It's You!

Monday, August 2, 2010

Salam Isnin

Salam,

Lama tak buka blog ni. Alah kepada blog ke? Hoho..bahaya betul..banyak benda nak citer tapi tak ada hati nak buka mana2 laman web. Hari ni kena buka jugak sebab rindu nak membaca entry2 korang. 


Kongsi sikit info yang aku terima dari seorang sahabat menerusi emel. Semoga boleh menambahkan sedikit ilmu di dada,

Dalam tidak sedar.
 
Setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini..
 
Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat..
 
Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah
 
Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
 
Diamlah sejenak,
 
buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil
 
Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah
 
Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,
 
Warhamni (sayangi aku)
 
Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya
 
Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima
 
Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..
 
Wajburnii (tutuplah aib-aibku)
 
Warfa'nii (angkatlah darjatku)
 
Warzuqnii (berilah aku rezeki)
 
Wahdinii (berilah aku petunjuk)
 
Wa'Aafinii (sihatkan aku)
 
Wa'fuannii (maafkan aku)
 
Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita
 
Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja..
 
Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu
 
Wallahualam.

11 comments:

  1. info yg sgt b'guna....tq 4 sharing....

    ReplyDelete
  2. Allah..terima kasih kak..

    mula bermuhasabah..

    ReplyDelete
  3. sebab tu kite digalakkan belajar bahasa arab, supaya apa yang kita minta, kita paham. oh ini cuma pandangan sy. :)

    ReplyDelete
  4. elmo ~ betul tu..tapi kalau tak tau bahasa arab pun, kita kena rajin cari makna bacaan dalam solat tu..tanpa kita sedari setiap ayat yang kita baca tu merupakan doa dan puji-pujian kepada Allah

    ReplyDelete
  5. Mummysyafie ~ Dok diam2 tau! Hehe

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...