It's You!

Friday, September 28, 2012

Peranan Kita ... Apa Yerk?

Salam petang Jumaat,

Sambil jaga kaunter, sambil berblogwalking ke blog2 yang saya minati. Insya Allah...selalunya semua blog favourite yang berupdate saya akan jengah. Selalunya memang hari-hari singgah tapi tak tinggalkan komen. Kadang-kadang tak tau nak komen apa...hehe

Nak tau juga apa yang menarik tentang pembentangan bajet yang sedang berlangsung. Nak dengar secara live ada sedikit malas disamping kekangan duduk di kaunter tak mengadap tv yang berada di ruangan santai library. So, kita dengar je la intipatinya sebentar lagi di Buletin Utama.

Tadi pun baru je habis meeting Kesatuan Kakitangan Umum UiTM Pulau Pinang. Bentang dan bincang agenda akan datang. Harap2 usaha CUEPACS untuk kenaikan imbuhan tetap perumahan dan bonus kali kedua akan tercapai. Kalau dapat alhamdulillah, kalau tak dapat, kita fight lagi.

Kepada semua penjawat awam yang belum jadi ahli CUEPACS di peringkat jabatan korang, masuklah. Bukan kita kena keluarkan peluh naik turun jumpa PM pun, kita cuma perlu beri sokongan kepada mereka di atas untuk uruskan permohonan kita. Memanglah hak kita semua tu tapi tanpa sokongan, takde persatuan/parti/pertubuhan yang mampu hidup. Kalau dapat, kita dapat sama-sama, kalau tak dapat, kita fight lagi bagi dapat. Yang penting, SOKONGAN. (Eh eh..bunyi macam ahli politik tak? Hahaha)

Nota kaki : Makan karipap ngan nescafe tadi buat perut saya sakit pulak...makan banyakkah???

2 comments:

  1. tu la... adik ipar balik rumah cerita pasal bajet. pasal org bujang umur 21 sampai 30 dpt jugak BR1M. diskaun rm200 utk pembelian hp pada org yg berumur sekian2.

    ReplyDelete
  2. Hehe...syukur la dapat dari kosong lepas ni fight lagi..mana tau kerajaan tunaikan permintaan kita ^_^

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...