It's You!

Friday, April 11, 2014

Makanan untuk Minda/Kulit/Perut

Salam,

Hari Jumaat sinonim dengan waktu rehat yang panjang buat penjawat awam. Hari ni, saja gatal kaki ikut rakan-rakan sepejabat ke Aeon Big dan Hasani Bookstore. Cadangnya cuma nak mendaftar menjadi ahli Hasani Books. Sudah lama mengambil dan mengisi borang tetapi selalu lupa nak hantar semula. Hari ni baru berjaya..huhuhu...

Saya amat pantang dapat masuk ke kedai buku. Kad ni yang kedua saya miliki selain kad Popular Books. Saya menjadi ahli Popular Books sejak tahun 2000 lagi. Setiap tahun tak lupa renew kad. Dulu, memang rajin yang tersangatnya membeli buku di Popular. Sekarang ni, dah banyak kedai-kedai buku so tidaklah tertumpu kepada satu kedai sahaja. Lagipun Hasani Books ni dekat dengan tempat kerja so kebarangkalian untuk selalu berkunjung itu adalah besar so buat jela kad.

Kononnya nak membeli novel E-Man Sufi, Suami Yang Kubenci tapi ada banyak lagi novel yang belum terbaca di rumah so pendamkan niat dulu. Sejak awal tahun ni, rajin pula membaca novel Bahasa Malaysia. Itupun bermula apabila ada yang hadiahkan novel bahasa. Itupun lagi...baca hasil karya penulis tertentu. Tapi masyaAllah, lambat gila nak menghabiskan sebuah buku sebab masa terpaksa dibahgi-bahagikan dengan aktiviti berkraf, tak secepat dulu membaca.

Makanan minda yang sempat disambar..

Akhirnya, tangan mencapai dua bahan bacaan yang boleh dikongsi baca bersama anak-anak di rumah. Danish dan Danial pun dah lama tak membeli bahan bacaan sebab masing-masing sibuk dengan aktiviti sekolah. Kena rajinkan balik membawa mereka ke kedai buku. Bukan mereka tak minta dibawa, tapi mama abah ni sibuk je.

Habis membeli makanan minda, beli pula makanan perut dan makanan kulit. Hehehe...saya ni jenis jarang membeli barangan penjagaan kulit tapi bila dah jumpa yang sesuai, terus je beli kalau stok kehabisan.

Tengok mamatiamia menulis entry tentang Nivea Smooth Nourishing hand cream ni..memang nak beli sebab kuku jari saya sangat la teruk...Marvel Gel tu memang lama nak beli tapi asyik lupa je....

Korang bersantai di mana rehat Jumaat tadi? Apa yang dibeli? Selamat berhujung minggu ya!

5 comments:

  1. Sy pernh jd editor buku seklah..
    Lepas tu lgsng xleh bc..muat..sekrg dh berhenti..br nk bc blk..oh

    ReplyDelete
  2. Itu la kan bila Msk kedai buku je mesti Ada je Bhn utk ank , psst sy nnt dapt Gaji baru g beli Kat guardian utk penjagaan diri

    ReplyDelete
  3. Fida, ni dah Isnin dah tapi aku jawab jugak la soalan kau pasal hari Jumaat tu. Rehat Jumaat aku cuma 1jam aje. So pi masuk surau makan, solat, take a nap kejap dan sambung kerja balik. Kalau byk masa sekali pun aku tak minat nak pi mana-mana, lagi pun tak de benda nak beli.

    ReplyDelete
  4. Masuk kedai buku ni boleh jadi addicted. Saya cuma ada kad MPH aje. Baru nak buat untuk kedai buku Popular sebab rasa rugi pulak selalu beli buku anak di sini tapi takda membership card. Kalau masuk kedai tu rasa nak songlap semua buku cerita bawa balik rumah tapi bila mengenangkan membaca pun macam kura-kura sekarang ni terpaksalah tahankan aje niat tu dulu. Dekat Aeon Big pun ada jual buku RM5 lelong kot tapi dah 18kali belek, takdalah pulak tajuk yang berkenan.

    ReplyDelete
  5. Jumaat jhr cuti. Maka di rumah sajalah.

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...