It's You!

Thursday, February 13, 2014

Rutin Lari

Salam,

Hari ni masuk kerja jam 1 petang. Semalam punya la tidur awal daripada biasa. Banyak kali terjaga sebab mimpi yang pelik-pelik. Pukul 3 pagi dah terjaga. Terkelip-kelip mata. Bangun solat Isya' sebab belum solat dan kemudian baca paper...hahaha..gila kan? Baca paper pukul 3.30 pagi, lepas tu tak boleh tidur terkelip-kelip mata tengok orang lain tidur.

Lepas Mr Hubby gi kerja kol 6.00 pagi, baru baring lelap mata kejap. Bangun balik kol 6.30 untuk solat dan mengemas rumah sambil tunggu BIL keluar dengan Yana dan Yani ke rumah pengasuh dan Danish ke sekolah.

Lepas tu, saya layan ni...

Candy Mania ala-ala CAndy Crush dalam Tab budak-budak. Entah apa-apa ntah kan?

Bila jadual kita berubah sedikit je pun, ia akan memberi kesan kepada rutin kita seharian. Sekarang ni, mata dah macam panda dan nak lelap je rasanya. Kalau student tak ramai masuk ni, makin mengantuk la duduk di kaunter. Huhu...

10 comments:

  1. rasa lamanya tak main candy crush ni lah... last tinggal masa level 128 kot...

    ReplyDelete
  2. Boleh gastrik kalau rutin terganggu...

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Mr Hubby masuk kerja kol 7 pagi..biasanya memng keluar awal, malas nak sangkut 'jam' di jambatan ^_^

      Delete
  4. Memang terbalik aa Fida jadual kau. Haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..nik juling mt aku tahan mengantuk ni ko tau? Dah la nak kerja sampai kol 10 malam huhu

      Delete
  5. betul tu. kdg2 saya pun mcmtu jugak. tgh2 mlm terjaga. mmg mengantuk!

    ReplyDelete
  6. hihi..mmg betul2 berubah rutin ni klu mcm tu... sy main candy crush ja...:)

    ReplyDelete
  7. Kalau rutin terganggu jiwa pon kacau.

    ReplyDelete
  8. Mmg pelik baca paper pukul 3.30 pagi Kniedaz....menongkah arus namanya tu....hehe....

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...