It's You!

Sunday, February 15, 2015

Fitrah

Salam,

Dalam hidup kita, takkan ada satu masa pun, yang kita terlepas daripada membuat kesilapan. Pasti pernah kita melakukan sesuatu yang melanggar batas norma kehidupan kita. Tapi wajarkah kesilapan kita dijaja dari mulut ke mulut hanya kerana ada hati yang tidak senang?

Selalu dengar orang menulis, jangan pandang sekelumit kesilapan yang pernah seseorang lakukan tapi pandanglah kebaikan yang pernah dia lakukan. Masalahnya, bila terjadi kepada orang yang kita tidak senangi, kenapa ayat itu tidak diguna pakai?

Jika ada silap yang lepas, kenapa perlu bercakap sehingga tiada hentinya? Kenapa tidak cuba faham apa yang dirasai dan dilalui oleh teman yang satu ini?

Kata seseorang kepada saya, biarlah mereka bercakap tentang kita. Kalau kita berada di tempat yang benar, buat apa kita nak takut. Biarkan mereka dengan prejudis mereka. Mereka tak tahu apa yang berlaku, mereka suka membuat andaian, mereka suka bercakap di belakang kita tapi tak pernah mahu berdepan dengan kita, yang penting, kita tidak seperti mereka.

Nota kaki : Bohonglah...kalau hati tidak terasa tapi hidup perlu diteruskan, with or with out them.

5 comments:

  1. Kesilapan yg berulang kali mgkn sudah jadi kesalahan pula....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu...aku setuju..
      Eh...xsama ke?
      Haha

      Delete
  2. ida...singgah sini. lama tak baca cerita yana dan yani....
    kalau tunggu redha manusia...macam tulah. ada saja tak kena

    ReplyDelete
  3. Namanya pun manusia Ieda....terasa bila dikata itu adalah perkara biasa.
    Buat tak tau ajelah....

    ReplyDelete
  4. huhu..bertabahla...mulut manusia mmg susah nak ditutup...
    pernah rasa macam ni...rasa down sangatttt...huhu

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...