It's You!

Thursday, April 10, 2014

Sunyi

Salam,

Minggu terakhir exam. Suasana kampus sudah semakin lengang. Sunyi...tiba-tiba rasa sunyi. Dulu duduk di dalam pejabat, tak terasa sangat suasana bergelumang dengan pelbagai karenah pelajar tapi bila sudah berada di kaunter, baru saya dapat rasai kemeriahan dan kesuraman setiap waktu bersama pelajar.

Ada yang dah balik. Ada yang balik, takkan datang lagi ke Kampus Permatang Pauh kerana dipindahkan ke kampus baru di Pasir Gudang, Johor. Boleh dikatakan hampir separuh pelajar diploma akan dipindahkan ke sana untuk semester akan datang. Hasil sesi ramah-mesra dengan pelajar, katanya pelajar-pelajar yang berasal dari Selatan, akan ke PAsir Gudang dan yang dari utara dan pantai timur tetap kekal di sini. Bila student diploma dah kurang, tinggallah student degree yang tak berapa kerat ni. Hasil pemerhatian, yang rajin masuk ke library pun, student diploma..student degree jarang study di dalam library, mungkin ada tapi tak ramai.

Hari ni, sudah nampak ahli keluarga yang datang untuk mengambil anak-anak dan barang-barang mereka. Saya doakan semuanya selamat pergi dan balik. Kepada Che Mid, tak dapat kita nak bersua-muka bila Che Mid sampai Sabtu ni. Mana nak tau, rupa-rupanya anak Che Mid belajar di sini. Small world indeed!

Untuk student, untuk kami, sepanjang masa dengan buku ^_^


Nota kaki : Kaunter = pelanggan, takde pelanggan, kurang seri kaunter tapi banyak projek musim cuti nak dijalankan untuk keselesaan dan keceriaan pelajar semester depan. Selamat bercuti semua!

8 comments:

  1. Kami kat Bertam lagilah kesunyian tanpa students....waaa!!!!!

    ReplyDelete
  2. Begitulah lumrahnya walau ada yg pergi tapi yg baru tetap akan dtg mengganti.
    Perpustakaan lubuk menimba ilmu pasti tak akan sunyi..

    ReplyDelete
  3. Baca je pun aku boleh rasa kesunyian nya. Huhu.

    ReplyDelete
  4. oooo..dah start cuti ye Ida... biasalah kan, library ni kekadang bermusim penuh...kadang kosong..hehe..
    masa buat degree dulu sy pun jenis jarang ke library...haha

    ReplyDelete
  5. sunyi ida ya..
    buku2 yang ada pun sunyi je..

    ReplyDelete
  6. Memang tau Ida keje di library tapi tak tau la pulak di Uitm, kalau tahu dari dulu dah pi cariiiii...ingatkan boleh anak dara kecik cute dua orang tu..takde rezeki kan. Insyaallah, kalau ada jodoh kita jumpa juga satu hari nanti..

    ReplyDelete
  7. Kalau student bercuti, staff tak boleh ikut cuti sekali ke :)

    Ada ramai student pun library sunyi inikan pulak bila student balik kampungkan...lagilah sunyi-sepi. Tapi best gak apa waktu sunyi-sepi begini takda gangguan bolehlah buat library tu macam kita yang punya!

    ReplyDelete
  8. Sunyi itu indah..

    Selalu hiruk piruk, rasa lh sunyi ye...
    Oh kita bukn kaki libry gak

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...