It's You!

Tuesday, February 24, 2009

The Haunting of Josie

Title : The Haunting of Josie
Author : Kay Hooper
Date Read : February 2009
Genre : Thriller

Josie seorang guru yang mengambil cuti selama setahun telah menyewa sebuah rumah di kawasan perkampungan untuk mengumpul bahan kes untuk membela kematian bapanya yang dituduh menyebabkan kebakaran dan kematian di hotel miliknya 20 tahun yang lalu.

Rumah yang disewanya itu merupakan sebuah rumah agam yang dimiliki oleh penulis terkenal yang telah mati membunuh diri 50 tahun yang lalu. Di rumah itulah dia bertemu dengan seekor kucing hitam bernama Pendragon dan tuan rumah sewanya Marc Westbrook yang sentiasa menemaninya di rumah tersebut.

Josie mula didatangi oleh hantu penulis yang mati membunuh diri (Luke Westbrook) di rumah agam itu. Lebih memelikkan lagi Pendragon seolah-olah menjadi perantara antara Josie, Marc & Luke. Josie mula menyiasat tentang kematian Luke dibantu oleh Marc dengan hasrat dapat membantu roh Luke yang tidak aman.

Dalam masa yang sama Marc jatuh cinta kepada Josie tetapi Josie pula tidak dapat menerima Marc pada mulanya kerana terlalu takut dikecewakan lelaki. Akhirnya mereka dapat membantu Luke membuktikan dia tidak membunuh diri dan mencintai satu sama lain.

Nota : Paling best waktu Pendragon si kucing hitam yang bijak. Oleh kerana Josie berambut merah dan didampingi kucing hitam, Josie pernah mengaku kepada Marc yang dia seorang ahli sihir. Cerita ni best sebab kelakar dengan watak Josie & Marc yang suka bercakap dengan Pendragon. Romantik sebab Josie & Marc sungguh serasi dan memahami dan seram sikit bila watak Luke menjelma pada waktu2 tertentu. Loved Kay Hooper!
Next, Hunting Fear by Kay Hooper.

12 comments:

  1. OMG! I haven't finished my Nicholas Sparks! Too busy with work.

    Tak cukup di ofis, sambung di rumah. :(

    Hard cover ke buku ni?

    ReplyDelete
  2. hehe
    ye ke...
    I read everywhere i can except toilet...hahaha
    no..its paperback

    ReplyDelete
  3. kb,
    bukan librarian...pembantu je..kat uitm penang

    ReplyDelete
  4. Oh hebat gak akak ni. Dah ada family pun dah banyak buku dibaca ye. Orang suka baca susah kena stroke tau :D

    ReplyDelete
  5. sy ada gak cita2 nak buka library...suatu masa nanti...

    kalo tak dapat library dapat buka reading room pun okey...

    ReplyDelete
  6. akak teringin nak buka kedai buku yg siap ada kafe utk pelanggan lagi..huhu..berangan bila nak jd kenyataan...hehe

    ReplyDelete
  7. ha ah kak...saya pun ada gak pikir mcm tu...air airkon...ada comps utk surf...dan ada meja...nak duduk...ada karpet..nak menirap...ada minum2 dan makan kueh2 sikit...

    huh...best kalo dapat buat...

    ReplyDelete
  8. huhu..best tu..pastu ada water landscape yg best..biar orang masuk tak mau kua..hehehe

    ReplyDelete
  9. faisal,
    dah hobby dari kecik dulu
    sampai skang dah ada anak pun tetap sama..*wink*

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...