It's You!

Wednesday, October 31, 2012

Sandy

Salam,

Pagi-pagi kita cerita pasal cuaca pulak lah ye. Kat sini semalam petang hujan lebat ngan angin ribut sekali. Waktu tu dalam jam 4 petang lebih. Memang gelap giler kat luar. Bayangkan, sampai khemah gerai jual cendol dan kuih-muih kat pintu belakang UiTM tu boleh terbang. Takut betul. Kesian kat peniaga-peniaga tu. Mesti rugi banyak, dengan peralatan rosak dan barang niaga pun mestilah terbang melayang.

Gambar khemah terbang kat belakang kampus. Ehsan Muhammad Ismail, member ofis yang nak beli cucuq petang tu tapi dapat gambar je.


Cerita pulak pasal Hurricane Sandy. Ia adalah taufan terbesar yang pernah direkodkan dan melanda Selatan Atlantic City, New Jersey.  Direkodkan angin yang bertiup adalah selaju  90 mph (150 kph) yang membawa ribut yang sangat kuat di pesisir pantai. Mengikut berita, 12 kematian di United States telah direkodkan dan ini tidak termasuk 80 nyawa lagi yang melayang ketika Hurricane Sandy tiba di Caribbean sebelum ini. 

Takutkan...alhamdulillah kat Malaysia ni takde lagi taufan macam Sandy ni. Setakat banjir pun dah huru-hara so bersyukurlah kita berada di Malaysia.

Beberapa gambar yang saya ambil dari http://www.theatlantic.com/infocus/2012/10/hurricane-sandy-after-landfall/100396/ untuk tatapan kita bersama. Untuk gambar-gambar yang lebih banyak, silalah ke url tersebut.


Teksi-teksi yang ditenggelami air di Hoboken, New Jersey. Lepas ni, kira lupus je la kan.

Gambar satelit Hurricane Sandy pada jam 2.42 pagi, 28 Oktober 2012. Subhanallah.

Dahsyat kan?

Hurricane Sandy, pictured at (10:40 a.m. Eastern) on October 29, 2012 by NASA's GOES satellite, churns off the east coast in the Atlantic Ocean.



Bandar Manhattan berada di dalam kegelapan sebab bekalan elektrik terputus. Dianggarkan 3.1 juta penduduk berada di dalam kegelapan penangan Sandy ni.





8 comments:

  1. sekali Allah bg musibah kt diorang..ada yg kaitan dgn isu filem yg menghina Islam tu..maka terjadilah ini sebagai pengajaran

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak turun bala tu, tak tunggu hari pembalasan ^_^

      Delete
  2. dasyatnye.. betapa teruk bencana alam skrg ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu JassNani...makin banyak pulak bencana sekarang ni..

      Delete
  3. masyaAllah... memang syukur sangat kita dok kat Malaysia nie....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bersyukur berada di negara yang aman damai...

      Delete
  4. Ohhh..ada ribut ya di Penang....masa saya ke sana 2 minggu lepas, mmg petang2 hujan aja...

    Alhamdullilah kita di Malaysia ni Allah pelihara dari pelbagai bencana....Kita kena berubah, berubah utk menjadi hamba yg bersyukur...sebab kalau tidak, bala yg Allah turunkan akan turut terkesan pada semua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali sekala dia datang angin ribut tapi selalunya tak lama dalam 15 minit ke 1/2 jam je..tapi tu pun dah rasa ketaq dah...hehe..betul tu..sama-sama muhasabah diri dan jadi lebih bersyukur...

      Delete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...