Semalam, seperti biasa rutin harianku ialah mengemas rumah dan memasak. Selepas semua kerja siap, aku mandi dan bersiap. Tiada siap di rumah: hubby kerja begitu juga abah. Selepas bersiap, aku memulakan rutin harian iaitu membaca novel. Sejak aku mengandung, hubby rajin membelikan aku bahan bacaan. Maklumlah dia tahu aku kan suka membaca dan membaca bolehlah menghilangkan kebosananku duduk di rumah seorang diri.
Petang semalam, selepas mandi dan bersolat maghrib, aku menunggu kepulangan hubby. Sakit perutku semakin kerap. Adakah ini tandanya aku akan melahirkan? Huish..seramlah pulak. Bila hubby balik aku bagitau kat dia tentang rasa sakit. Dia tanya dah nak bersalin ke? Aku kata tak tau. Tiba2 rasa sakit sangat perut so aku g la toilet. Bila berada di toilet baru perasan dekat panty ada darah so cepat2 aku bagitau hubby.
Hubby call mak & kami tunggu mak sampai untuk membawaku ke hospital. Waktu tu jam lebih kurang 9 lebih. Sampai di hospital aku menjalani pemeriksaan dan doktor kata bukaanku baru 3cm. Aku dimasukkan ke dalam wad. Misi menasihatkan mak & hubby untuk pulang dulu kerana mungkin aku akan melahirkan esok. Selepas hubby berjumpa aku dan bagi kata semangat n kiss kat dahi dia pun balik. Huhu..sedihnya dok sorang2 (walaupun ada ramai lagi yang ada dalam wad)
Sakit dah makin kerap sampai satu tahap aku tak tahan dan pergi toilet..tapi yang keluar air. Time tu aku tak tau yang itu air ketuban. Nasib baik tak pitam dalam toilet. Aku siap cuci lantai toilet sampai bersih sebelum keluar jumpa misi. Bila aku jumpa misi dan kata aku dah sakit sangat, diorang buat2 bodoh je..geram gak tapi at last diorang suruh masuk bilik pemeriksaan nak check bukaan. Hah..kan dah kata bukaan dah 8cm so aku disorong ke bilik bersalin.
Dalam bilik bersalin ada seorang kakak tu sedang proses bersalin. Time tu dah tak rasa takut tapi rasa sakit. Selepas semua persiapan dibuat, aku pun mula diproses. Misi kata jangan angkat punggung tapi time sakit mana sedar semua tu? Lagipun aku kan first time nak bersalin..mana tau prosedur dia. Ada sorang misi yang agak berumur datang dan suruh aku beristigfar banyak2. Taklah lama sangat...tak sampai sejam aku pun selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang sangatlah cumel n kecik..2.74kg je @ 3am 17hb Februari 2003. Ni lah dia...Muhammad Danish Bin Mohd Khairul Nizam. Sekarang dah berusia 7 tahun. Dah besar anak mama.
Semalam aku tidur ngan Danish je sebab hubby kerja malam & Danial still ada kat umah Tok Ibu sebab lom baik campak lagi. Pagi tadi sebelum g sekolah, aku cium pipi dia kiri dan kanan & wish happy birthday kat dia. Dia senyum malu-malu. Aku cakap hadiah mama bagi hari Sabtu coz nak celebrate ramai2 kat umah Tok Ibu. Semoga Danish jadi anak yang soleh, baik, sihat sentiasa, rajin belajar & hormat orang tua. HAPPY BIRTHDAY DANISH!
eheheh baca punya baca..ingat tgh nak bersalin dah..baru nak wish tahniah...
ReplyDeletetapi tahniah jugak...sbb berjaya dengan selamat melahirkan anak2 yg sihat dan bijak...
hepi besday danish....anak aunty pun danish gak...danish anak aunty tu nakal yakmat...penah aunty ni...danish mcmane plak?
heee..danish ikut muka mak..sejukkk..slmt harijadi danish yeee...
ReplyDeletedanish yg hemsom!! happy birthday!!
ReplyDeletek ida, danish dah besarr,danial pun.selamat berusaha utk dptkan dorang adik pompuan plak.yeay!
asha ~ sama je la asha, Danish ni pun nakal juga..tapi dia nakal kat umah je ngan adik dia..hehe
ReplyDeletehemy ~ yeke? makasih ye pakcik hemy...Kikikik
riena ~ tula..chayo chayo! usaha tangga kejayaan..hehe
hehe ingat kan baru beranak pulak. rupa ikut ayah... tp cute lg dari ayah... hehe. jgn marah ye ayah :P
ReplyDeletehospital kerajaan ke akak?
faisal ~ hehe...saja suspen sket..haah hospital kerajaan..^_^
ReplyDeletesalam kenal....
ReplyDeletehiks baru nak tye anak 1st ke?? rupenyer anak dh 7 thn hehehe. happy besday danish!!
Elyn ~ salam kenal jugak..hehe makasih ya..(danish cakap..^_^)
ReplyDeleteoohh.... birthday Danish ler hari ni?
ReplyDeletehappy birthday :) moga sukses dalam kehidupan, dunia akhirat :)
mak su ~ mekasih mak su..^_^
ReplyDeletebaca n3 ni..bunyinya mcm baru brsalin rupa2 nya 7 thn lalu puye noltagia.
ReplyDeletehappy birthday mohamad danish, semoga jadi anak yg soleh dan rajin2 baca buku tau.
zue ~ thanks yer...Danish mmg suka baca buku..mcm mama dia jugak hehe
ReplyDelete