Salam,
Setiap hari, akan kulihat wajahnya di tepi jalan. Gigih dengan tugas sehariannya. Sesekali dia berhenti melemparkan senyuman kepada kereta yang lalu lalang. Tidak perasankah mereka akan senyumannya itu. Janganlah laju sangat kereta itu. Kasihanlah kepadanya.
Sebentar kemudian dia akan meneruskan rutinnya. Sebelum melintas jalan, dia dengan hati2 memerhati lalu lintas, takut ada kereta atau motor yang tidak perasan akan dirinya. Langkahnya diatur perlahan.
Aduh...sayu melihat kegigihannya. Bagiku usia sebegitu hanya layak duduk di rumah. Tapi mungkin ada lagi mulut yang perlu disuap di rumah, ada lagi bil yang perlu dibayar. Melihat wajahnya mengingatkan aku kepada arwah abah. Mungkin begitulah abah mencari rezeki untuk kami dahulu.
Siapakah lelaki itu?
Dia hanyalah seorang tukang sapu yang gigih menceriakan kawasan perumahan kami setiap hari. Aku menghargai mereka kerana aku juga anak TUKANG SAPU sahaja.
Mak masih lagi bekerja sebagai tukang sapu di kilang di Batu Pahat. Awal tahun depan dia akan pencen dan sudah membuat perancangan untuk bercuti panjang di rumah anak2 perempuannya...aku SUKA!
Arwah abah juga pernah bekerja sebagai tukang sapu. Selepas jatuh sakit dan tidak lagi berupaya membuat kerja2 pembinaan (abah dulu kontraktor , berbagai kerja dilakukan untuk menampung kami.
Adakah aku malu? Oh..tidak..aku bangga mak dan abah berjaya mendidik kami berempat. Jasa mereka akan kukenang sampai bila2. Sebab itu aku amat menghargai kerja2 tukang sapu dan pekerja am di mana2 aku pergi.
Note : Selamat Ulang Tahun ke-54 untuk mak, Hamadah Markasan. Jasamu akan sentiasa kukenang. I love you..muahhh
semoga ur mak dipanjangkan umo dikurniakan kesihatan yang baik dirahmati Allah dan bahagia dunia wal akhirat, amin.. :)
ReplyDeleteBig Fish Moment with Pizza Hut
semoga mak dipanjangkan umur n dimurahkan rezeki. tukang sapu? tukang cuci? abah wa slu pesan, mereka yg mmbuatkan hidup kita lebih selesa. :) n im vr proud of u sis. hugs
ReplyDeletewith respect :)
dni ~ terima kasih..aminn
ReplyDeleteFrodo ~ yep..belajar menghormati orang lain daripada orang yang rapat..thanks ^_^
ReplyDeletetakde apa yang nak dimalukan...yg penting kita bahagia dengan rezeki halal secebis tu
ReplyDeletehemy ~ betul tu.. ^_^
ReplyDeletehappy birthday buat mak, moga sentiasa ceria dan sihat selalu :)
ReplyDeletewalau apa pon profession seseorang, kita wajib menghormati.. kan? =)
ReplyDeleteMak su ~ terima kasih bagi pihak mak :)
ReplyDeleteroronoa zoro ~ betul tu..
ReplyDeletesiapa pon dia, keja ape pon dia..yg penting dia tetap ibu bapa kita yg kita harus hormati..x kisahlah keja ape pon kan..semoga ur mum di murahkan rezeki n dirahmati dunia akhirat..amin..proud of u too =)
ReplyDeleteQellissa ~ thanks Qel..its so true
ReplyDeleteHappy birthday to your mom.
ReplyDeleteKalau bukan mereka siapa lah kita ni. Betul kan?.