It's You!

Tuesday, March 11, 2014

We

Salam,

Hujung minggu, hari untuk bersama anak-anak. Dah pandai tanya cuti ni nak pergi mana? Abang, adik sama je.

Hari Sabtu tu mulanya nak bawa Yana dan Yani gunting rambut. Sekejap je rambut mereka dah panjang. Dah masuk ke dalam mata dah. Tapi perancangan tak menjadi sebab ada insiden kecil berlaku yang menyebabkan saya berkejar ke KPJ sepanjang petang.

Malam Sabtu bawa anak-anak ke pasar malam, beli kasut. Murah je tapi janji mereka happy. Lepas tu saja ronda-ronda malam, singgah di McD bagi diorang main sat. Last kami ke Tesco membeli sedikit barang. Waktu tu dah jam 11 malam tapi Tesco kan buka sampai jam 1 pagi so rileks je la.

Ahad pula, kami bawa mereka berjalan di Sunway Carnival, Seberang Jaya. Jalan-jalan juga. Window shopping dan makan. Lepas tu melepak je di rumah. Yang penting budak berempat tu happy. Yang besar dapat main game, yang kecil dapt jalan-jalan. Yani kata "Mama, kakak baik kan? Kakak jalan sendiri, tak suruh dukung..."
Ye sayang....baik sangat!

Lepas membeli-belah di Tesco

Model Oreo plak..yang sorang lagi tu malu, dah besar pun nak dok dalam troli

Pandai dah window shopping

Diorang pun kalut nak tengok baju. Siap kata, "Adik..adik tengok baju ni...cantik tak?" hehehe


9 comments:

  1. ala comelje dua beradikni bershopping...
    smaalah macam akak dua2pun pompuan..
    kecoh dan havoc.. cam kedaitu dia yang punya...

    ReplyDelete
  2. so mmg setiap pasang baju, seluar, kasut...mesti sama sedondon? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak jugak Doc, bila makin membesar ada masa tak mau dah pakai sedondong...kalau pakai tu, mama dia paksa la tu hahahaha

      Delete
  3. waaa...dah pandai memilih dah....

    ReplyDelete
  4. Layan kerenah anak-anak seronok bila kita tengok mereka happy, tak perlu ke tempat yang mahal2

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah tak riuk troli tu Fida. Haha.

    ReplyDelete
  6. anak perempuan mmg suka dgn benda2 cantik.

    ReplyDelete
  7. Bizi body ni...buat apa kat KPJ tu? Hehe....
    Dah namanya pompuankan kecik kecik pun dah tau shopping hehe

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...