It's You!

Monday, May 25, 2015

Open Up Dear Heart

Salam,




Rasanya, sudah lama saya tidak menaip panjang di dalam blog. Ketandusan idea dan malas nak mengarang adalah dua sebab yang utama. Kadang-kadang dalam kepala ni ada banyak benda nak diluah dan dikongsikan tapi bila nak diluah, tiba-tiba rasa apa yang kita nak luah tu sangat inappropriate untuk dikongsi. Kadang hati rasa sakit dan perlu tempat untuk luahkan rasa hati tetapi bila nak start menaip, rasa sakit tu dah hilang. So, akhirnya apa yang nak ditulis tadi hanya tersimpan di dalam hati.

Bukan semua orang mudah nak meluahkan isi hatinya. Ada yang perlu dipaksa dan diugut baru nak luahkan rasa hati. Ada yang mudah saja luahkan apa yang dia rasa kepada orang yang dia percaya. Bukan sebab tak percaya, tetapi dia berbalik kepada apa yang saya tulis tadi ; inappropriate atau not valid anymore.

At the end, kita kena terima tak semua orang sama, cara pun tak sama. Mungkin menyusahkan bagi sesetengah orang menghadapi mereka yang sangat sukar meluahkan perasaan seperti saya tapi percayalah, sesetengah benda memang sukar untuk dijelaskan.

Kenapa susah?

Tak yakin? Takut? Tak percaya?

Atau semua di atas.

Atau ada orang yang lebih suka menyimpan isi hati mereka sendiri.

Saya?

Entah...

Apa saya rasa sekarang?

Lonely

Surrounded by people i loved but yet feeling lonely. There's something missing, is it the passion for doing something i love or believing the day will be better at the end of my day.

But always, in the end of the day, He'll be there hearing my thoughts, Doas and prays.

But still, i'm hoping i can share it with someone that i can trust. I knew he will always be there for me, i just need to open up. Will he still wants to hear it? Hopefully...


5 comments:

  1. Ada kalanya kena buka sedikit kepercayaan kepada seseorg yg dirasakan memberi bahunya utk kita sandarkan.. apa pun Allah tetap sandaran utama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak...tapi kadang tu bila nak luah terasa tak terluah..jenuh dipaksa baru saya nak bercakap

      Delete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...