It's You!

Showing posts with label Health. Show all posts
Showing posts with label Health. Show all posts

Wednesday, May 7, 2014

7 Habits

Salam,

Sekarang ni sedang membaca tentang diet tapi tak habis lagi membaca. Kalau buku macam tu, memnag lambatlah nak habis membaca. Sekarang ni, kesedaran untuk menjaga kesihatan tu sedang tinggi so waktu ni la sibuk membaca tentang diet la, mencari youtube latihan kardio yang mudah la. Semuanya nak yang mudah tapi nak hasil yang memberangsangkan pulak. Entah hapa-hapa entah kan?

Terbaca tentang ni, 7 habit yang menyebabkan pengumpulan lemak di badan/perut. Layan je la ye...

1. Selalu Minum Air Bergas
Ada kajian menyatakan, orang yang minum dua tin air bergas sehari akan naik 5 kali lebih cepat ukur lilit pinggangnya daripada mereka yang tidak minum air bergas dalam seminggu.

2. Penggunaan Pinggan Makan yang Lebih Besar
Gunakan pinggan yang lebih kecil dan ambil makanan mengikut keperluan badan bukan ikut nafsu. Hehe...



3. Makan Lewat Malam
Makan awal atau makan "makan malam yang ringan". Jangan terus tidur selepas makan, sekurang-kurangnya tunggu 3 jam sebelum tidur.

4. Makan Kerana Emosi
Kalau rasa nak makan, minum segelas air masak, sibukkan diri dengan aktiviti lain, sembang ke luah perasaan ke, nangis ke.

5. Melebihkan Makanan Berlabel Rendah Lemak
Kononnya sebab rendah lemak, kita makan makanan tu lebih banyak, padahal bila makan banyak tu, sama je kan?

6. Tidur Tak Cukup



7. Kurang Protein Dalam Makanan Seharian
Makan makanan tinggi protein seperti isi ayam tanpa kulit, ikan dan telur. Protein membantu menurunkan berat badan secara semulajadi.

Monday, April 14, 2014

Library & Anak-anak

Salam,

Musim cuti semester tiba lagi. Bila cuti, kampus memang sunyi...yang ada cuma staf saja. Ada la dua tiga kerat student degree yang tak balik tapi selebihnya sunyi. Library pun hanya buka setakat jam 4.45 petang saja.

Ari ni...tak sampai 10 orang masuk ke library. Kononnya nak start buat projek keceriaan tapi semuanya masih terencat otak dek terkena virus malas...hahaha....akhirnya kami hanya buat kerja-kerja pejabat je. Sangat membosankan...kalau waktu ni kami wat lawatan kerja pun bagus. Huhu...

Cuti pun tak ke mana. Cadang nak balik Penaga pun tak jadi bila pagi Sabtu tu kami berkampung di klinik. Abang Danish sakit mata...bangun pagi mata bengkak..doktor kata mungkin alergik so dapat ubat mata. Alang-alang dah sampai, buat follow up untuk kakak sekali. Kahak dah takde cuma jaga-jaga takut demam lagi.

Memang pun si kakak demam...malam semalam nak tdo dia muntah..badan panas so saya terus mandikan dia dan beri makan ubat demam. tu pun jenuh paksa.

Tengahari tadi Tok Anjang yang mengasuh diorang call bgtau dua-dua plak demam so terpaksa minta tolong adik ipar hantar balik ambil ubat diorang.

Balik ni dua-dua pakai koolfever yang saya beli tengahari tadi. Harap-harap xmelarat la demamnya. Huhu....

Friday, July 19, 2013

Mana Tempatmu?

Salam,

Tinggalkan korang untuk berhujung minggu dengan tips ini
Hujung minggu bolehlah kemas peti ais yang dah penuh
Penuh dengan pelbagai makanan lebih berbuka dan sahur
Penuh juga dengan bahan mentah memasak

Boleh tengok mana yang dah tamat tempoh atau tak boleh dimakan lagi
Bolehlah dibuang supaya ruangnya  boleh diganti dengan makanan lain

Selamat berhujung minggu semua ^_^


Wednesday, June 12, 2013

Huhu..takutnya

Salam,

Malam ni berBW sesuka hati. Saya rajin juga jenguk blog sis Peej. Seronok je baca tulisan dia yang selamba tu.

Malam ni kat blog sis Peej cerita pasal kulit muka. Dia ada bagi satu link ni, blogger kat Singapura yang mukanya jadi sangat hodoh selepas buat satu treatment kat satu salon ni. Kalau rajin, tengoklah kat SINI.

Gunakan jenama yang dikenali dan terbukti selamat.


Dahsyat sungguh. Tetiba jadi takut nak guna bahan kecantikan ni. Saya pun memang tak pernah buat facial dan tak terasa nak buat pun. Selalu juga tengok orang buat dan terasa nak buat tapi tak pernah jadi buat. Banyak betul buatnya hehehe.

Jadikanlah ikhtibar.

Tuesday, June 4, 2013

Klinik Oh Klinik

Salam,

Hari Ahad yang baru lepas ni, di Penang hujan dari pagi hingga ke petang. Sekejap gerimis, sekejap hujan lebat. Alkisahnya, kami menghadiri kenduri kahwin kawan UiTM saya dalam keadaan hujan lebat. Pakai comel-comel pun kena hujan juga.

Bila hujan di hari kenduri, mestilah kurang selesa tetapi sebab dah lapar, makan juga dalam keadaan sejuk. Danish, Danial, Yani dan Yani siap berbaju sejuk lagi. Macam gi Genting pulak. Oleh kerana Yani dan Yana masih belum baik selesema dan batuk, selepas makan kenduri kami singgah di Kids Carer, Children Specialist untuk check-up.

Kali ni gi klinik dua-dua sangat behave. Masa nak timbang berat badan tak perlu lagi didukung mama, tetapi naik sendiri di atas penimbang tapi dengan bantuan seekor dinasor yang diletakkan atas penimbang. Kalau tak, tak mau naik juga.

Waktu jumpa doktor, dua-dua tak menangis. Kalau dulu, bila doktor sua stetoskop je terus nangis. Dua-dua pandai nganga mulut tanpa bantuan kayu aiskrim doktor...hehehe. Hasil pemeriksaan, Yana terpaksa diberi nebulizer kerana ada kahak. Salah satu sebabnya saya rasa sebab dia tak pandai nak hembus hidung untuk keluarkan hingus sedangkan Yani pulak pandai menghembus hidung. Mungkin itu sebabnya. Waktu nak nebulized pun Yana tak nangis dah. Steady je.

Tapi yang tak bestnya, dua-dua takut makan ubat. Bila keluarkan ubat je, mencicit lari sembunyi. Bila tanya "Sapa nak makan ubat dulu?", masing-masing tolak-menolak. Kelakar, macam budak besar pulak. Kadang-kadang siap bagi ayat "Kakak/Adik dah baik. Takmo makan ubat" Huhu..punyalah bijak anak-anak sekarang ni ya!


Diorang suka gi klinik ni sebab ada banyak mainan. Hahahaha...

Wednesday, May 8, 2013

The Good vs The Bad

Salam,

Selalunya, yang tak baik tu la yang kita suka
Ye tak?

Klik gambar untuk tumbesaran yang lebih sihat

Tuesday, March 5, 2013

Belly Dancing Nak Pakai Baju

Salam,

Saya tengah tercari-cari
Jenis senaman
Untuk mengurangkan ukur lilit perut
Sebab
Saya sudah makin mengembang
Macam kuih pau
Saya juga nak start amalkan
Puasa sunat Isnin dan Khamis
(atau salah satu..huhu)
Saya nak perut leper
Huhuhuhuhu

Banyak baju tak muat camni...aduila....makan tak ingat kot?

Just for laugh...kalau lama tak eksesais janganlah berangan buat yang susah..lari setempat je dulu kot...


Nota Kaki : Betul ke orang yang bersalin Casear susah nak turunkan lilit perut? Saya sejak lahirkan si kembar tak pernah berurut lagi dan perut memang naik. Ni nak try senaman ringan dulu seba rasa tak selesa la pulak..huhu....ada tips dari kawan2 tak?




Tuesday, December 4, 2012

Safi tu Skinz

Salam,

Sekarang ni, kulit muka saya sudah menjadi kering. Mungkin faktor usia juga yang menyebabkan kulit muka pun menjadi semakin kering. Dulu, kulit saya lebih kepada normal/berminyak di bahagian T-Zone tapi sekarang semakin kering hingga nampak kulit kering dan mengelupas. Adui la...

Sebelum ni saya pakai pencuci muka jenama Safi dengan Sari Mentimun untuk menyegar dan melembab tu. Pakai yang tu selalunya kulit muka ok je tapi beberapa bulan ni kulit jadi kering pulak. Lepas tu bila pencuci muka dah habis, saya guna mak saya punya pencuci muka,  Safi Rania Gold. Pun tak sesuai dengan muka saya. Lagi kering kat tepi mulut dan dahi.

Dulu, pencuci muka Safi ni yang saya guna, murah dan berkesan


Waktu bercuti di rumah SIL di Putrajaya Deepavali yang baru lepas ni, saya telah menggunakan pencuci muka milik SIL. Sekali pakai, kulit jadi lembut dan tak tegang. Rasa macam, wah...tak kering dah muka lepas cuci. Apa lagi, terus belek jenama apa..rupa-rupanya jenama SKINZ Infinite yang model dia Nurul tu. Serius, pakai sekali dah rasa lembab kulit muka.


Sekarang, dah tukar kepada yang ini pula. Best!

So, minggu lepas waktu jalan-jalan di Tesco, saya sambar satu pencuci muka Skinz Infinite HydraClean Cleansing Cream. Formula bebas sabun yang tidak mengeringkan kulit wajah kita. Sekarang, lepas mandi je, rasa kulit muka lembut dan alhamdulillah kering di muka sudah berkurangan.

Lepas ni nak cuba SKINZ Infinite NightFix Replenishing Cream pula. Sebab apa night cream dulu? Kenapa tak day moisturizer? Sebabnya, kan malam waktu yang paling bagus untuk kulit muka memperbaharui sel kulit so nak cuba adakah produk ni memberi kesan yang optimum untuk pemakainya. Lagipun, sekarang saya menggunakan Olay Natural White Lotion. Dah lama guna dan rasa serasi dengan muka so takmau la tukar lagi.

Nanti, nak try yang ini pula..


Bila dah jumpa jenis yang sesuai dengan wajah, rasa malas nak tukar lagi. Tukar pun bila kulit wajah mula berubah keadaan disebabkan usia. Bagi saya, produk mahal tidak menjanjikan hasil yang berkesan. Ia bergantung kepada kesesuaian kulit wajah kita kepada sesuatu produk tu. Kadang-kadang, saya cuma cuci muka dengan sabun mandi/shower cream je...toyoh je dengan tuala basah...hehehe..jangan ikut cara saya kalau korang memang menitikberatkan kecantikan kulit ya...Selain produk, saya yakin pemakanan dan cara hidup kita juga memainkan peranan penting dalam menjaga kecantikan. Korang macamana pula ya?

Nota kaki : Tapi kan sebenarnya, Safi & SKINZ adalah keluaran syarikat yang sama iaitu WIPRO-UNZA. Jika begitu, tak salah lah kulit saya memilih jenama...balik-balik dia pergi ke kaum kerabat dia juga. Mungkin saya sesuai dengan produk keluaran mereka kot..hehe

Wednesday, November 14, 2012

Tolong Daddy Ziyyad & Doktor Lain...Soalan nih

Salam,

Hari ni kena balik awal sikit rasanya. Nak bawa Yana jumpa doktor pakar kanak-kanak. Dah dua hari ni bila bangun pagi dia tak boleh nak jalan. Bila berdiri je kaki menggeletar dan tak steady. Bila dah tengahari baru dia boleh jalan. Sebab bila dia nak jalan dia rasa takut jatuh, dia prefer merangkak dulu baru bangun berjalan. Sangat risau. Daddy Ziyyad boleh bagi diagnosis awal tak kenapa boleh jadi macam tu?

Nota kaki : Berdoa agar tak ada perkara yang buruk berlaku pada anak mama yang sorang ni. :(

Thursday, November 8, 2012

Angan Dietku Musnah

Salam Pagi,

Dah breakfastkah korang rakan-rakan bloggerku sekalian? Saya sudah...sebungkus bihun goreng dan secawan Nescafe 3 in 1 Mild. Walaupun mild, tapi kepala dah rasa sakit pulak. Milo Fuze kat pantry dah habis, yang tinggal Nescafe je so nak tak nak minum tu je la.

Lepas tu ada 2 kotak susu coklat Dutch Lady si Danial semalam yang dia tak mau sebab kotaknya kemek. Salah dia juga...pi bubuh susu kotak tu dalam timbunan buku teks yang baru dapat semalam. So, hari ni mama boleh minum susu Dutch Lady Coklat ni..hehehe.

Pagi ni kita cerita pasal diet ok tak? Semalam jalan-jalan kat blog MyRillys ni. Dia cerita pasal diet mengikut jenis darah, maksudnya kalau kamu darah A contohnya diet macamana yang sesuai. Saya pun klik kat pautan yang Sis Rillys bagi. Saya copy paste kat bawah ni ya... Yang ni untuk darah jenis A...sayalah tu.


Diet Untuk Golongan Darah 'A'
Dr. Peter J.D'Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit.
Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut. Menurut beliau lagi, golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain.
Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan. Selain itu sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas.
Individu dengan jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu kacang soya.
Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.
Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.
Ciri khas individu jenis darah A:
  • Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
  • Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
  • Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
  • Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
  • Cukup beristirehat
Oh...my favourite

Yang ni pun



Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Air putih dicampur jus limau nipis dan oat
Snek: Jus anggur / kopi
Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba
Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau
Makan Malam: Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba

Tapi...tapi..tapi...

Semua makanan yang sepatutnya Darah A tak boleh makan banyak adalah kegemaran saya. Saya adalah penggemar daging tegar. Daging lembu, kambing adalah kegemaran saya hokay. Pastu saya sangat sukakan susu. Kalau dapat sekotak susu 1 liter tu, sekejap je habis kat saya.

Kalau macam ni, punahlah harapan saya nak berdiet. Huhuhu...Kalau macam ni gayanya, saya kena eksesais lebih sikit la...aci tak?

Try la check korang punya jenis darah dan diet yang sesuai. Boleh gi kat sini.

Nota kaki : Tak suka minum air masak walaupun tau kebaikannya. Macamana tu?

Monday, October 15, 2012

Macam Apek...Jalan Tutup Matakah?


Salam Isnin,

Tengah buat kerja ke tu? Sambil-sambil bekerja tu boleh la kot jenguk-jenguk baca entry bloggers di alam maya ni kan. Letih juga mata mencerun dok tengok buku-buku dan invoices ni.

Tiba-tiba teringat cerita Ali Baba Bujang Lapok pulak. Lepas tu ingat pulak kat apek yang jadi tukang jahit yang jahit badan Kassim Baba tu. Seronok kan cerita tu. Walaupun ulang-ulang banyak kali tapi tetap nak tengok jugak. Tak lapuk dek hujan tak telan dek zaman, very entertaining gitu.


Nak jadi mat spek la pulak dia

Sebenarnya nak cerita sikit pasal abang Danish saya. Sejak dua menjak ni dia suka tonyoh mata dia. Gosok tak mau-mau. Selalu juga kena marah sebab bila dia gosok mata tu sampai merah menyala mata. Lepas tu keliling mata sampai jadi kering. Memang la dia ada eczema tapi nampak teruk bebenor la pulak. So, aritu kami sekeluarga di klinik.

Bila masuk bilik doktor je doktor dah tanya, ada masalah penglihatan tak? Sebab doktor perasan dia suka sepet-sepetkan mata bila nak adjust cahaya. Doktor nasihatkan kami pi check power mata dia sebab takut kalau dia selalu paksa mata dia tengok benda sampai sepet2 mata tu, mata akan cepat rabun. Danish pun kan suka tengok tv dekat2 dan main games dan berfacebook selalu tu yang jadi camtu. Balik klinik kami singgah kedai cermin mata dan check mata dia. Memang sah dia dah nak rabun cuma power masih rendah so kami tak buat lagi cermin mata kat dia. Tak lama lagi memang kena buat dah. Jadilah dia si mamat bermata empat macam mama dan abah. Sian dia...nanti tak bolehlah nak main bole sepak..huhu...

Dia punya takut nak check mata. Banyak betul tanya...dia ingat nak check mata tu kena cucuk mata ngan jarum kot...huhu...bila time nak check banyak betul tanyanya. Masa letak muka kat mesin tu siap gelak-gelak pulak sampai gegirl tu cakap "adik..duduk diam2...jangan ketawa" .

Bila dah selesai je dia senyum lebar sebab bukan kena cucuk ke apa. Yang tak tahan tu tanya pulak kat saya, "Mama...kenapa dalam mesin tu ada gambar rumah..kenapa tak gambar lain?" Ish..ish..tak yah la tanya soalan camtu...mama pun tak tau Danish ooiiiii...

Lama dah saya dapat satu petua dan doa yang dihantar oleh kawan-kawan pejabat...mentang-mentang saya ni rabun, hahaha...aritu ada beli baby carrot untuk buat petua ni. Sampai rumah simpan la dalam peti ais. Esoknya ingat nak buat la sekali tengok baby carrots dah selamat jadi sup sayur, MIL punya penangan....hahaha...makan sup baby carrots pun aci kot..hehe..

So, saya share kat sini..mana tau ada kawan2 di luar sana yang ingin mencuba. Insya Allah berhasil. Saya pun nak cuba juga. Harap2 tak jadi sayur campur pulak baby carrots saya lepas ni..  ^_^


Monday, October 25, 2010

Syukran!

Salam,

Hari Isnin...seronok! Bukan sebab apa, tadi g klinik amik darah lagi. Sejak dari umah dok berdoa bagilah FBC naik. Masa hantar darah ke makmal, rasa berdebar2 je. Kalau darah makin turun, sure kena suntikan Imferon. Takmolaaaa...So bila dapat result tadi rasa seronok sebab dari HGB8.7 dah naik ke HGB9.6...alhamdulillah..

Lepas ni kena rajin makan ubat ikut time n makan/minum makanan bervitamin C untuk bantu penyerapan zat besi dan makan makanan yang mengandungi zat besi yang banyak. Juga...jangan langgar pantang larang makan zat besi terutamanya makan/minum makanan yang boleh memotong zat besi..contohnya susu.

Sekarang, kalau dah minum susu, kenlah tunggu 2 jam lepas tu baru makan ubat. Rugi rasanya kalau makan ubat tapi rupa-rupanya khasiatnya dah takde. Hehehe..

Minggu depan kena g Hospital pulak untuk check kandungan dan scan. Kalau ada rezeki, ble la nampak jantina baby-babyku. Semoga semuanya baik-baik sahaja, aminn..

Tuesday, October 12, 2010

Darah Rendah

Salam,

Hari ni g klinik wat check up kandungan. Pastu kena wat ujian darah lagi sebab bulan lepas tahap darah aku rendah, 9.6. Tapi bila check hari ni, lagi drop jadi 8.7 pulak. Sebelum ni Doktor bagi iberet untuk menambahkan darah tapi aku alah betul ngan iberet sampai doktor tukar ke softgel pulak. Sebab darah makin rendah doktor syor aku makan iberet waktu pagi dan softgel di waktu malam. Harap2 lepas ni naik la balik. Takmolah kena cucuk pulak sebab semua orang kata kalau cucuk ubat kat punggung tu sakit sangat dan dalam kes aku doktor kata maybe kalau cucuk kena cucuk sepuluh kali selang sehari. Uiiii gila..takmolah. So mulai hari ni aku takmo skip makan ubat dan kena banyak makan makanan yang bleh menambahkan darah.

Korang ada petua apa2 tak untuk menambahkan darah? Kalau, ada share la ngan aku ye..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...