It's You!

Monday, January 14, 2013

Kuala Muda Here We Come!

Salam,

Dah selesai seminar/ceramah bersama Fedtri Yahya. Seronok sangat sebab dia memberikan tips-tips dengan gaya bersahaja. Penuh dengan gelak tawa dan riang-ria. Alhamdulillah, bertambah juga ilmu dalam bidang pengacaraan dan etika majlis.

Nak cerita pasal aktiviti Jumaat yang lepas. Jumaat lepas saya balik jam 3.30 petang. Sesiapa yang menjaga kaunter waktu solat Jumaat, dibenarkan pulang awal. Oleh kerana pulang awal, Mr Hubby bercadang nak bawa Yani, Yana, Tok Madah dan Mami Yon jalan-jalan ke Kuala Muda. Lama tak ke Kuala Muda, sejak Tsunami dulu. Kami ke Kuala Muda belah Penang, bukan belah Kedah. Yang memisahkan kedua-duanya cuma kualanya. Tak jauh mana...sepelaung je tapi jauh la jugak hehe.

Angin begitu nyaman. Ramai orang membawa anak-anak berjalan ambil angin, sambil main pasir. Ada juga yang mencari siput mentarang dan lokan. Waktu kami sampai air sedang surut. Sampai nun jauh di horizon orang mencari siput. Air pun tak dalam walaupun mereka berada jauh dari pantai. Tak dapat bayangkan bagaimana keadaan waktu tsunami berlaku. Mesti semua orang kelam-kabut melarikan diri. Mungkin juga ramai yang tergamamm kerana tak menyangka perkara seumpama itu boleh terjadi. Mmmm..

Layankan ajala gambar yang ada. Next entry tentang makan-makan waktu di Kuala Muda dan sekitarnya. Sampai jumpa lagi ^_^.

Laju je Yani dan Yana berjalan atas pasir tu. Pasir dia kering so tak melekat kat kaki..

Dua budak kecik yang sibuk main kulit siput


Family tu sedang menjala ikan..


Mr Hubby dan emak saya sembang-sembang sambil tengok orang kutip siput


Yani & Yana





20 comments:

  1. Comelnya yana dgn yani...teringin nak ank kembaq...sbb sya pun ada kembaq jgk....seronoknya jln2 tepi pantai kutip siput..slalu sy pi teluk kopiah.lumut..kutip remis..:)

    ReplyDelete
  2. cantik pemandangan kuala muda nie..tenang jer...yana n yani pun mmglah sgt cutenya..:)

    ReplyDelete
  3. Geram tengok pipi budak kecik dua orang tu...

    ReplyDelete
  4. kuala muda ni kalau mandi air situ muda selama2nya ah?ekekeke

    ReplyDelete
  5. kat sini kampung kuala muda - penang punyer, seberang sungai tu kuala muda - kedah punyeer.., ehHHeee, tugu tsunami depan balai polis tu dh siap ke makk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..macam tu la...tugu bot pecah tu ke? yang tu ada la..

      Delete
  6. kalo tgk kat blog ni....mesti jeles tgk si kembar....ehehehehe jeles2 suka...dah ler kembar gegirl...seronok sgt tgk pic mereka...(jeles pun ye jugak..sbb tak dpt kembar) ekekekee

    ReplyDelete
  7. ooo der yerk kuala muda belah kedah dan belah penang yerk..
    baruler akak tau.. baguih good info..
    akak selalu gi kedah tak sampai lagi ke kuala mudani..
    cam bestjer kat sini belum tengok bab makan2 nnt..

    ReplyDelete
  8. Subhanallah.... cantiknya gambar-gambar yg nieda captured. Nampak nyaman dan tenangnya. Jgn kata Yana-Yani saja yg seronok, semua pun sama.

    ReplyDelete
  9. wah cantiknya gambar2 tu.. tengok twins tu pun makin cute la..
    kami yg stay kedah ni biasa ke pantai merdeka dgn pulau sayak..area kuala muda kedah.. sebelah tu je kan k.muda penang..hehe..

    ReplyDelete
  10. wah...seronoknya jalan2..kuala muda ni kt mane?kedah ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang ni belah penang, yang seberang belah kedah hehehe

      Delete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...