Hahaha..ye la"

Kak Yon kata "Sapa kata Kak Yon nak jaga baby?"
Danial kata "Tu Kak Yon jaga Izudin ble"
Kak Yon kata "Sapa nak bagi gaji kat Kak Yon?"
Danial kata "Abah ngan mama la"
Kak Yon kata "Nak bagi berapa?"
Danial kata "Nanti bagila RM100"
Kak Yon kata "Seratus mana cukup..."
Danial kata "Abistu nak berapa? RM400?"

Hahahahaa...pandai tol Danial cari pengasuh adik baby2 dia

Thursday, July 22, 2010

Perkembangan Mereka

Salam,

Sudah mula bertugas semula
Tapi badan terasa letih saja
Kena kuatkan semangat 
Ni baru trimester pertama
Nanti bila larat, aku wat N3 panjang

Nak share something
Hehehe
Nampak tak ada dua amniotic sac tu?
Dua2 dah ada heart beat
^_^


Thanks Riena & Asha sebab wat N3 pasal me & the twins. Hehe

Wednesday, July 21, 2010

Good news

Salam,

Hasil bertapa di rumah dan di klinik ulang-alik, Danish & Danial bakal mendapat adik2 baru 7 bulan akan datang. Terkejut bila tau baby dalam perut twins.

Tu je nak bagitau. Bila larat aku post N3. Nak rehat lagi. Wish me all luck.

Note : Excited tapi takut gak. Ada sapa2 ada pengalaman mengandung twins?

Monday, July 19, 2010

Monday Blues at home

Salam,

Hari ni tuan punya blog tidak sihat
ada di rumah recuperate je
happy days my friends

Saturday, July 17, 2010

You r 5 now!

Salam,

N3 bergambar ni mengisahkan seorang budak yang akan menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-5 pada 18 Julai 2010...

Masa baby

Ngan Tok Nani

Macam Gegirl










Bermacam aksi Muhammad Danial Syahmi Mohd Khairul Nizam
Happy Birthday ke 5
Semoga semakin rajin dan jadi anak yang soleh
Aminn
Mama & Abah Love you

Note : Cik Lana, jangan lupa birthday Danial Ahad ni ya

Friday, July 16, 2010

Baby Boy Pulak

Salam,

Aritu aku ada wat n3 petua mendapatkan anak perempuan so ini pulak adalah sambungannya untuk mereka yang inginkan anak lelaki pulak. Bila tengah wat housekeeping mail-box baru nampak emel ni. Takpe..kita kongsi ya!

Amalan pemakanan di awal kehamilan

1. Banyakkan makanan laut dan juga daging


2. Banyakkan makanan yang berasid, kat sini maksudnya macam asam kot

3. Mengamalkan minuman kurang manis



Amalkan Surah Yusuf dan Maryam tetapi kali ni perbanyakkan bacaan Surah Yusuf.
Panggil baby dan usap perut dengan nama2 lelaki yang baik, contohnya Muhammad.
Sentiasalah berdoa kepada Allah

Satu lagi petua, kalau nak anak lelaki, berjimaklah ketika isteri kurang subur untuk mengimbangi kromosom XY lelaki dan XX perempuan. Bila kita kurang subur, kromosom XY dari sang suami akan lebih dari kromosom kita, insya Allah, melekat lah kromosom XY dalam rahim. (Belajar sains pulak ye!)

Itulah serba sedikit petua yang aku baca dan kongsi. Kita cuba la mana tahu rezeki dapat hero pulak. ^_^

Mual?

Salam,

Bila tekak terasa loya, apa yang boleh menghilangkan rasa itu? Yang ni khas untuk ibu2 yang mengandung. Yela..mana tau aku pun akan mengalaminya nanti, so bergunalah jugak kan
1. Makan Pil Zat Besi
Disarankan memakan pil zat besi ni bersama pil Vitamin C kerana vitamin c membantu penyerapan zat besi. Zat besi penting untuk pembentukan darah yang membawa oksigen di dalam badan. Kalau kurang zat besi maknanya kurannya oksigen dalam badan terutamanya dalam otak, itu yang jadi rasa pening dan loya.

2. Minum 100 Plus
Yang ni petua yang aku jumpa kat internet tapi gasnya kenalah dibuang dengan cara tuang dalam bekas lain atau penutup longgar. 100 Plus kat air bermineral yg ada garam...ia dapat menggantikan cecair yg telah keluar masa kita muntah.

3. Amalkan makan kurma
Kurma juga salah satu makanan yang mengandungi zat besi so eloklah diamalkan.


4. Makan dalam jumlah sedikit tetapi kerap. 
Maknanya pastikan ibu2 hamil ada bekalan biskut atau kurma atau apa2 yang berkhasiat untuk dikuyah sentiasa. Banyak aku jumpa org kata makan biskut kering lagi berkesan. Cubalah.

5. Hindari makanan berlemak, berminyak dan pedas. Dan amalkan teh halia untuk mengatasi rasa mual..

Itu je yang dapat aku kongsi. Nanti update lagi tentang penyakit'buatan orang' ni..daaaa!


Jumaat Nan Indah

Salam,

Renungan pagi Jumaat



"Bila kau letih dan hilang semangat, Allah tahu betapa kau telah mencuba sedaya upaya.... Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan, Allah telah mengira titisan air matamu... Bila kau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu, Allah setia di sisimu... Bila kau telah mencuba segalanya tetapi tidak tahu arah tujuan, Allah ada jalan penyelesaiannya... Bila tidak ada yang bererti buatmu, keliru dan kecewa, Allah adalah jawapannya...."

Thursday, July 15, 2010

Semua Ada...

Salam,

Kat bawah, depan kedai buku, ada banyak gerai
Ada yang jual kek
Ada jual kekacang
Ada jual baju, shawl, brooch
Ada jual air, kopok lekor
Ada jual PAU
Dari semalam nak makan tapi semalam abis
Tadi kol 2 lebih nampak ada lagi pau
beli 2
yum yum
pau inti daging
lepas ni takmo makan pau dah
sebab dah makan tadi
hehehehe

Note : Apa motif ni? Takde pape..abaikan aje..
Salam,

Info yang bagus untuk ibu2 mengandung, ingin mengandung, sudah bersalin, anak2 dara yg nak kawen dan suami N bakal suami..hehehe


Pasal Kurma

"Berilah makan buah  kurma  kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya  wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal  dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar,  bersopan santun  serta cerdas pemikirannya.."
Kebaikan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini  akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit  bayi.

Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa  melahirkan  nabi Isa a.s.Buah kurma tidak mengandungi gula  yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah  s.a.w.  Buah kurma tidak membahayakan kesihatan kerana  ianya mengandungi banyak khasiat.

Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Rumah yang tidak  ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sehat".

"Berilah  makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan,  sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih  hatinya)".

Abu Abdillah a.s. bersabda:
"Buah kurma adalah salah-satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan  pengaruh sihir".

Abu Abdillah a.s. bersabda:
"Orang  yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari  itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak  diganggu setan".

Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s.  bersabda:
"Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka  cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati"...

Khasiat Kurma
mengandungi 15 jenis garam dan mineral, kaya dengan vitamin, mempunyai kadar karbohiderat yang tinggi 44 ke 88%, kadar serat 6.4 ke 11.5%, kadar protein 2.3 ke 5.6 %, lemak dan minyak antara 0.2 ke 0.5%. Ia juga kaya dengan kalium dan magnesium serta mengandungi boron, kalsium, kobalt, besi, mengenes, fosforus, natrium dan fluorin. Selain itu kurma juga mengandungi vitamin C, B1, B2, A dan asid nikotinik.

Award Lawa Gila

Salam,

Pagi khamis ni ceria tak kawan2ku sekalian? Kalau ceria, alhamdulillah. Untuk memulakan hari, meh kita layan Award ni...
Award ni diberikan oleh CheQpPJoY..thank you so much..muah muah..



S: Suke tak award ni?
J: Mestilah suka...Blog Lawa Gila tuuu..tapi pemilik blog tak gila ye..cuma gila-gila..muahaha

S: kamu rasa blog kamu lawa gila?
J: Lawa kot tu sebab dapat award..hahaha..puji diri sendiri sket..bagi up mood pagi2

S: kamu selalu singgah di blog sape?
J: Blog2 yang ada dalam list belah kanan blog aku dan blog baru yang menarik hati..tapi takla hari2..biasanya yg rajin update la ye..apalagi..rajin2 la update so aku ble jenguk korang!

S: beri senarai blog yg 'lawa gila' bg kamu.
ceria je blog TTM neh..isinya pun kelakar gile walaupun dia cerita benda berinfo..i lap u la TTM!


Tag kpd org yang kamu rasa patut dapat award special nie.
 
 
Oklah..nak start kerja pulak. Nanti2 kita jumpa lagi. Enjoy your Award girls! 

    Wednesday, July 14, 2010

    Tercipta Untukku

    Salam,

    Yang ni pun lagu kegemaran aku sekarang. Tercipta Untukku yang Ungu feat Rossa tu. Lagu ni jadi lebih mendayu dan lebih romantik plak bila dibawa dengan melodi slow ni.

    Hubby pun suka lagu ni. Dalam akaun Youtube dia siap wat favourite lagi..hehehe..walaupun Rossa nyanyi beberapa patah lirik je, tapi sangatlah best suara dia..masuk sangat dengan lagu ni..huhu...


    Ungu feat. Rossa – Tercipta Untukku (Accoustic)
    menatap indahnya senyuman di wajahmu
    membuatku terdiam dan terpaku
    mengerti akan hadirnya cinta terindah
    saat kau peluk mesra tubuhku, oohh

    banyak kata yang tak mampu ku ungkapkan
    kepada dirimu

    reff:
    aku ingin engkau selalu 
    hadir dan temani aku
    di setiap langkah yang meyakiniku
    kau tercipta untukku

    meski waktu akan mampu
    memanggil seluruh ragaku
    ku ingin kau tahu
    ku selalu milikmu
    yang mencintaimu
    sepanjang hidupku

    sungguh hanya lah dirimu
    yang aku cintai
    dan sungguh ku kan di sisimu
    hingga ku mati

     

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...