It's You!

Thursday, July 1, 2010

Petua Yang Berguna

Salam,

Semoga Khamis kita dirahmati Allah sehingga malam nanti. Hari ni Danish ada raptai penuh majlis penyampaian hadiah pada hari Sabtu ni. Seronok je tengok Danish yang senang bangun pagi2 dan begitu bersemangat setiap hari ke sekolah. Alhamdulillah...

Pagi ni nak share sikit petua yang pernah aku baca di dalam majalah dan emel. Aku ni ada satu habit iaitu akan mencatat apa2 perkara yang aku rasa penting/menarik/berguna dalam buku catatan. So, petua ni adalah salah satu daripada hasil catatanku.

Petua Anak Mudah Belajar, Terang Hati & Mendengar Kata

Setiap pagi sebelum anak2 ke sekolah, 1. Berdiri mengadap kiblat di belakang anak anda    2. Letakkan kedua2 tangan di atas kepala mereka tanpa menyentuhnya    3. Baca Surah Al-Fatihah & Surah An-Nas   4. Cium dahi anak & niat dalam hati apa yang kita nak doakan anak2 kita

Aku taklah selalu wat, jarang2 wat tapi suka sentuh kepala Danish & Danial dengan rasa sayang pastu berdoa dalam hati. Biasalah kadang2 tak sempat lagipun si Danish tu kalau cium je dia buat malu2. Mungkin sebab dah besar tapi kadang2 aku peluk juga saja menyakat anak bujang aku.

Note : Tapi marah tetap juga kena marah kalau nakal..hehe

17 comments:

  1. petua yang bagus kan kak, ieda bru tau, thanxx sharing :)

    ReplyDelete
  2. nama danish agaknye mmg nakal kan kak..eheheh danish sy pun agak nakal..

    bagus petua ni..mudah simple dan boleh buat selalu...xyah beli supliment bagai..

    ReplyDelete
  3. Ieda ~ Sama2..nanti kita rajin2 la wat kat anak2 kita ek.. ^_^

    ReplyDelete
  4. aSHa ~ Tu la..mungkin kot macam Denise the Menace citer kartun tu..huhu..haah..supplimentnye kasih sayang je

    ReplyDelete
  5. thumbs up tuk ayat 'supplimentnye kasih sayang je' ;)

    ReplyDelete
  6. petua yang bagus akak..

    iera akan cuba buat kat anak² iera nanti..
    insyaallah...

    ReplyDelete
  7. petua bagus ni.nanti ada anak nak cubala.mak pun selalu cakap, kalau anak nakal, malam2 time dia tido baca al-fatihah pastu tiup kat ubun2 anak.

    ReplyDelete
  8. thanks kak dah share petua yang ringkas dan bagus nie...insyaallah shiela pon nak jugak amalkan petua nie... :)

    ReplyDelete
  9. aSHa ~ Suppliment tu kan tak payah bayar ^_^

    ReplyDelete
  10. farhana ~ tula..akak pun dgr org tua2 cakap macam tu..wallahualam..kita cuba je la kan

    ReplyDelete
  11. miss lolly ~ benda baik lagilah baik kalau dikongsi ^_^

    ReplyDelete
  12. bagus petua akak ni.. nanti dni nak cuba juga :)

    ReplyDelete
  13. dni ~ boleh dni..wat kat adik pun boleh.. ^_^

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...