It's You!

Sunday, April 20, 2014

Tukang Jahit & Pizza

Salam,

Oleh kerana semua kerja rumah sudah selesai, maka saya mula membuat kerja-kerja menyiapkan tempahan kraf. Tetiba BIL bersuara...bosan duduk di rumah katanya. Asyik makan tidur je so saya ajak dia ke ATuZ, kedai menjual barangan kraf dan perkahwinan. Ada beberapa bahan kraf yang sudah habis dan perlu ditambah.

Lama juga di ATuZ. Selepas membeli, BIL tanya nak ke mana pulak? La...tanya saya yang malas ni, silap banyak la. Akhirnya kami ke Sunway Carnival, window shopping...dia kata nak beli minyak wangi tapi survey dulu, saya pulak memang takde tujuan so try kasut di dua tiga kedai kasut..ada gak yang berkenan tapi nanti dulu la. Pastu masuk kedai buku, dok belek buku dekat setengah jam lebih tapi keluar tangan kosong. Tak ada yang berkenan...lagipun hati takterasa nak membeli. BIL nak ajak tengok wayang tapi tak terasa nak menonton. ...akhirnya BIL belanja saya makan pizza sebelum balik.

Rabu ni dia angkat berangkat ke Iraq kerana dihantar bertugas di sana...bukan askar ye..tapi kerja-kerja pembinaan dan pendawaian elektrik. Hari ni kira outing saya dan dia yang terakhir sebelum dia pergi. Mr Hubby outstation sampai Isnin so memang BIL la yang akan teman ke mana-mana.

Nota kaki : Kadang-kadang sukar nak memohon maaf jika kita dah buat salah. Bila kita ikhlas nak minta maaf..kadang2 kena jadi pengemis nk mohon dimaafkan.

6 comments:

  1. mak oooi jauhnyer outstation... tempat menakutkan pulak tu semoga selamat...BILtu pergi lamaker...
    sekarangnipun saya dah malas nak berjalan2 tanpa tujuan tak macam dulu.. sebabnyer kalau bawak anak lagiler adajer direngeknyer mintak dibelikan.. rasa cam duk rumah lagi syiok....

    ReplyDelete
  2. Minta maaf lah dengan penuh keikhlasan. Hasilnya pasti buat kita tersenyum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ta...mungkin cara aku tak betul..

      Delete
  3. dulu tak minat jalan2 cuci mata ni.. tapi sekarang suka pulak.. tak beli apa2 pun takpe janji dapat bersama keluarga.. hehehe..

    ReplyDelete
  4. Amboi punggah handbaq ka...
    Banyak jugak hartabenda orang lelaki ni ye...

    ReplyDelete
  5. Sorry seems to be tw hardest word!!!

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...