It's You!

Tuesday, January 15, 2013

Makanan @ Kuala Muda

Salam,

Dah petang baru dapat buat entry. Sibuk pulak hari ni..,apa-apa hal, kena la siapkan kerja dulu kan..karang bos marah..lagipun mana yang penting, kita dahulukan. ^_^

Nak sambung pasal jalan-jalan di Kuala Muda minggu lepas. Lepas bersantai di tepi pantai, kami pun ronda-ronda di sepanjang jalan pulang. Lalu di sepanjang perumahan penempatan baru mangsa-mangsa tsunami. Nampak lebih tersusun daripada rumah mereka dahulu, itu pendapat saya. Macam perumahan kita juga. Ramai rupanya yang menjadi mangsa tsunami tu.

Kami menyusuri Jambatan Kota dan ternampak sebuah warung makan di tepi Jambatan Kota. Mr Hubby kata selalu kalau lalu terasa nak singgah tapi tak pernah singgah. Kami terus ke pekan Kuala Muda dan nampak satu makcik jual kuih tradisional. Ada Gedong Chak dan Beka (betul ke tak eja camtu). Gedong Chak macam otak-otak, saya ingat mesti rasanya macam otak-otak. Beka pulak macam pulut panggang, mesti inti pedas. Ternyata meleset tekaan saya. Gedong Chak dibuat daripada ubi diparut kalau tak silap manakala Beka tu tepung bungkus. Kedua-duanya dipanggang macam otak-otak dan pulut panggang. Tertipu saya. Dua-dua kuih manis rupanya.

Patah balik singgah di warung yang kami nampak tadi. Nama warung tu Warung Kuninga Jambatan Kota. Mungkin sebab betul2 tepi Jambatan Kota. Ada Char Kue Tiau, Kue Tiau Kerang, Nasi Goreng, Burger. Kami order Kue Tiau Kerang, Kue Tiau Udang, Teh O Ais dan Milo Ais serta burger ayam satu untuk si kembar. Alih-alih, dua2 tak mau burger, nak makan Kue Tiau Goreng pulak. Menarikk cara persembahan Teh O Ais dan Milo Ais dia...teruja kami. Suasana nyaman, layanan sangat best, mesra dan berpatutan. Kalau lalu, singgahla.

Itu je nak cerita. Nanti kita cerita lagi ya...Jalan-jalan yang amat menyeronokkan.


Ini Beka..betul ke sebut camtu?


Ni Gedong Chak..manis...ingatkan macam otak-otak (gambar ni google)


Milo Ais..kacau sendiri aaaa


Ni Teh O Ais ....


Kue Tiau Goreng Kerang..sedap


Apa la Tok Madah tu buat muka hehehe..Yani tengah makan Gedong Chak..


Abah nak suap Beka tapi Yana takmo


Kami balik bila matahari dah hilang dari pandangan...  ^_^

22 comments:

  1. bestnye jalan2 cari makan... beka? tak penah dengar or tak penah makan pun.. hahahaha..
    yang air plak best nampak sbb lawa.. sblm kena kaco.. biasa dah dapat atas meja sure dah di kacokan...

    ReplyDelete
  2. Menarik cara minuman itu dihidangkan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Kakcik...terus excited nak rasa..padahal kita dah tau rasanya hehehe

      Delete
  3. sedapnye tgk dia punya milo.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap..milo dia bubuh banyak..sampai ais cair pun masih terasa milonya ^_^

      Delete
  4. selalu turun kuala muda tapi tak pernah singgah sini...next time boleh cari gedung chak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun first time jumpa dan makan gedong chak tu

      Delete
  5. kue beka tu kuih bingka kan..amboi milo ais tu lain mcm betul..melin=mpah buat org terliur jer...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam tepung bungkus tapi dipanggang...

      Delete
  6. Beka tu kuih lepat atau pulut panggang ke? Mungkin di Johor sebut lain itu yg kakak tahu. Tengok Yana-Yani ajelah:)

    ReplyDelete
  7. bestnya jalan-jalan makan makan...


    salam kenal

    ReplyDelete
  8. wah2 menarik tu..pasni kena lajak ronda area tu la kalo smp kuala muda.. x penah try lagi kuih tu, air pun nmpk special je kan..best jln jln dgn family cmtu..

    ReplyDelete
  9. memang menarik lah air2 dia tu.....
    byk lagi kuih muih tradisional yg kita tak kenal and tak tahu kan....

    ReplyDelete
  10. berbuih buih melimpah milo ais tu...hahaha

    Gedong chak...uniknya la nama kuih ni

    ReplyDelete
  11. milo ais dia biar betui...
    akakpun nak kat otak2 tadi...

    ReplyDelete
  12. tak pernah lagi cuba gedong tu..mcm menarik

    ReplyDelete
  13. milo ais tu meleleh. ic last saya suka. very nice!!!

    ReplyDelete
  14. tak pernah lg makan kuih2 tu. terliur pulak bila sebut otak-otak. hehehehe

    ReplyDelete
  15. Gedong chak tu prnh mkn tp xtau nama. Adoi terliur betul tgk gambar mknan tu :'(

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...