It's You!

Monday, August 16, 2010

Monday the 6th day of fasting

Salam,

6 hari berpuasa yang sungguh meletihkan. Bukan sebab apa, sebab loya dan mual masih lagi bermaharajalela. Semua makanan yang dimakan waktu berbuka akan keluar balik. So untuk mengelakkan itu berlaku, masuk je waktu berbuka mesti aku memuntahkan isi perut yang takde apa tu.

Memilih makanan untuk berbuka dan bersahur adalah amat memenatkan sebab takde satu pun yang boleh diterima perut. Kalau nampak sedap tapi lepas makan mesti keluar balik. Susu yang amat aku gemari pun tak boleh diminum. Sekadar makan kurma 2-3 biji dan kismis. Itupun nak telan macam tak larat.

Bila makan pun kurang, waktu pagi memang sangat lemah tapi gagah juga p bekerja. Semalam tengok berita TV3 kata, orang yang berada di awal trimester pertama tidak digalakkan berpuasa jika mengalami alah teruk takut membahayakan diri tapi kalau tak puasapun aku tak boleh makan..huhu

Harap2 cepatlah hilang alah ni. Doktor kata, mengandungkan anak kembar kalau alah memang lagi teruk dari mengandung seorang baby. Waktu Danish dan Danial dulu alhamdulillah ok je. Tapi yela, orang kata setiap anak yang kita kandung tu takkan sama pembawakannya, sama macam setiap perangai yang berbeza.

Doakan aku cepat sihat. Takmolah ponteng puasa tapi at the same time nak badan sihat. ^_^

Note : Kalau aku jarang berblogging tu maknanya aku tak larat nak tengok komputer. Ok?

10 comments:

  1. tak pose kerna takut mudarat baby atau mudarat diri..dua2 tu lain kan?

    satu tu kena fidyah..satu kena qadha'

    ReplyDelete
  2. haa... ta saba nk tgk baby nnty... take care kniedaz...

    ReplyDelete
  3. Hemy ~ Dua2 penting..so kalau tinggal dua2 kena buat..

    ReplyDelete
  4. semoga ramadhan kali ini lebh baik :)

    ReplyDelete
  5. eh eh... dah preggie rupanyaaa.... tahniahhh....

    Take care yer...

    ReplyDelete
  6. akak, 1st trimester mmg tak digalakkan puasa nak2 alahan cam akak ni. puasa setakat termampu ye, jgn paksa kalau tak leh.

    ReplyDelete
  7. alahai siannyaaa...moga alahnya kurang ye kak

    ReplyDelete
  8. take care kak. have a good puasa :)

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...