It's You!

Tuesday, December 3, 2013

Cute!

Salam,

Hehe..ramai gak komen tentang entri tegur tu ya. Sebenarnya, saya sedar saya ni berisi, semalam tu rasa sentap sikit la tapi lepas tu rasa berkobar-kobar pulak nak bagi kurus sikit. Bak kata member ofis, gemuk/berisi sikit takpe janji perut kempis. Hehe..agreed! Saya pun redha je la tapi bukan setakat redha tapi kena bagi jalan untuk lebih sihat. Insya Allah.

Ok..takmo fikir benda yang boleh bagi kita down. Nak happy..happy je. Salah satu perkara yang membuatkan saya happy ialah dua budak kembar, Yana dan Yani. Sekarang ni diorang baru baik demam, cuma batuk je tinggal. Yana dah takde suara dah, serak macam Ella dah pulak. Yana senang makan ubat, so kalau nak makan ubat, dia sendiri minta dan pam ubat masuk picagari. Kami cuma monitor sukatan lepas tu dia sendiri tekan picagari. Sangat senang.

Yani pulak sangat susah dan seksa nak bagi makan ubat. Pujuklah macamana sekalipun, tetap tak jalan. Kami akan kata "Kakak pandai, mehlah makan ubat..." dia akan jawab "Tak pandai! Takmau makan ubat". Kalau kita kata cantik, dia kata Tak Cantik! Kalau kata kakak comel, dia kata Tak Comel! Huhu...

Saya suka penampilan baru mereka, berambut pendek. Comel je pulak hehehe..Nanti bila pandai urus diri, baru la boleh berambut panjang semula.

Sebelum

Selepas


14 comments:

  1. hihihi...Yani susah nak makan ubat ye.. ada je helah nak ngelak makan ubat kan? pujuk2 pun tak jalan..hehe...makin comel budak berdua ni...:):)

    ReplyDelete
  2. comelnya dua2 rambut pendek...:)

    ReplyDelete
  3. Lagi terserlah ketembamannya..ha ha

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum!
    Kesiannya tengok Yana dan Yani...batuk yer..
    makanlah ubat...nanti ceria la balik...

    ReplyDelete
  5. muka rambut panjangtu nakal sesangat tapi cute betoiler... geram ..
    bila dah rambut pendek cam baik bebenoler pulak...
    alahai bijak2 anak2 sekarangni...

    ReplyDelete
  6. gambar selepas, siapa tu yana ke yani yang dok mata macam lepas menangis aje tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas nanges ke? kau buat dia nanges eh?

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Biasalah kalau pagi dia mesti nak nangis dulu...hobi huhu

      Delete
    4. kau gertak dia? wah wah wah korang. apa yang kau gertakkan?

      Delete
    5. Si Yani ni manja terlebih...dia buli adik dia pun dia yang nangis...kadang tu dia tak nangis tapi sebab dia buli adik dia, kena marah, dia nangis la...propa hahaha

      Delete
    6. memang propa. hahaha. kalau kat rumah aku pulak, aku gelarkan Drama Queen.

      Delete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...