It's You!
Thursday, March 19, 2009
Wednesday's Child
Title : Wednesday's Child
Author : Eloise Millar
Date Read : 1st March - 6th March 2009
Jane & James Robert, adik-beradik yang selalu didera oleh bapa mereka yang bekerja di kilang memasang kereta. Selalunya mereka akan didera teruk pada setiap hari Rabu: waktu bapa mereka Dick Roberts letih dengan kerja overtime.
Dalam novel ini, Jane yang berusia 8 tahun menjadi tukang cerita. Dia menceritakan bagaimana abangnya James melarikan diri daripada rumah untuk mengikut ahli sarkas dan bagaimana dia menghadapi sikap panas baran bapanya seorang diri. Selain itu, terdapat konflik yang melanda keluarga mereka : Makcik Annette yang ketagihan arak dan kehilangan anak akibat ketagihannya tetapi amat memahami Jane & James, Granny B, nenek mereka yang cemburu dengan kedatangan besannya dan ibu mereka yang terpaksa dirawat di hospital kerana sakit. Jane bercerita bagaimana dia menahan sakit dipukul bapanya dan perasaannya apabila terpaksa berhadapan dengan bapanya yang panas baran.
Ceritanya berkisar di sekitar kehidupan Jane sebagai seorang kanak2 yang sentiasa berada di dalam ketakutan dan hidup di dalam keluarga yang bercelaru. Apabila abangnya melarikan diri, ibu dan neneknya terpaksa menyembunyikan Jane daripada pihak polis untuk mengelakkan dia dibawa ke rumah kebajikan. Walaupun James akhirnya ditemui semula, dia bersikap suka memberontak dan mula mencari gaduh dengan Jane.
Note : Cite ni takde ending sebab dia tergantung sampai klimaksnya Dick Robert keluar dari rumah selepas memukul James sebab James mencuri. Tapi at the end ibu Jane menerima kembali Dick Robert kerana masalah kewangan. Lama nak tulis tapi takde waktu luang untuk menaip. Lepas ni review "Santa Cruise" by Mary & Carol Higgins Clark. Sekarang tengah baca "Obsession" by Jonathan Kellerman.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
singgah..
ReplyDeletesalam KB...
ReplyDeletemusim malas menulis nih