It's You!

Monday, March 17, 2014

Big Bad Wolf & The Red Reader

Salam,

Diam tak diam dah bulan Mac. Apa ada bulan Mac? Ada macam-macam yang jadi kan bulan ni...banyak yang buruk tapi saya pasti ada juga yang baik cuma manusia ni lebih tertarik melihat benda yang buruk daripada yang baik. Mewar-warkan yang buruk daripada melihat dan menghebahkan yang baik. Sudah begitu fitrahnya...

Nak cerita pasal apa? Pasal kesayangan saya, Big Bad Wolf...hahahaha. Setiap kali jualan buku ni dibuat di Kuala Lumpur, saya mesti tak dapat join. Belum ada rezeki nak ke sana tapi bulan Mac ni Big Bad Wolf akan berada di Penang dan di Mines, dua tempat serentak. Kebetulan pula minggu ni, insya Allah saya akan ke Kuala Lumpur atas urusan keluarga so kebarangkalian nak ke MIECC tu ada juga tapi kalau tak dapat ke MIECC, boleh lagi ke Penang Times Square.

Kenapa saya suka Big BAd Wolf? Huhuhu..bagi ulat buku, Big Bad Wolf adalah platform untuk mendapatkan pelbagai genre buku dalam harga yang sangat murah berbanding waktu-waktu biasa. Kalau tak dapat hadiah birthday, dapat pergi dan orang belanja buku kat BBW pun dah rasa happy gila. Kalau tak ada orang belanja tapi ada orang bawa pun dah suka sebab boleh je beli sendiri tapi kalau ada orang belanja tu level gembira tu boleh sampai 100% dan kalau orang belanja unlimited dia jadi 250%. Hahahaha...

Anyway, sesiapa yang nak pergi juga, jom la! Baca poster kat bawah ni. Hehehe....Happy shopping and happy reading guys!





5 comments:

  1. Saya pergi last year, memang berbaloi aaar bagi kaki novel Ingeeris macam akak....hehehhehe

    ReplyDelete
  2. Happy shopping and happy reading to you too, Fida.

    ReplyDelete
  3. Saya tak pernah pergi. Selalunya bila ada BBW, saya suruh kawan tolong belikan sebab memang confirmed dia akan pergi. Tapi part membaca tu yang ambil masa sekarang ni. Very limited. BBW 2012 yang saya belipun belum habis sampai la ni, tambah lagi dengan BBW 2013. Tamak haloba sungguh :)

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...