It's You!

Tuesday, April 2, 2013

Sembelit

Salam,

Dalam sebulan, mesti Yana akan mengalami sembelit. Sudah dua tiga bulan begitu. Semalam satu hari dia bad mood. Tak bagi orang dukung atau pegang dia. Dia menangis kata sakit perut. Balik kerja saya tengok dia baring meniarap tengok tv. Bila kami cerita pasal dia tak boleh buang air, terus dia nangis.

Si comel Yana..badan kecik je...


Kat rumah memang ada sedia ubat cecair yang bubuh kat punggung tu. Mummy akan bubuh kalau Yana tak boleh buang air. Petang semalam tok ibu tolong bubuh. Lepas tu dia nangis tak bagi orang pegang. Berdiri tepi peti ais nak melangsaikan urusannya.

ni ubat yang kami guna..sumber google..

Lambat juga nak menunggunya. Dari maghrib sampai dekat jam 9 malam dia dok merengek. Saya urut perlahan-lahan perut dia dengan sedikit minyak angin dan dapat rasa ketulan najis dalam perut. Kesian dia...tapi tak lama lepas urut perut, dia berjaya buang air. Punya la excited dia siap panggil "Ama...acuh...iyak..epat"

Lepas siap cuci, dia pun lompat-lompat suka hati. "Yeay...dah yak..yeay!" 
Kakak pun tumpang lompat sama. Lepas tu, dia jadi aktif terlebih balik. Mesti dia sangat tak selesa waktu tu kan...

Penyebabnya? Mungkin susu yang dia minum kot. Sekarang dia minum susu coklat. Orang kata kalau minum susu coklat atau makan makanan bercoklat, anak mudah sembelit. Tapi Yani pun minum susu coklat tapi dia takde masalah. Lain-lain badan kot. Nasib baik Yana suka minum air masak so lepas ni intake air masak kena lagi lebih la. Buah-buah Yana tak suka ... sama macam mama dia. Buah tertentu je yang dia makan. Semalam Mr Hubby dah beli susu perasa vanilla pulak. Tengok lepas ni Yana sembelit lagi tak...

Ada cara lain tak nak elakkan sembelit di kalangan anak-anak kecil?

16 comments:

  1. Ciannya yana....
    Yana minum susu jenama apa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yana n Yani minum susu Dutch Lady je ^_^

      Delete
  2. kalau bg buah2an mcm betik ker..tak berkesan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia tak berapa suka buah..betik pun tak mau..

      Delete
  3. Kalau org dewasa sembelit pun dah tak selesa apa lagilah budak kecik. Mujur dah ok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kak...alhamdulillah dah ok ^_^

      Delete
  4. ala siannya yana, tapi betullah susu coklat buat sembelit, ank sedara saya pon minum susu coklat sembelit,bagi makan papayalah..

    ReplyDelete
  5. ala siannya yana, tapi betullah susu coklat buat sembelit, ank sedara saya pon minum susu coklat sembelit,bagi makan papayalah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mama dia pun kena rajin beli papaya lepas ni..mama pun kurang suka buah huhu

      Delete
  6. alhamdulillah ok..yui takde plak petua nk kurgkan smbelit ke apa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak bagi dia minum air masak banyak lepas ni..dan nak try tukar susu dia

      Delete
  7. Replies
    1. :(
      Kesian tengok dia semalam..mujur dah ok

      Delete
  8. Punca biasa sembelit dikalangan kanak2 yg saya jumpa:

    - kurang air
    - kurang fiber ( buah/ sayur/oat)
    - terlebih susu, especially susu coklat tu.

    Amalkan makan buah byk2, sayur, try buah prune( sunsweet tu).

    ReplyDelete
  9. alahai kesiannya dia...
    ntah lak petua apa yg nak diberi...
    mcm my kids....
    kena extra minum air masak je utk memudahkan & tiap2 hari gi 'termenung'...
    probably kalo extra makan buah pun...
    i lak kalo makan pitted prunes 2, 3 biji tu pun melawaskan...
    mesti dia rasa sedapppp je perut lepas selesai membuang kan...

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...