It's You!
Wednesday, January 6, 2010
Admitted...
xde keje, snap gambar sendiri dalam wad, huhu
Skang baru nak citer detik2 kehilangan my "flower girl".
17 Disember 2009, kalau ikutkan kalendar, aku pegnant 2 bulan time tu. Malam tu kami bertolak ke Melaka, family holidays. Dah lama rancang sejak bulan Oktober. Kami plan nak terus ke A Famosa tapi last minit tukar plan kami transit ke rumah adik ipar aku (Liana) kat Putrajaya. Pagi 18 Disember tu baru bertolak ke A Famosa Resort. Kat sana memanglah berjalan banyak. Ke sana ke mari berjalan kaki je. Sampai ke malam aku berjalan sebab settlekan satu apartment kami yang bermasalah. Tapi aritu ok lagi.
19 Disember kami bertolak ke Kuala Lumpur. Kami stay kat The Zone on The Park, dekat ngan KLCC. Aritu aku jalan lagi sepanjang hari dari The Zone ke KLCC (back & forth) sebab bawak budak2 g Aquaria. Malam tu ada stain kat panties, hati mula cuak. Gtau kat hubby, dia lagi cuak tapi nak wat camna? Kami on holidays, esok baru balik.
20 Disember, sempat g Sogo n Ikea lagi walau rasa semacam. Tengah malam sampai Penang tengok stain lagi. Esok kena g klinik nih.
21 Disember, g Klinik Singapore wat scan. Doktor kata maybe travel yang wat stain tu. Dia bagi ubat n mc sehari. Sedih aritu coz aku g klinik hubby tak teman (dia ada appointment penting ngan client). Berjurai gak air mata, huhu.
22 Disember - 24 Disember, still on mc coz darah still ada. Dua kali scan ngan fetus makin lama makin tak nampak. Bad sign, bad feeling, u wont make it my dear flower girl!
24 Disember, kul 9 mlm hubby balik n aku rasa perut memulas semacam. Sebelum ni doktor pakar yg kami jumpa kata, kalau fetus tu nak gugur sakitnya macam nak bersalin tu. Dua kali g toilet, rasa ada benda keluar. Dalam hati terdetik, rezeki aku kali ni takde, sedih tapi cool sebab bila aku start nagis satg takleh benti. Hubby bawa aku g KPJ. Dalam keta dia kata takpela bukan rezeki kita, kita g spital bg mama sihat balik. Nak nangis tapi tahan la. Malam tu kena tahan, esok baru scan.
25 Disember, Danish n Danial asyik tanya, mana baby? Jenuh bagitau baby dah takdak. Berkali-kali diorang tanya, napa xdak, sapa amik. Tapi lama-lama diorang senyap. Cian kat diorang. Time aku bagitau diorang dalam perut mama ada baby, dua2 excited. Tapi dah xde rezeki, mungkin bukan sekarang.
Nota : Kalau ada rezeki, tahun ni nak pengganti "flower girl"...^_^
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sedih. riena boleh faham apa yg kida rasa. masa dia keluar dan kita tgk ketulan tu,isk..air mata pun berjurai je.
ReplyDeletetp percayalah, soon bila kida dpt baby, coretan ni akan jd memorable things dat can make u smile, dan akan melahirkan rasa syukur tak terhingga, again n again.
p/s : cpt cari jus bidadari tu ok!
ya riena, kida akan cari..hehe
ReplyDelete