It's You!
Thursday, April 2, 2009
Do You Remember the First Time?
Title : Do You Remember the First Time?
Author : Jenny Colgan
Date Read : March 2009
Genre : Fiction
Flora seorang Akauntan berusia 31 tahun yang mempunyai segalanya: boyfriend, wang, kerjaya dan rumah. Tetapi masalahnya ialah dia masih lagi memikirkan tentang zaman remajanya: usia 16 tahun di mana dia merasai cinta pertama, ciuman pertama dan zaman sekolahnya.
Ketika menghadiri majlis perkahwinan rakan baiknya, Tasha, Flora bertemu semula dengan bekas teman lelakinya di sekolah dahulu, John Clelland. Serta-merta ingatan tentang zaman remaja menjelma. Kerana terlalu obses dengan zaman remajanya, dia telah memasang hajat untuk kembali ke usia 16 tahun ketika Tasha memotong kek perkahwinannya.
Next thing she knew, dia dah kembali ke usia 16 tahun sebulan sebelum perkahwinan Tasha berlangsung. Lebih menyukarkan, tiada siapa yang mengenali Flora yg berusia 31 tahun kecuali teman baiknya Tasha, boyfriendnya Olly dan John.
Walaupun sudah kembali ke usia remaja, kehidupan Flora masih seperti dulu: menjadi remaja yg sering dibuli dan tidak popular di sekolah. Dia juga berhadapan dengan konflik ibu bapanya yg diambang perpisahan. Dia berhasrat untuk mengubah sejarah hidupnya dan keluarga. Dalam usaha Flora dan kawan2nya mencari jalan untuk mengembalikan Flora ke usia sebenarnya, Flora telah berpacaran dengan adik John, Justin.
Note ; Lawak ceritanya tapi ketaksuban Flora nak kembali ke usia remaja buat aku terfikir, kalau boleh berundur ke usia remaja, nak ke aku berbuat begitu? Nope..once is enough for me...tak taula orang lain. Hehehehe.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
saya nak kembali. nak buat SPM sekali lagi :)
ReplyDeleteada perkara nak..
ReplyDeletesaya selalu ingat yng pertama juga...
yg terakhir pun ingat juga..
yg tengah2 pun ingat juga...
Faisal & KB,
ReplyDeletekalau ikutkan memang suma nak kembali ke zaman remaja..tapi takut perkara yg dihajati tak tergapai jd lebih teruk plak..hehehe...