It's You!

Wednesday, May 7, 2014

7 Habits

Salam,

Sekarang ni sedang membaca tentang diet tapi tak habis lagi membaca. Kalau buku macam tu, memnag lambatlah nak habis membaca. Sekarang ni, kesedaran untuk menjaga kesihatan tu sedang tinggi so waktu ni la sibuk membaca tentang diet la, mencari youtube latihan kardio yang mudah la. Semuanya nak yang mudah tapi nak hasil yang memberangsangkan pulak. Entah hapa-hapa entah kan?

Terbaca tentang ni, 7 habit yang menyebabkan pengumpulan lemak di badan/perut. Layan je la ye...

1. Selalu Minum Air Bergas
Ada kajian menyatakan, orang yang minum dua tin air bergas sehari akan naik 5 kali lebih cepat ukur lilit pinggangnya daripada mereka yang tidak minum air bergas dalam seminggu.

2. Penggunaan Pinggan Makan yang Lebih Besar
Gunakan pinggan yang lebih kecil dan ambil makanan mengikut keperluan badan bukan ikut nafsu. Hehe...



3. Makan Lewat Malam
Makan awal atau makan "makan malam yang ringan". Jangan terus tidur selepas makan, sekurang-kurangnya tunggu 3 jam sebelum tidur.

4. Makan Kerana Emosi
Kalau rasa nak makan, minum segelas air masak, sibukkan diri dengan aktiviti lain, sembang ke luah perasaan ke, nangis ke.

5. Melebihkan Makanan Berlabel Rendah Lemak
Kononnya sebab rendah lemak, kita makan makanan tu lebih banyak, padahal bila makan banyak tu, sama je kan?

6. Tidur Tak Cukup



7. Kurang Protein Dalam Makanan Seharian
Makan makanan tinggi protein seperti isi ayam tanpa kulit, ikan dan telur. Protein membantu menurunkan berat badan secara semulajadi.

7 comments:

  1. Buku macam ni memang lembap sikit kalau nak menghabiskan. Lainlah kalau buku cerita. Adalah juga excited nak tahu cerita selanjutnya. Back to the topic... sebab itulah saya rajin meroyan. Mengurangkan masa untuk berangan menikmati juadah yang enak-enak. Hehehe...ada ke gitu ek!

    ReplyDelete
  2. Oh.. satu yg pasti kakak memang guna pinggan besar walau ambil makanannya sesenduk aje. Dah memang rumah kakak guna pinggan besar. Nanti kakak beli yg keciklah hihi...

    ReplyDelete
  3. sy mmg selalu pakai pinggan kecik tp tetap payah nak turun berat.

    ReplyDelete
  4. tapi, kalau guna pinggan kecil....tambah banyak kali....hahahaha...tak jadi juga

    ReplyDelete
  5. Sedih berat masih tak turun. :(

    ReplyDelete
  6. Okje lagilah malas nk baca buku Kniedaz....paper Ahad hari tu pun tak khatam lagi hehe...
    tq lah tolong summarizekan utk okje pasal diet tu hrhr

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...