It's You!

Wednesday, October 2, 2013

Gelagat Si Kembar

Salam

Seperti yang saya cerita, Yana dan Yani sekarang saya hantar ke rumah pengasuh. Alhamdulillah, kami berjaya dapatkan pengasuh yang sama ketika kami hantar Danish dan Danial dulu. Selain sebab dah kenal dengan Mak Anjang ni, kami tahu bagaimana dia menjaga budak. Dia memang serasi dengan budak-budak kerana berpengalaman mnjaga budak dari anak dara lagi.

Dekat seminggu juga saya train diorang ke rumah pengasuh. Sedia maklum selama ni mereka dijaga oleh emak saya dan juga Mummy Yon dan Tok Ibu so diorang memang lambat mesra dengan orang yang tak dikenali.

Hari pertama, saya hantar jam 9 pagi dan tunggu sampai pukul 2 petang sebab diorang x bgi saya pi mana-mana. Hari kedua, saya mula hantar awal lagi...dalam 8 pagi dan tinggal mereka jam 10.30 pagi. Dengar mereka menangis tapi buat hati kering. Mak Anjang kata...kalau nak tinggal anak jangan dok fikir sangat tentang mereka...risau gila-gila..sebab diorang akan rasa dan jadi teringat kat kita juga. Hari kedua...pukul 5 petang saya ambil mereka. Alhamdulillah..ok pun cuma si Yani akan nangis suruh Tok Anjangnya call saya suruh ambil dia. Hehehe....

Hari ketiga saya hantar macam nak pi kerja. Keluar rumah jam 7.30 pagi...singgah beli kuih kat diorang...sampai umah Mak Anjang turunkan diorang letak beg semua...kiss dua-dua dan teru pergi. Catatan masa pun bagus so saya ble sampai ofis paling lambat 7.45 pagi.

Cuma tak tahan...hari Isnin la...sebab diorang dah cuti dok umah 2 hari so sangat susah nak pi umah Tok Anjang diorang. Macam-macam alasan diorang bgi sebagai contoh nak duduk umh ngan tok nani la...nak duduk umh tok ibu la..nak pi tempat keja mama la....huhu...tapi bila dah hantar dan jumpa kawan2....lupa dah semua tu...kalau ambil waktu petang tu ceria memanjang.

Yana pandai berkawan..mudah berkenalan dengan orang baru dan pandai bawa diri. Yani sombong sikit...lambat berkawan dan manja terlebih...sikit-sikit berbunyi nak pi kat mama la...nak dukung la. Tapi semuanya masih lago terkawal.

Itulah cerita mereka di rumah pengasuh. Alhamdulillah...lega banyak bila tahu mereka happy bersama kawqn-kawan.

Tuesday, October 1, 2013

Wedding 14hb September 2013

Salam,

Nak cerita pasal hari perkahwinan Mummy Yon tapi gambar takde..boleh gitu? Padahal, banyak juga tangkap gambar tapi guna kamera orang lain so lambat la nak dapat gambar.

Majlis diadakan di Dewan Sukan MPSP Kepala Batas. Haritu semua keluarga terdekat berpakaian sedondong termasuklah saya. Kalau nak kirakan, setiap kali ahli keluarga terapat kami buat majlis kahwin, kami akan beli kain sedondong buat baju so senanglah orang nak kenal keluarga pengantin.

Majlis berjalan sangat meriah dengan gelak tawa ahli keluarga. Dewan pun luas so taklah rasa rimas cuma meja dan kerusi pula tak cukup dan tetamu terpaksa tunggu giliran nak makan. Saya cuma tolong sikit-sikit je selebihnya jalan sana-sini tengok si kembar berdua tu yang seronok menyukat tanah. Maklumlah...bila lagi nak berlari sana-sini tanpa orang marah?

Nak ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Nurul Adilah Idros dan Rohisham Rahmad. Semoga berbahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat. Mummy dah duduk jauh dari kami. Tak dapatlah nak manja-manja minta dia masakkan lauk atau makanan sedap.

Tok Ibu dan TOk Abah pun dah sunyi dah sekarang sebab kami pun dah pindah duduk di rumah MIL yang lebih dekat dengan tempat kerja dan tempat pengasuh Yani dan Yana. Bila Mummy dah ikut Sham balik Kajang, takde sapa nak tengokkan si kembar so kami hantar mereka ke rumah pengasuh. Alhamdulillah ok cuma ada bunyi juga sikit2 bila time hantar waktu pagi. Sementara nak biasa...

Kami akan jenguk Tok Ibu dan Tok Abah untuk mummy ya. Janganlah risau...tiap hujung minggu kami balik, tengok mereka dan tengok rumah kami yang kena tinggal. Sob sob sob...

K la...nak cerita tu je...nanti kalau dah dapat gambar2 majlis perkahwinan, saya akan kongsi di sini. Buat kenangan sampai bila-bila. ^_^

Bilik tidur yang saya kerjakan..haha...simple je

Danial di hari keramaian

Pengantin baru ngan mak n mak saudara saya

Sepupu pengantin a.k.a Mr Hubby dan adik2nya

Curi dari FB pengantin..suka tengok gambar ni...sangat nice!

Gambar waktu nikah 13hb September 2013

Si cilik ni pun nak bergambar juga

Dua budak nakal tapi bijak ni huhu

Kalau suruh posing...

Mummy





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...