It's You!

Wednesday, January 26, 2011

Teringat

Salam,

Penat berblogwalking rasa teringin nak makan ubi rebus cicah sambal tumis minyak bergenang ataupun keladi goreng cicah sambal kicap. Huhu..selera....mengalahkan orang awal mengandung.

 Kan nampak menyelerakan ubi rebus n sambal tumis ni? Ehsan google




Suka potong keladi tak nipis n tak tebal sangat so bila cicah ngan sambal kicap tu terasa sambal n keladi ngam2 je dalam mulut..huish meleleh air mata sbb sambal kicapnye pedas melampau!


Tapi kat Penang susah nak jumpa keladi. Selalu kalau balik Johor, mesti singgah Ayer Hitam beli keladi untuk dibawa balik ke Penang. Kalau balik Johor mesti hubby beli keladi, keledek n pisang tanduk untuk digoreng buat sarapan pagi kat umah mak. Tiap2 hari sarapan benda yang sama pun tak kisah.

Sabtu lepas g pasar malam nampak orang jual ubi kayu tapi tak beli pulak. Sampai umah menyesal tak sudah. Kalau tak, mesti dah dapat makan ubi rebus @ ubi goreng. Dulu masa kecik2, arwah abah suka wat ubi kari. Ubi kayu dipotong2 pastu dimasak ngan rempah kari n bawang dan ikan bilis. Sedapnya yum yum...

Kalau ingat2 waktu kita kecik, macam2 makanan tradisional yang simple2 disediakan oleh mak kita tapi bila dah dewasa dan berkeluarga ni ramai yang tak teringat nak buat. Nasib baik bila balik kampung, Danish n Danial bedal je keledek, keladi dan ubi kayu goreng, hehehe..siap cicah sambal kicap walaupun kepedasan.

Rindu pulak ngan zaman kanak-kanak. Mmm..korang pulak, ingat tak makanan apa yang korang paling suka waktu kecik2 dulu?

12 comments:

  1. adehhhh ...sabo yek lela sabtu ni dh bleh balik mesia

    ReplyDelete
  2. dni ~ ok..kita terliur sama2 ek dni ^_^

    ReplyDelete
  3. lelord ~ Balik sini makan apa yg takde kat sana..hehe

    ReplyDelete
  4. mkanan org jawo mmg gitu.. klu sarap dgn jemput2 ikan bilis/lempeng cecah sambal tumis pun sedap.
    raya cina turun johor.

    ReplyDelete
  5. ramai betul orang buat entry pasal makanan
    lapooooooooooorrrrrrrrrrr
    hahahahaha

    Vote Hans Bernombor 10 Diruangan Komen

    ReplyDelete
  6. MDT ~ Getuk ubi pun sedap..yum yum

    ReplyDelete
  7. Zue ~ betul tu ...lempeng n jemput2 mkn ngan sambal tumis pun mabeles ^_^

    ReplyDelete
  8. hans ~ hehe..petang2 kan ke lapar

    ReplyDelete
  9. sy yg tak mengandung pon teringin caner kak..hehehe..

    ReplyDelete
  10. salam kak...
    makanan2 mcm ni mmg tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas...(pergh...peribahasa ....heheheh)

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...