It's You!

Saturday, July 4, 2015

A Reminder

Salam,

Stumbled this on FB
The last sentence is "Kalau dia sudah tidak peduli, jangan ditanya ke mana dia pergi" something like that..

Sekejap je dah sampai pertengahan Ramadhan
Bila meningkat usia, kehadiran Syawal bukan sesuatu yang terlalu mengujakan
Teringat zaman kanak2, betapa rindunya dan terujanya kita menanti hari raya, bunyi mercun dan meriam seawal Ramadhan pertama biasanya amatlah dinantikan...sekarang, kalau kita dengar org main mercun awal pun kita dah terfikir, 'excited sangat...baru puasa dah main mercun'. Padahal, sebagai kanak2 dulu, kita sangat menantikan saat itu

Amat biasa bagi kita juga, suka teringat kisah lama, peristiwa atau kenangan yang telah berlalu. Waktu itu, kalau boleh, kita nak kembali ke masa itu, mengulangi perkara yang menyeronokkan dan memperbetulkan kesilapan yang lalu. Life must go on. Kenangan itu simpan Saja kemas2 dalam hati. Ada waktu dan ketika, kita imbau kembali sebagai kenangan dan iktibar.

Eh...melalut pula saya pagi2 ni. Perut dah kenyang, otak pula ligat terfikir pelbagai hal dari masa silam hingga kini. Selamat berpuasa kawan2...semoga ibadah kita hari ini, diterima Allah, insyaAllah.

4 comments:

  1. baca yang no 6 tu aduhhhh...terkena kat diri sendiri...huhu...

    ReplyDelete
  2. Lumrah sebagai manusia begitulah. Jadi bila diingatkan seperti WA ini ada sedikit tersedar dari kealpaan.

    Cepat dah masuk 10 akhir ramadhan kan..

    ReplyDelete
  3. dulu x sabar nak tunggu hujung hujung ramadhan sebab masa tu ayah dah start pasang pelita dan dah boleh start main bunga api...sekarang dah berumur ni klu main bunga api org cakap buang tebiat pulak :-)

    ReplyDelete
  4. Wah, saya suka No.2, No.5 dan No.6. Macam sendiri baling batu, kena muka sendiri. Kah3x.

    Betul tu, Ida. Dah tua-tua ni, takda istilah teruja nak raya. Dengar bunyi mercun pun bingit telinga ni. Tak sempat beli pakaian raya untuk diri sendiri pun takpa. Sekarang ni pun cuma pentingkan anak-anak semoga mereka pun ada kenangan terindah ketika menyambut kedatangan Ramadhan dan Syawal bersama ibubapa dan keluarga macam kita dulu-dulu ~_^

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...