It's You!

Monday, February 23, 2009

Cold Blue Midnight


Title : Cold Blue Midnight
Author : Ed Gorman
Date Reread : February 2009
Genre : Thriller,

Peter Tapley seorang anak hartawan yang hidupnya dikongkong oleh ibunya sendiri dari kecil sehinggalah berumahtangga. Jill isteri Peter tetap bekerja sebagai jurukamera walaupun ditegah oleh ibu mertuanya. Peter kemudiannya mula membunuh wanita2 yang ditemuinya untuk kepuasan diri tapi akhirnya dia telah ditangkap dan disabitkan bersalah lalu dihukum mati di atas kerusi elektrik.

Walaupun beberapa tahun telah berlalu, ibu mertua Jill tetap berdendam dengannya dan menganggap Jill adalah punca Peter menjadi pembunuh. Dia sanggup mengupah pembunuh upahan untuk membunuh Jill. Jill kemudiannya dituduh membunuh rakan kongsinya dan akan dibicarakan.

Tanpa pengetahuan sesiapa, pembunuh upahan yang diupah oleh ibu mertua Jill itu sebanarnya ialah Peter. Sebelum hukuman dijatuhkan kepadanya, dia telah berkomplot dengan peguam keluarganya untuk merasuah pihak2 yang terbabit dalam urusan hukum bunuh untuk melepaskan dirinya. Dia menjalani pembedahan plastik untuk mengubah rupa parasnya dan menjadi pembunuh yang lebih kejam daripada sebelumnya.

Peter menaruh dendam kepada ibunya yang selama ini mengongkong hidupnya dan dalam masa yang sama terlalu obses dengan membunuh sehingga tidak teragak2 membunuh sesiapa sahaja yang menghalang keinginannya.

Note : Sebab cerita thriller & gruesome, kniedaz baca tak sampai 3 hari, hehehe. Novel camni memang favourite sampai leh dapat bayangkan apa yang pengarang ni tulis. Tapi sayang saya jenis tak pandai nak olah balik apa yang saya baca. Ada dalam kepala otak je...huhu..next The Haunting of Josie by Kay Hooper, my favourite novel this month!

6 comments:

  1. okeh la tu olah..sentiasa lah mengolah..

    pemain bola bila tua dah tak larat..
    pilot bila tua dah bersara..
    org suka menulis bila tua semakin hebat...itulah pena!

    ReplyDelete
  2. insya allah...teringin jadi penulis hebat...tak hebat di mata orang hebat dalam diri sendiri cukuplah..

    ReplyDelete
  3. Salam,
    Suka baca book's review di sini.. thanks for sharing! :)

    ReplyDelete
  4. hai Crystal,
    sila la sila baca
    share sikit2
    *wink*

    ReplyDelete
  5. kak! nanti kalo dah buat buku saya mesti order punye...

    ReplyDelete
  6. KB,
    hehe..selalu tulis novel tp separuh jalan stuck..ada sekali hantar kat publisher pastu diorang suruh wat penambahan tapi akak takde masa nk wat..huhu..last2 terbengkalai..insya Allah lain kali plak.

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...