It's You!

Thursday, April 23, 2009

Mary Higgins Clark



Title : While My Pretty One Sleeps
Author : Mary Higgins Clark
Genre : Investigations, Thriller


Neeve Kearny seorang pemilik butik yang terkenal menjadi curiga apabila pelanggan tetapnya, Ethel Lambstone seorang penulis buku yang terkanal menghilangkan diri ketika menantikan artikel sensasinya tentang pereka fesyen akan disiarkan
Dengan bantuan temannya, dia cuba menjejaki Ethel di apartmennya tetapi dikejutkan dengan kehadiran anak saudara Ethel, Doug Brown yang menumpang di rumah Ethel. Selain itu Neeve terpaksa meyakinkan bapanya. Myles Kearny seorang bekas ketua polis tentang keselamatan dirinya selepas penjenayah yang digeruni Nick Seppetti dibebaskan daripada penjara. Myles percaya Nick yang mengarahkan orang-orangnya membunuh isterinya 17 tahun lalu.

Tanpa mereka sedari, Nick sebenarnya tidak mempunyai kaitan dengan pembunuhan isterinya itu. Setelah seminggu mencari Ethel, mereka dikejutkan dengan penemuan mayat Ethel di sebuah taman. Pelbagai spekulasi bermain melibatkan bekas suami Ethel dan isterinya, anak saudaranya yang mencurigakan dan penemuan yang Ethel ingin bongkarkan mengenai dunia fesyen. Selain itu juga Neeve telah membongkar kegiatan seorang pereka fesyen, Mark Stuber yang menggunakan pekerja bawah umurdi kilangnya dan mengedar dadah dalam masa yang sama.

Hasil siasatan menunjukkan pembunuh Ethel dan isteri Myles adalah orang yang sama. Ketika semua orang tercari-cari pembunuh yang dikatakan sedang memburu Neeve, tanpa disangka orang yang rapat dengan mereka adalah dalang yang dicari


Title : Loves Music, Loves to Dance
Author : Mary Higgins Clark


Erin Kelly dan Darcy Scott adalah sahabat karib yang sama-sama membalas iklan peribadi di akhbar untuk kajian seorang produser tv, Nona Roberts. Tanpa mereka sedari mereka menjadi sasaran terakhir seorang pembunuh bersiri yang mencari mangsa dengan membalas iklan2 peribadi ini.

Darcy seorang pereka dalaman yang cantik dan suka menari tetapi perasaan rendah diri sejak kecil menyebabkan dia tidak menyedari kecantikan yang dia ada. Apabila mengetahui Erin hilang selepas membuat temujanji dengan seseorang bernama Charles melalui iklan peribadi, Darcy mula menaruh curiga. Usaha Darcy menjejak Erin berakhir dengan penemuan mayat Erin dengan kesan cekikan dan memaki kasut berlainan jenis di kaki. Darcy mula berusaha untuk mencari pembunuh Erin dengan bantuan Nona Roberts dan ejen FBI, Vince D'Ambrosio. Darcy membuat temujanji dengan semua lelaki yang pernah ditemui oleh Erin untuk mencari pembunuh tersebut.

Pembunuh bersiri yang sering menyamar itu mula memulakan langkah untuk memerangkap Darcy. Dalam masa yang sama, dia mula menghantar bungkusan2 berisi kasut mangsa2nya kepada ahli keluarga mereka. Tindakannya itu telah membuatkan pihak FBI dan polis menggiatkan siasatan mengenai kehilangan gadis2 yang hilang selepas menjawab iklan peribadi di akhbar.

Nota : Loved Mary Higgins Clark, kadang2 boleh jangka siapa penjahat dalam buku dia tapi kadang2 kita tak sangka pulak. Jalan ceritanya tak menjemukan untuk dibaca, ada romance sikit tapi thrillernya tetap mengancam. What's more, the pace was good and entertaining.

2 comments:

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...