It's You!

Saturday, February 13, 2010

Vettaikaran punya penangan...huish korang mesti tak caya!

Ok...hehehe..mesti korang pelik n tergelak kot. Kalau orang len tengok Twilight, Adnan Sempit dan len2 movie yang best, aku plak still tengok tamil movie. Lepas tengok Vettaikaran kat panggung bulan Disember lepas, kami beli DVD dia plak. Kali ni, ada subtitle tau. Sampai hari ni, dah dekat 4 kali aku tengok. Selalu hubby la yang nak tengok sangat tapi baru 10 minit pasang DVD dia pun belayar so akulah yang kena tengok sampai abis. Tapi walau dah tengok banyak kali, tetap tak bosan.
Cerita tamil zaman skang, heroin suma comel2. Badan suma solid molid kalah kita ni, huhu. Lagu2 dia pun boleh tahan. Ni ada satu lagu aku buh dari movie Vettaikaran. Kalau nak dengar, dengarlah..hehe ^_^

By the way, Vettaikaran ni mengenai Ravi seorang anak muda yang terlalu meminati idolanya seorang anggota polis yang berani bernama Devaraj. Punyalah minat sampai p kolej yang sama dengan kolej yang DEvaraj penah p & jadi pemandu teksi untuk tampung belanja studi dia. Lepas tu Ravi ni terlibat ngan penjahat yang selalu mengganggu penduduk kawasan sekitarnya. Sebab dia dah belasah anak penjahat yang jahat yang amat, dia telah ditangkap polis (polis mestilah bersekongkol ngan penjahat) tapi dia dapat lepaskan diri. Lepas dia lepaskan diri tu dia balik g kolej tapi pihak kolej tak terima dia sebab dh kena ugut ngan penjahat. So, nak balas dendam punya pasal, habis semua penjahat dia bunuh.

Cerita yang dilakonkan oleh Vijay ni best sebab dialog dia semuanya pepatah yang best. Macam Ravi kata kat penjahat tu "Sebab kau kata kau umpama raja di rimba, kau tak perlukan polis untuk menghapuskan kau tapi kau perlukan seorang pemburu dan akulah pemburu itu" lebih kurang gitula maksudnya. Vettaikaran tu maksudnya pemburu ya kawan2..

K la...sapa2 yang nak tengok, p la cari DVD dia tapi make sure ada subtitle baru best. Tapi tak taulah korang akan suka ke tak..masing2 punya citarasa..^_^

10 comments:

  1. I pun suka tengok wayang tamil atau hindi ni heheh, so romantic and of course kadang tu ada juga sedih sedih dia. Memang best lah.

    ReplyDelete
  2. ni baru 1malaysia :D

    part yang tak best bila lawan sound effect over sangat haha.

    hindi lak, part tak best masa menyanyi tu... sebab semua sama, jadi bosan lak.

    ReplyDelete
  3. SJB ~ betul tu...^_^

    Faisal ~ sound effect mmg la over tp time tu kita pun rasa teruja sbb hero dpt belasah penjahat yg kaw2 punya jahat..hahaha

    ReplyDelete
  4. hahahahah.. suka tak layan cerita2 di hallmark?

    sekarang ni nak kena selalu tengok discovery channel. geng lepak asyik tunjuk terer cakap pasal isu2 di discovery channel or history channel... jealous betol :(

    ReplyDelete
  5. rasanya akak dah lama x tengok filem tamil. klu hindi tu adalah tapi slalu x habis nengok.

    ReplyDelete
  6. faisal ~ kalau tgk hallmark suka tgk Oprah je..kadang2 kalau ada movie best tgk gak..kalau discovery channel plak paling suka how its made ngan documentary pasal fenomena alam je..hehe..
    bagus tol korang ni..lepak pun cerita pasal benda2 berisi...^_^

    ReplyDelete
  7. zue ~ hehe..skang ni kat umah mmg musim tgk citer tamil je..lepas ni tak tau plak kami tgk citer apa...

    ReplyDelete
  8. haha ni semua gara2 dorang nak tunjuk dorang berilmu ler. tp untung gak leh kongsi ilmu :D

    ReplyDelete
  9. eheheeh minat sungguh akak ni ye....semangat perpaduan

    ReplyDelete
  10. asha ~ hehe...sesekali tukar angin..

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...