Jam 12.15 tengahari. Saya sekarang berada di kaunter kerana menjaga kaunter ketika staf lelaki sembahyang Jumaat. Library tak tutup sebab memberikan laluan kepada pelajar/pengguna perempuan yang tak perlu solat Jumaat.
Bila kena jaga kaunter sedangkan orang lain boleh rehat panjang, bolehlah saya habiskan membaca novel yang sedang saya baca sekarang ni. Lama dah tertangguh. Kadang-kadang sehari cuma dapat baca dua muka surat je. Kat rumah sekarang tak boleh lagi nak membaca apa-apa. Yani dan Yana suka kacau walaupun kita dah bagi kat diorang buku sorang satu. Bayangkan nak baca paper pun tak boleh sebab paper boleh berselerak satu ruang tamu. Huhuhu...
Dulu,, satu novel yang tebalnya 2 inci, saya boleh habiskan dua hari. Pagi sampai ofis awal, baca novel, tengahari rehat, baca novel, petang tunggu hubby ambil, baca novel, malam sebelum tidur, baca novel. Mana tak habis dalam dua hari? Itu dulu lah kan. Sekarang sampai ofis pagi, buat kraf, tengahri rehat, buat kraf, petang, drive kereta sendiri, malam layan si kembar. Kena tunggu si kembar besar baru boleh sambung hobi yang saya sangat cintai ini.
Buku yang saya sedang baca sekarang ialah sebuah novel oleh Rebecca Chance bertajuk Bad Girls. Mengisahkan tentang 4 watak yang mempunyai masalah yang berbeza dan bertemu di sebuah pusat pemulihan terkenal di Los Angeles. Jangan tanya saya, apa kesudahannya sebab tak habis lagi membaca tapi sepanjang saya membacanya, jalan ceritanya sangat menarik dan tidak menjemukan. Mungkin sebab setiap bab cerita pasal satu watak.
Next in my reading list ialah novel bertajuk Rules For A Perfect Life by Niamh Greene. Cara saya cari buku untuk reading lists saya ialah ketika buat shelves reading di rak. Setiap pagi, kami kena shelves reading rak kami. Waktu shelves reading, kita kena pastikan buku disusun mengikut nombor panggilan yang diberi, susun ikut abjad, susun ikut nombor paling kecil ke besar. Waktu tu la, selalunya saya akan baca sinopsis buku dan beberapa muka surat awal sesuatu buku. Kalau menarik, masuklah dalam reading list saya.
Waiting list pulak, bila saya jumpa banyak buku yang saya suka tapi buku terkini tak habis baca, buku dalam reading list pun tak sentuh. Kat sini, banyaklah buku yang ada tapi tak tercapai lagi nak membacanya. Waiting lists saya setakat ni ialah :
1. The Brigertons, Novels of 8 by Julia Quinn
Ada 8 novel karya Julia Quinn (historical romance) yang saya nak baca. Saya nak baca sebab ada satu
hari tu ada dua orang pelajar ni tanya boleh check tak novel-novel ni ada ke tak kat library. Saya pun
tolong la check, ada. Diorang pinjam hampir semuanya. Saya tanya best ke? Diorang kata best so itu
pasal saya terjebak. Tapi...nak baca semuanya, kena tunggu dulu lah ye.
2. A Doctor In The House : The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad
Sebenarnya buku ni hubby hadiahkan tahun lepas tapi tak habis baca lagi. Hubby beli sebab dia tau saya
kan peminat Tun hehehe....
3. 50 Shades of Grey by E.L. James
Sebab nak baca sebab buku ni adalah buku yang kalau tak silap telah mencetuskan kontroversi kerana ia
berasal daripada Fan Fiction untuk novel Twilight karya Stephenie Meyer. Lepas tu, isi
kandungannya juga dikatakan terlalu "kotor" sehingga diharamkan di perpustakaan di Florida, US.
Mungkin sebab itu yang saya teringin nak membacanya.
Kehidupan ulat buku seperti saya ini, memang begini la. Memang inilah hobi yang amat-amat saya gemari sejak saya kecil. Alhamdulillah, anak-anak juga suka dengan buku. Hubby pun sentiasa menyokong dengan membelikan kami bahan-bahan bacaan. Jadi, bila hobi kita itu dapat dikongsi dengan ahli keluarga yang lain dan mendapat sokongan kewangan pula, wah...rasa dunia ni kami yang punya.
Saya sangat sukakan buku hingga saya berangan-angan nak membuka sebuah Bookshop & Cafe. Kat situ pelanggan boleh beli buku atau baca buku-buku sambil minum dan makan kuih atau snack ringan. Ada wifi dan environment yang menenangkan. Biar kecil je kedainya, tapi sangat menenagkan buat "ulat buku" seperti saya. Hebatkan saya berangan? Hehehe...
Serononya kalau dapat jadi tuan punya sebuah kedai kecil seperti ini.








