It's You!

Thursday, January 17, 2013

Kereta oh kereta!

Salam,

Lambat bersiaran hari ni. Saya masuk jam 1 petang. Biasalah..kalau sesiapa yang rajin mengunjungi blog saya mesti dah tau saya akan bertugas shif petang balik malam, sekali dalam seminggu. Dah banyak kali saya dapat tugas petang hari Khamis. Saya ok je..hari apa pun takpe.

Alkisahnya, semalam waktu pulang kerja, saya tengok temperature "mini cooper" saya tu dah lebih dari setengah. Dah beberapa hari macam tu. Mr Hubby check tengok rupa-rupanya kipas radiator tak berpusing. Dia kata kena tukar ni. So semalam saya tengok makin hebat naiknya...baru jalan sekejap dah mencanak naik. Mr Hubby gi kerja naik motor minggu ni...salah satu cara kami mengawal perbelanjaan bulanan. Kalau naik kereta besar gi Penang hari-hari, duit mengalir bagaikan air. Naik motor, jimat belanja dan tak terlekat di jambatan waktu "jam".

Berbalik kepada "mini cooper" saya. Semalam saya pun bawa la kereta ke bengkel. Jalan nak ke Bengkel di Desa Murni tu terpaksa melalui 4 trafik light. Semuanya trafik light yang kalau berhenti tu lebih kurang 2 minit adala...satu trafik light tu dah la lama, kereta area tu memang sangat banyak. Mr Hubby follow dari belakang dengan motor. Baru lepas dua trafik light, temperature dah nak high dah. Alamak, saya dengan Danish je waktu tu. Kereta punya banyak, nak berhenti tepi jalan pun takde ruang. Saya nekad bagi signal dan mencelah nak berhenti tepi jalan. Berhenti je kereta, POM! Berasap kau!

Tak lama lepas tu Mr Hubby sampai. "Tak sempat ye?" dia kata. Dia buka bonet depan, tengok paip air dah bocor. Nasib baik sempat berhenti tepi. Call mekanik bagitau tak sempat sampai. Mr Hubby suruh diorang mai tempat kejadian, buat kat tepi jalan. Mekanik kata ok.So, sementara tunggu diorang datang, kami pi makan Char Kue Tiau Permatang Pauh. Jalan kaki je pi sebab dah dekat dengan tempat kejadian. (Char Kue Tiau kat sini tak sedap..kalau nak makan, sila ke Sungai Dua).

Jam 8 malam baru siap tukar motor kipas dan paip yang dah pecah tu. Alhamdulillah...kalau tak ok lagi semalam, terpaksalah saya bawa kereta Mr Hubby. Pagi tadi siap mandikan "mini cooper" dan lap bersih-bersih. "Mini cooper" saya tu cuma Kancil secondhand je. Usia pun dah 11 tahun. Beli tu pun sebab senang saya nak ke tempat kerja dengan anak-anak. Beli secondhand sebab saya baru je nak start bawa kereta. Lesen dah lama ada tapi takut nak bawa kereta sendiri. Beli secondhand ni untuk biasakan diri memandu di jalan raya. Alhamdulillah, saya makin cekap bawa kereta. Kalau dulu dari rumah ke tempat kerja hampir 45minit hingga sejam nak sampai, sekarang dah boleh sampai dalam 30-40minit. Ok la kan..hehehe...Bersyukur ada kereta sendiri..itu sebab saya jaga bagi sentiasa bersih dan kemas, sebab bila memandu pun hati rasa seronok je.

Kereta idaman saya hehehe



Dahla..sampai sini je cerita "mini cooper" saya ni. Danish dan Danial selalu kata, bila diorang dah kerja, gaji banyak, diorang nak belikan saya Mini cooper yang betul punya. Diorang kata kan mama suka kereta Mini Cooper...wah....insha Allah...mama doakan korang berjaya dalam hidup..mungkin ada rezeki mama naik mini cooper yang betul punya!


Tapi dapat yang ni pun saya suka hahaha


Nota kaki : Tapi sekarang ni suka pula tengok Suzuki Swift. Nampak comel dan menarik pulak..hehe

12 comments:

  1. sabarjelah..mini cooper pon kete idaman saya jugak..

    ReplyDelete
  2. hihii..ada hikmahnya tu..sempat gi makan char koey tiau....

    bawak kereta2 kecik kat penang senang, sebab jalan kat situ sempit2, kereta banyak...nak mencilok senang..

    ReplyDelete
  3. hahaha... sempat lagi pekena char kuew teow tu.... hehehehe... semoga impian nak dapat mini cooper tu tercapai ye...

    ReplyDelete
  4. Nasib baik tak jadi apa-apa dan boleh berhenti tepi jalan.

    Kakak pun minat suzuki swift. Almera Hyundai pun cantik juga nieda. Kecik nampak di luar tapi dlmnya luas juga.

    ReplyDelete
  5. nasib baik tak terhenti di tengah2 jalan, kalau idak tentu ramai yang marah sebab jalan jem...

    ReplyDelete
  6. yup... mini cooper comel sangat kak! sesuai dgn akak.

    ada sorang staff hubby izan pakai mini cooper. untung muda2 dah mampu pakai. sblm tu dia pakai swift. bulan2 bayar boleh terbeliak juga bijik mata kalau kamilah... hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah..untung kan orang ada duit ni..alhamdulillah..pakai apa yang ada..mana nak tau rezeki esok hari hehe

      Delete
  7. kak suka juga makan char kuey teow di permatang pauh tu..
    mungkin tekak kita berbeza...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mr Hubby kata tukang masak dulu masak sedap..la ni dah orang lain tu yang tak sedap tu

      Delete
  8. kereta ni kalau sakit sikitpun rasa sedihkan.. kalau dah oktu baruler lega..
    kecil atau besar kereta kita tapi tetap banyak jasanyakan...
    sempatl lagi pekena ckt tu..
    baguihjer impian anak2 gitu... seronok dengar...

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...