It's You!

Wednesday, March 5, 2014

Aktiviti Luar Library

Salam,

Semalam saya dan rakan-rakan exco Kelab Kakitangan Umum UiTM Pulau Pinang (KKUUiTM) telah ke Selama, Perak untuk menyampaikan sumbangan kepada keluarga arwah pemandu yang saya pernah ceritakan dalam blog minggu lalu. Alhamdulillah, berkat sifat murah hati rakan-rakan lain, kami dapat menyumbang sebanyak RM3500 kepada keluarga arwah. InsyaAllah semoga sumbangan tersebut dapat mengurangkan sedikit bebanan keluarga untuk hari-hari terawal ini.

Kami bersama isteri dan bapa mertua arwah

Waktu perjalanan balik, nampak pokok bunga kertas ni. Dalam panas terik, pokok ni nampak cantik sangat. Saya pun snap guna hp kokak saya...heehe...saya bayangkan pulak kalau la ada pelukis yang lukis gambar ni guna water color mesti nampak cantik...saya nak melukis sendiri rasanya tak dapatlah buat secantik ini. 

Nota kaki : Semalam, sepanjang perjalanan pergi dan balik ke Selama, cuaca sangat panas. Dengan penghawa dingin van yang tidak berfungsi dengan baik, buat kami berpeluh-peluh dalam perjalanan dan mestilah kepala saya sakit sebab cuaca panas. Alangkah beruntung bekerja di dalam pejabat berhawa dingin sehingga petang. Tak dapat bayangkan mereka yang bekerja di bawah panas terik. Alhamdulillah, syukur.


5 comments:

  1. Takziah buat keluarga arwah.. semoga dengan bantuan tu dapat meringankan beban mereka sekeluarga kan Kniedaz...

    Subahanallah... memang cantik gambar tu walaupun snap guna handphone kokak sis :)

    ReplyDelete
  2. subhanallah..cantiknya pokok bunga kertas tu. nnt kalau kerajinan, saya cuba lukis pemandangan cantik itu ye. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah..Sue pandai melukis ya? Nanti kalau dah lukis, bagitau ya ^_^

      Delete
  3. Alhamdulillah...dapt juga menyumbang pada keluarga arwah kan... Takziah pada keluarga arwah...
    sini pun cuaca dari hari ke hari bertambah panas....

    ReplyDelete
  4. innalillahiwainnailaihiroji'un...
    takziah buat keluarga allahyarham.

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...