It's You!

Sunday, February 9, 2014

It's Sunday Again

Salam,

Salam hujung minggu. Lama tak baca paper, hari boleh pulak belek paper dari muka surat 1 sampai last. Sungguh tak disangka. Cerita yang ada...skang ni balik2 pasal pilihanraya DUN Kajang, JDT, T-Team, Pahang, pasal kemalangan. What to do...dah free sangat lah ni..sampai paper pun baca habis.

Bangun awal, breakfast awal, mengemas awal, semuanya awal. Siap iron baju anak-beranak selama 3 hari lagi. Janji ngan anak-anak nak keluar berjalan...tak jauh pun..ada yang nak ke kedai buku, ada yang nak bersantai main games di pusat permainan di Aeon Big. Waktu cuti memang kami bawa mereka. Kalau pergi dengan kita, bolehlah kita sama memantau. Bila kita dah bawa, tak adala mereka nak pergi sendiri. Sekurang-kurangnya diorang merasa pergi juga. Itu cara saya dan Mr Hubby la..orang lain, tak tau la saya.

Rupa-rupanya Mr Hubby ada janji nak tengok tempat nak buat wiring internet di Kulim pagi tadi so aktiviti jalan-jalan terpaksa ditangguhkan ke petang. Jadilah hari saya senggang dan dipenuhi dengan melepak. Tapi ok jugak..bolehlah rehatkan badan sebentar.

Oklah...tadi xmau taip panjang..tetiba jadi panjang pulak. Saya tonggalkan semua dengan gambar si comel Yana. Sambil saya iron baju, dia kata dia nak tolong saya sidai kain. Habis dikerjakan dia penyepit baju tu...huhu

6 comments:

  1. Tonggalkan.. hahahah.. perkataan baru.

    Rajin Yana kan? Budak Gundut jangan harap buat macam tu. Diambil semua sepit baju, jadi buah sawit. Backhoe angkat masuk dalam bekas. Bila mandi dibawak mandi sama sebakul kecik sepit-sepit tu semua. Tolong basuhkan.

    ReplyDelete
  2. berseni tu tangan dia cam mama dia, hee

    ReplyDelete
  3. amboi..kemain sepit sana sini ye. hehehe

    ReplyDelete
  4. berseni jugakler Yanatu... biasa hujung minggu giniler janji nak bawak tempat dekat2.. kalau der rezeki gi jauh oklertu...

    ReplyDelete
  5. yanatu takut tuala kena terbang angin sbb tu kena sepit banyak2 makk kanns.,ehHHee

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...