It's You!

Friday, November 23, 2012

Solat & Plan Weekend

Salam,

Pagi Jumaat yang indah. Memandu kereta sendirian lagi bertemankan HotFM. Topik yang saya dengar ialah tentang bola sepak. Maklumlah piala Suzuki dah nak start so macam-macam cerita keluar, pasal mutu permainan yang kurang, pasal Apek nak kahwin dalam masa terdekat pun sedang hangat. Fuhhh....macam-macam...

Pagi ni masih lagi menyambung projek mengubah buku-buku di atas rak so awal pagi ni kami memang tak duduk depan pc. Dok mengangkat buku-buku je kerjanya. Sampai rasanya dah naik muscle kat lengan ni hehehe..bagus juga ....senaman waktu pagi...berpeluh-peluh tapi duduk dalam aircond tak la rasa panas.

Sekejap je dah nak cuti hujung minggu kan! Minggu ni kami akan menyambut MIL pulang dari menunaikan haji. Flight akan sampai jam 8.30 pagi di Bayan Lepas so kami mungkin akan bertolak dari rumah awal pagi untuk mengelakkan kesesakan. Minggu ni rumah kami akan dihujani dengan sanak-saudara yang akan melawat MIL so Sabtu adalah hari mengemas serumah buat saya.

Oklah...saya tinggalkan kawan-kawan dengan sepotong doa ringkas. Doa ni doa supaya anak-anak kita rajin solat. Saya dah lama amalkan...untuk kebaikan anak-anak. Selain tu, kena juga ajak diorang solat sama...tapi kalau saya di rumah, mereka akan solat dulu bersama tok atau abah diorang. Biasalah budak2 lelaki kot...ketika umur belum baligh ni liat jugak nak bersolat. Sama-samalah kita perbaiki amalan kita dan keluarga ya..



9 comments:

  1. thanks for sharing..elok juga amalkan ayat nih untuk naka2 saya..
    saya juga tgh mencari satu lagi doa untuk anak2 menghindarkan diri dr maksiat...
    br nih npk dlm fb tp xigt nak salin..
    if jumpe blh tak share kt sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah..kalau saya jumpa nanti saya share ^_^

      Delete
  2. Semoga kehidupan kita semua sentiasa dalam rahmatNya.

    Amin.

    :)

    ReplyDelete
  3. Insyaallah diamalkan..
    anak saya yanng keciktu senang
    yang kakaknyer pulak susah

    ReplyDelete
  4. Tq sudi share doa yg bagus tu.. sama sama mengingatkan utk kebaikan semua.

    Hari ni kedah dh cuti, lepak kt umah je dulu pagi ni..

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah selamat kembali utk yr MIL..
    thanks atas perkongsian doa, selalu jgk amalkan..alhamdulillah

    ReplyDelete
  6. tq for sharing..insya-Allah akan diamalkan...

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...