It's You!

Friday, November 1, 2013

Some stories

Salam,

Sekejap je dah hari Jumaat kan. Macam-macam cerita ada sepanjang minggu tapi saya masih lagi mood malas bercerita. Insya Allah, nanti saya cerita. Lama dah tak cerita tentang Yana dan Yani. Ada ke yang rindu dengan mereka?

Mereka sihat, alhamdulillah cuma Yana ada masalah kulit la ni. Sejak dari baby Yana mempunyai kulit yang lebih sensitif berbanding Yani. Kalau cuaca panas dan berpeluh banyak, mulalah dia menggaru. Susah nak suruh dia berhenti menggaru, tapi bila dah luka barulah dia stop sebab sakit. Pantang buh ubat dah kering elok, dia akan garu balik so lambatlah baiknya.

Budak rajin tapi kalau mengamuk, fuiyooo...

Best day...best


Yani pula makin keletah dan petah berkata-kata. Macam-macam dia buat. Yang buat semua orang geram, dia suka sangat buat perangai, nak tarik perhatian orang la tu. Ada orang kata, perangai anak-anak ni ikut ibu bapanya. Agak-agak, perangai sapa la Yani ikut ni? Attention seeker betul. Ada sehari tu kat Putrajaya, kami pakaikan dia baju takde lengan, dia kata "baju ni seksi la...nanti Ustaz Don marah," Adoila....terdiam kami sekejap.

Masih lagi membaca novel "Past Secrets" oleh Cathy Kelly. Ada satu dialog yang saya rasa benar pula.

" The people we love often don't see our pain, and that's one of the hardest things in the world to cope with. We think they should see, they should know. If they don't, we feel as if they've failed us somehow and we have to deal with it all on our own"

Okla..selamat berhujung minggu. Mesti ramai yang bersambung cuti sebab cuti Deepavali dan Awal Muharram. Semoga hujung minggu kita semua baik-baik sahaja.

8 comments:

  1. Ustaz don jugak yg dia ingat ye..hhehe.

    ReplyDelete
  2. rasanya tu one way love...kalau two ways, both will in pains. ahaks

    kueh

    ReplyDelete
  3. cambesa... geram tgk pipi mereka...

    ReplyDelete
  4. aku agreed dengan petikan itu. sometimes orang kita ni -contoh terdekat dalam family aku- kami memang tak reti nak tunjukkan rasa sayang atau risau atau ambil berat. tapi walaupun kami tak tunjuk, kami masing² tahu yang memasing ambil berat itu semua.

    ReplyDelete
  5. Yana ada eczema kot..
    Kena cari cream yg sesuai masa acute relapse nya...dan sentiasa apply mosturizer cream macam aqueous cream /ezzera cream pada kulit nya

    ReplyDelete
  6. Alahai Kniedaz...kecik kecik dah ada semangat nak tutup aurat...bagusnya budak budak comel ni!!!! Anak bujang OKje pun dulu kulit sensitif Kniedaz....sampai pergi pakar kulit le...

    ReplyDelete
  7. mesti ustaz don pun nak jumpa dia bila baca entry ni..hee:-))

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...