It's You!

Saturday, January 24, 2015

Tiga Hari di JB

Salam,

Ahad lepas, saya dan Mr Hubby pulang ke JDT. Mak saya start buat radioterapi untuk kanser payudara. Alhamdulillah, setakat ni keadaan mak bertambah sihat. Proses radioterapi ni dibuat di Hospital Sultan Ismail Johor Bahru so Ahad tu kami naik flight ke Senai. Di sana Mr Hubby sewa kereta untuk kemudahan ulang-alik ke HSI dari hotel.

Wad yang mak duduk alhamdulillah selesa. Mak kena berkampung di HSI selama 3 minggu kerana tempoh radioterapinya sebanyak 15 kali, sekali sehari. Walaupun hanya 15 minit, tapi memandangkan Batu Pahat jauh juga dari HSI, so mak lebih selesa duduk di hospital. Bagus juga..boleh la mak rehat puas-puas.

Hampir 10 tahun saya tak jejakkan kaki di Johor Bahru. Banyak betul pembangunan yang telah berlaku. Hati ni tetap Sayangkan Johor...bangga melihat kemajuan Johor. CIQ pun sangat cantik dan besar...kalau dulu nampak biasa-biasa, sekarang nampak sungguh gah. Komtar pun dah berubah wajah. Teringat dulu waktu kerja di Taman Pelangi, mesti tunggu bas depan City Square nak p n balik kerja. Banyak lebuhraya dan pusat perniagaan dibina. Jarak dari satu tempat ke satu tempat jadi lebih singkat dengan adanya lebuhraya. Satu lagi, Southern Tigers...memang dipromosikan dengan pesat. ^_^

Tiga hari tak cukup di JDT. Rasa nak duduk lama2...nak menyelusuri jalan2 lama, ke tempat-tempat yang pernah saya pergi dulu. Walaupun sekarang mungkin dah berubah, tapi hati tetap sayang JDT, walau di mana saya berada.

Nota kaki: Rindu bandung soda n otak-otak kat Dataran Merdeka la pulak.

4 comments:

  1. Saya baru tahu mak awak ada kanser payudara...Moga dipermudahkan urusan radioterapi nya..Ya, lagi mudah duduk hospital berbanding nak ulang alik BP-JB.

    Dan saya pun baru tahu awak pernah kerja di Taman Pelangi! :)

    Yup,Johor always di hati :)

    ReplyDelete
  2. Mak awak ada kanser payudara? Semoga diberi kesembuhan oleh Allah.. pernah dengar tentang Vivix atau dah pernah cuba Vivix?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih..pernah dengar Vivix tapi belum pernah try...

      Delete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...